Friday, September 12, 2014

--- Hari Pertama : Trus Madi via Sinua Trail ---

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terlebih dahulu, sebelum memulakan log kali ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberi ruang, masa, kudrat dan segalanya sehingga berjaya menjejakkan kaki di puncak kedua tertinggi selepas Gunung Kinabalu. Alhamdulillah.......

Memulakan catatan, trip kali ini sebenarnya tidak ada dalam wishlist. Atas ajakkan seorang teman, aku pun joinlah sebab ok jer. Selama ini pun, memang tak pernah ada buat wishlist gunung pun. Orang ajak jer, jalan. Hihihihihi......

11 September 2014, selepas habis kijer, aku pun drive dengan gigih menuju ke Putrajaya sebab semua kelengkapan ada di sana. Drive dari mana? Owh...! Aku dari Mersing sebab rezeki di sana. Hihihihihi...
Flight aku jam 0750, 12 September. Sambil drive tu memang cemas gak la sebab takut tak sempat. Tapi alhamdulillah....sempat.

Dari Putrajaya Sentral sekitar jam 2330. Last train is 0100. Fuhhhhh......selamat aku. Semasa menunggu tu, aku ternampak seseorang yang agak familiar wajahnya. Macam pernah trekking sama tapi tak hinggat. Aku pun tegur. Bersoal jawab :

Aku : Assalamualaikum...macam pernah tengok dan rasa macam pernah trekking sama.
Dia : Mungkin. Ni nak pergi mana?
Aku : Trus Madi, Sabah.
Dia : Owh...!!! Trip ngan group Amir?
Aku : Betul.
Dia : Sama la kita........ Zul.
Aku : Ben

Hahahahahaha......

Bersama-sama dengan Zul, ada seorang gadis, Efy.

Kami pun menuju ke KLIA 2. Azizah dah ada di sana. Terlalu awal, maka kami pun rehat di surau jer dulu.  Around jam 0400, kami gerak keluar sebab Efy punya flight awal. Jam 0600 kot. If I'm not mistake. Efy akan fly dulu dan akan menanti kami di sana. Sementara menunggu tu, sempat la berjumpa dengan beberapa kenalan Zul yang akan menuju ke Sabah juga. Hmmmmm......macam musim plak kali ni. Semua nak ke Sabah. Hahahaha...

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC SONY DSC
SONY DSC
12 September 2014…..

2 jam berikutnya, kapten mengumumkan tentang pendaratan dan semua siap sedia. Haaaaaaaaa…….. Kapten suruh siap sedia. Hihihihihi……. Dari tingkap flight, sudah kelihatan daratan Borneo.

Sedia menanti ketibaan kami, Efy. Menurut info dari group, tempat berkumpul ialah Borneo Backpackers. Dari airport, naik bus dengan harga RM 5. Turun di perhentian ke dua atau yang terakhir, Padang Merdeka. Jika was-was, habaq ja kat dreba nak turun Borneo Backpackers. Hihihihi….. Dari Padang Merdeka tu, jalan dalam 10 minit dan sampai.

Sedikit info, kondisi airport bus tersebut, memang sangat selesa ok. Aku sendiri macam terkejut. Ye la sebab dah lama tak naik bus kan. Dulu naik bus, macam-macam tulisan dengan liquid paper kan. Siap ada tv, promo Borneo lagi. Kira dah maju la. Hihihihihi…….

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Sesampai di Borneo Backpackers, kami bersalaman dengan rakan-rakan yang lain yang ada di sana. Aku memang tak kenal sesiapa la kan sebab ni first-time join. Then, aku, Azizah, Zul dan Efy keluar makan jap dan membeli beberapa barang keperluan.

Mereka syorkan kami makan di kedai harga patut, Nuryana. Kedai tu terletak di selang satu blok. Mai time bayaq, hmmmm….awat mahai sangat? Makan nasi kosong dengan sup ayam, RM7.80. Harga patut sungguh la kedai ni.


Sedang makan, aku terperasan ada seoarng mamat kat meja sebelah kami yang macam familiar. Cuma kenal dalam pesbuk jer, SEm’z JUe-on. Beliau memang terkenal dalam dunia mendaki nih. Kira legend gak la. Bersama beliau ialah Shariman dan Eg (that time lom kenal). Rasa macam bangga la dapat trekking sama-sama. Kahkahkahkah………

Terima mesej di whatsapp group, jam 1330, akan bertolak ke Keningau. Tetiba, Azizah beritahu terlupa bawa headlamp. Ok, cergas cari. Kami jumpa satu kedai pengakap atau menjual uniform di wisma _________. Sebelah Wisma Suria.
Aku dengar dia sebut LAPAN SEMBILAN. Dalam fikiran aku, murah la kan sebab tak sampai RM10. Azizah masih nego. Then dia keluarkan RM100. Aku pun terkejut bahwa harganya RM89. Hahahaahahha……. Terpakasa la beli sebab itu jer yang ada. Then kami bergegas pulang ke Borneo Backpackers.

Kami packing-packing dan bergerak menuju ke Padang Merdeka semula. Dari situ, naik bus menuju ke Keningau. Harga tiket RM15/seorang. Takder view cantik sepanjang perjalanan selain jalannya yang berliku-liku dan berbukit-bukit. Hmmmmm…….

Satu jam lima belas minit kemudian, bus berhenti sekejap di R&R Kimanis. Bus menuju ke Keningan ni pun selesa. Ada wifi lagi. Hihihihihi……

SONY DSC

Perjalanan bersambung kembali untuk sejam lebihnya. Tidur….jaga….tidur…..jaga…..sampailah kami di Keningau. Akhirnya, aku jejak juga ke sini. Kalau nak datang sesaja, memang tak sampailah. Kerana Trus Madi, aku sampai juga. Hihihihihi……

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Jam menunjukkan 1700 petang. Di Keningau, sedia menanti ialah 2 buah van dan sebuah 4x4 yang telah ditempah oleh Amir. Kenderaan ini akan membawa kami ke Sinua Village.

KFC….KFC….KFC…..

Perjalanan menuju ke Sinua mengambil masa sejam lebih dengan keadaan jalan berturap yang baru dan berbukit-bukit. Turun naik….turun naik…… Kami ada berhenti seketika di tepi jalan sebab lenguh kata Sem. Hahahahahaha…..

Kami tiba di Sinua Village dikala hari sudah pun gelap. Di Sabah, gelap dan cerah lebih awal sejam dari semenanjung.

Di Sinua Village, aku terserempak dengan @sekapeksapex dan Mat Rock. Mat Rock kenal masa trip dengan MSU. Beliau ni dalam kategori otai-otai dan terkenal la. Sapa tak kenal Mat Rock? Haaaaaaa…… @sekapeksapex pula pelapis-pelapis baru yang bakal menggantikan otai-otai kelak.

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Amir dan Bad dah sedia menunggu kami di Sinua Village. Mereka dah siap-siap masak lagi. Kami sampai dan makan jer. Selepas makan, kami mendengar taklimat dari gogo Amir dan Ketua Guide (tak ingat nama). Then bagi-bagi ration.

Muka semua ceria-ceria kan. Esok belum tau lagi. Hahahahahaha…….
Dalam taklimat, start trekking esok jam 0700. Ada 3 kali lintasan sungai. Di nasihati pakai kasut selepas sungai kedua pada mana-mana yang tak nak kasut basah. Sungai ke 3 tu dah cetek, so tak ada masalah. Trekking ikut laluan balak sehingga sampai di Campsite 2. Lunch di Denis Camp.

Last water point di Campsite 2. Jarak dari campsite ke water point agak jauh dan ke bawah. Jika nak ke water fall, kena jalan lagi dalam 1km.

Jam 0100 esoknya, naik ke puncak. Jangan lama-lama di atas. Siapa tak sampai, tak dapat sijil. Hahahahahaha….. Then terus balik ke Sinua Camp.

Untuk malam ni, boleh tidur di khemah yang telah disediakan. Terbaik ok khemah kat sini. Berkatil dan kelabu sekali. Di Campsite 2 juga khemahnya begini cuma tak ada kelabu jer. Dalam proses upgrade katanya termasuklah tandas.

Dengar jer trek balak, aku dah mental. Dah terbayang akan panas matahari di trek tanak merah. Hmmmmm……..
Selesai taklimat, semua buat pengurusan diri dan zzzzzzzz……..

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Jumpa lagi esok……

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...