14 September 2014
0030 pagi, kami dah mula bangun dan buat pengurusan diri menuju ke puncak. Puncak Akademi Fantasia ker? Maaf tak layan AF. Layan puncak gunung jer.
Masterchef dah siap masakkan bubur kacang hijau. 2 3 kali gak la aku tambah sebab nak kumpul tenaga. Tidur malam tadi boleh dikatakan agak kesejukkan.
Semua dah siap dan berkumpul membulat. Mendengar taklimat dari guide. Guide tinggal 4 orang jer daripada 5. Guide Lombut dah bergerak bersama Ina sekitar jam 0000. Motif naik awal? Sebab nak bawa Ina naik puncak dulu dan segera turun kerana tiket flight beliau hari ini. Hmmmmmm…….. Pendek kata nak kejar flight. Jika mampu. Hihihihi…..
Dalam taklimat, setiap peserta disarankan tidak memotong guide, tidak berpecah terlalu jauh, kumpulan hadapan perlu menunggu yang di belakang bla….bla….bla….. aku rasa yang mendaki tahu la kot peraturan-peraturan asas. Setiap peserta diberikan tag pantulan cahaya. Manakala guide siap memakai baju pantulan yang macam orang buat jalan. Hahahahaha…..Sem siap berkata, “ingatkan pekerja highway……” hihihihihi…….
Tag tersebut digantung di beg yang digalas bertujuan memudahkan penglihatan orang lain. Maka, orang lain akan nampak kita la begitu. Secara peribadi, suka kaedah ini kerana ia nampak praktikal. Kehilangan tag, sila bayar RM25. Hahahahaha…..
Line up semua, moh la kita bergerak……
Maka perlahan-lahanlah kami mendaki dalam kegelapan malam dan kesejukkan… 10 minit mendaki, kami terjumpa Lombut dan Ina. Hihihihihi……
Tak banyak nak story sebab tak banyak kejadian dalam trekking awal pagi kali ni. View? Hmmmm….takder kecuali bandar Tambunan yang boleh dilihat dari satu lokasi. Puncak Kinabalu? Tak mungkin.
Bila guide bagitau bandar Tambunan, aku terfikir. Masa aku search tentang trip ni, masuk ikut Tambunan. Maka, yang kami naik ni ikut trail mana? Persoalan timbul di situ. Macam bukan Tambunan jer sebab jauh. Hmmmm…… masa tu aku macam let go je lah. Malas nak layan sebab mungkin mental kot.
Sambil trekking, makan kurma…..yeaahhhh….sedapnya….. Nextime bawa-bawa la kurma ok. Sunnah makan kurma. Sambil trekking dapat pahala. Haaaaaaa…….. cenggitu. Tok sah la nak beli snickers la, awan 9 la. itu itu…….
Tag pantulan cahaya juga dipaku dan digantung di pokok-pokok sepanjang trek. Signboard jarak juga kelihatan.
Owh ya…! Untuk trek menuju ke puncak ni, ada beberapa trek yang di kategorikan sukar. Maka, mereka telah memasang tali. Antara yang aku ingat ialah trek 2500m. Boleh dikatakan sukar juga dengan tahap kecerunan yang hampir 90 darjah. Mossy Forrest. Maka kena berhati-hati terhadap batang-batang kayu yang ingin berpaut. Tanah gambut yang lembut.
Bagi mereka yang pernah mendaki Gunung Ledang, ada satu trek yang mereka kategorikan sebagai KFC, Killing Fitness Centre. Trek 2500m ni lebih kurang macam tu la. Sila berhati-hati ok. Don’t to rush.
Jam sudah melewati jam 0600. Sinar matahari pun dah mula kelihatan. Acap yang tadi di belakang bersama-sama group 3s Haram, memotong kami di minit-minit terakhir. Nak kejar masa yang berlalu katanya. Fine!
Kami mula mendekati puncak apabila melihat tanda 200m. Benda pertama yang akan dilihat apabila sampai ialah SALIB. Salib tersebut disebelah kiri, menyambut ketibaan kami. Hmmmmm….spoil….
Kemudian, Lombut dan Ina turun dari puncak. Mereka menuruni gunung terlebih dahulu. Orang yang terawal sampai rasanya Lombut, Ina, Faizal dan Elina. Jam 0500 mereka sampai. Aku tiba sekitar jam 0630.
Alhamdulillah…… Terus qada Subuh di puncak Trus Madi.





















Kemudian, tibalah geng-geng 3S. Aktiviti bergambar bermula. Macam-macam posing. Aku dari tadi dok tunggu view puncak Gunung Kinabalu, tak dapat-dapat. Kabus tebal. Kalu nampak pun sekejap-sekejap jer. Pastu kabus. Aku berjaya snap sekeping je. Takpe, bukan rezeki….
Macam biasa, di atas puncak ni terdapat beirut yang menandakan puncak gunung. Dari puncak ini, 200m lagi dan boleh kelihatan pun dari sini, terdapat satu lagi puncak. Terdapat seakan-akan menara besi dan struktur binaan lain. Boleh nak pergi tapi masa tu dah malas sebab sejuk. Nak kena turuuuuunnnn dan naik semula.
Menurut kata guide, itu adalah stesen radio amatur. Ala yang walkie talkie tu. Haaaaaaaa……..
Satuk….duak….tiiiiiiiiiiiiigak……
Kat puncak ni macam-macam kategori nak ambil gambar. Nak gambar ikut fakulti la, ikut daerah la, jantina la, umur la, ketinggian la, warna kegemaran la dan berbagai-bagai lagi. Maka, layan gambar jer la. Gambar selfie paling banyak. Hihihihihi……. Aku pun terpaksa selfie sbb nanti takder muka aku di puncak maaaaa……
Owh…! Terdengar mereka cakap yang ada seorang peserta berpatah balik ikut Ina dan Lombut kerana kecederaan. Hmmmm…..siaannn…… Takpe, bukan rezeki.