13.9.14

--- Hari Kedua : Trus Madi via Sinua Trail ---

SONY DSC

13 September 2014

Hari kedua, aku mulakan dengan gambar tandas. Sebab apa? Sebab memang itu yang akan dituju dulu oleh aku dan yang lain-lain kan. Jangan nak tipu. Masing-masing menunggu nak masuk. Hihihi…

Bangun seawal jam 0500. Buat pengurusan diri dan breakfast. Tq to our master chef. Mana-mana barang yang tidak perlu, boleh tinggalkan di sini jer.

Masa untuk senam pagi atau warming up. Saudara Sem dengan sukarelanya ingin mengepalainya. Tahniah…!!! Hahahahaha……

Sebelum start trekking, kita punya ustaz, saudara Acap memimpin bacaan doa mohon dipermudahkan segala hal dan berjalan lancar hendaknya. Amin….

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Aku rasa ini merupakan sebuah rumah kepada uncle guide ni. Rumah dia tinggal. Bukannya dibina untuk pendaki. Aku perasan ada buku-buku sekolah dan kasut sekolah. Ini bermakna, bila tak ada pendaki, mereka memang tinggal di situ. Sebelah tu ada bendang lagi haaa….

Ada orang tanya, pacat ada tak? Hmmmm…..haruslah ada. Ni kan alam semulajadi dan memang tempatnya. Kat Sinua ni pun memang dah ada. Dalam trek, apatah lagi.

Untuk group kami, uncle telah menyediakan 5 orang guide. Empat lelaki dan seorang wanita. Guide wanita ni bagi memudahkan pendaki wanita kerna line ramai gegirl. Uncle sendiri tidak dapat join kerana sudah ada group lain yang bakal tiba.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Jom mula. Berikut ada line-up :

1. Amir (gogo)

2. Sem (masterchef musim 4)

3. Acap (tanker)

4. Atok (tanker)

5. Uncle

6. Shariman

7. Bad

8. Yus

9. Eg

10. Zul

11. Sham aka Muza

12. Faizal

13. Dayang

14. Fika

15. Azizah

16. Shaa aka Alsha Yahya

17. Aini

18. Amy

19. Efi

20. Faila

21. Dayah

22. Erina

23. Ija

24. Nina

25. Ben

(13 lelaki, 12 wanita)

Dok tunggu-tunggu semalam ingatkan selepas taklimat nak buat pecah ais, tapi macam takder jer. Mungkin gogo nak buat on trek kot. Satu kelainan. Ok2, faham. Hahahahaha…..

Dari pintu rimba, berjalan dalam 15 minit, akan tiba di lintasan sungai yang pertama. Di situ nanti ada signbord ‘Starting Point’.

Dari lintasan sungai pertama itu, kurang 20 minit berjalan, akan sampai pula lintasan sungai yang kedua. Tak jauh sangatlahkan. Hihihihi…… Selepas sungai kedua tu, baru pakai kasut trekking ok.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Di sepanjang trek nanti, akan kelihatan papan tanda kecil yang menunjukkan jarak untuk sampai ke puncak. Bagi sesetengah orang, termasuklah aku, memang mental la tengok. Kepala dok berkira-kira bila nak sampai sebab nampak nombor.

Tidak semua orang. Ada sesetengahnya mengagnagp ianya sebagai motivasi. 1km = 1jam. Huhuhuhuhu……. Itu kira ok la. Ada sesetengah tu, 500m pun boleh jadi sejam. Hahahahahaha…… Bergantung pada kekuatan masing-masing.

Injured? Itu juga lumrah. Awal-awal lagi dah ada yang krem. Beg dah kasi guide bawa.

Dari sungai 2, aku dok fikir-fikir bila nak masuk trek balak tanah merah ni. Jalan-jalan punya jalan, maksud uncle guide trek balak tu, ini la. Trek balak lama. Fuuhhhhh…..!! Mati-mati aku ingatkan jalan tanah merah.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Lebih kurang tiga jam setengah pendaki, kami tiba di Denis Camp. Ikut plan, lunch di sini. Namun, disebabkan pergerakan pendaki yang begitu fit dan pantas, kami lunch di Campsite 2 jer. Lagipun, masa di Denis Camp tu masih awal. Sekitar jam 1100. Maka, kami hanya berehat jer di Denis Camp.

Dari Denis Camp, masa di ambil untuk sampai ke Campsite 2 ialah kurang dari 3 jam. Itu masa aku la. Ada lagi yang kat belakang sana lom sampai. Memandangkan aku group tengah, maka kira masa average la bagi pendaki normal. Hahahahahaha…….

IMAG0787

IMAG0790

SONY DSC

Alhamdulillah, aku dan group tiba di Campsite 2 sekitar jam 1400. Total masa secara rawak adalah 7 jam mendaki. 1 jam lagi, cukup opis hour. Hahahahaha……

Syukur pada Allah…… terus selfie bila sampai di Campsite 2. Hahahahaha….

Ketibaan kami di sambut oleh saudara Amir yang bertindak sebagai gogo kental. Hahahaha….. Beliau mengucapkan SELAMAT pada mereka yang sampai. Masterchef and the gang dah siap masak mee goreng. Pantas and efisyen. Like 100x.

SONY DSC

SONY DSC

IMAG0792

IMAG0793

IMAG0794

IMAG0795

IMAG0796

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Around jam 1500 lebih, gerak pula ke waterpoint. Tak semua yang nak pergi that time sebab memikirkan jaraknya yang dikatakan 800m. Aku gigihkan kudrat ini sebab alang-alangkan.

Yang bestnya, kaum hawa yang semangat sangat nak pergi. Mungkin ada hajat la tu kan. Semua kaum hawa pergi kecuali 3 orang jer yang tak join. If I’M not wrong. Hihihi…… Lelaki yang follow, aku, Uncle dan Acap.

200m lebih berjalan menuruni bukit, kami sampai di punca air yang dimaksudkan. Eh! Dekat pula. Kata 800m. Punca air ni kecil jer memandangkan hujan sudah lama tidak turun.

Guide mencadangkan kami ke waterfall dengan menyatakan jaraknya hanya 200m jer lagi. Haaaaaaaaaa…..ok la kan. Tidak la jauh sangat. Maka berjalanlah kami turun naik bukit. Bukan sikit-sikit turun, Banyak pula tu. Mati la nak balik nanti.

Tetiba kami nampak papan tanda 800m. Jeng….jeng…jeng… Hampir sejam kami berjalan, maka sampailah kami di lokasi yang dituju. Dalam perjalanan tu dah ada ngomel-ngomel dah sebab jauh. Hahahaha…… Airnya memang banyak cuma waterfall tu jer yang tak berapa nampak sebab hutan tebal. Guide tidak mensyorkan pergi sebab jumlah air terjunnya sedikit jer sebab tidak hujan. Nampak dari jauh dan celah-celah pokok jer.

Aku tak snap pic sebab that time tengah stress jari sakit dan luka terkena duri hutan. Alaaa….duri yang jenis melawan tu. Adooiii….memamg sakit la. Lagi pun air terjunnya tidaklah wow sangat. Biasa-biasa jer.

Kami membuat pengurusan diri dan solat. Gerak balik sekitar jam 1700. Tak boleh lewat sebab nanti malam. Aku plak terlupa bawa headlamp.

Sampai di campsite, haruslah kena bahan. Hahahahahahaha……

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Tidur awal malam ni sbb nak start mendaki jam 0100…….zzzzzzz…….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...