Thursday, October 15, 2015

--- Kg. Juara, Pulau Tioman ---

Hari Pertama   Hari Terakhir

DSC04263

Ok…naper datang Pulau Tioman? Naper tak pergi London ke? Paris ke? India ke? Whyyyyyyyyyyyy….!!!

Niat sebenar datang Tioman ni adalah nak naik ke Puncak Nenek Semukut. Hasil siasatan dan bertanya pada otai-otai, katanya ada espek teknikal sikit untuk sampai ke puncak tersebut. Maka aku pun macam cannot go lah.

Next is Gunung Kajang. Kata guide, untuk ke situ perlu turun di jeti Kg. Paya. Selain itu, pendakian mengambil masa yang agak lama. Satu lagi, bayarannya juga dikatakan agak mahal. Mmmmm….berfikir-fikir.

Guide mencadangkan ke Kampung Juara sahaja. Jungle trekking. Walaupun ia tidak sehebat pendakian Batu Nenek Semukut dan Gunung Kajang, boleh la sekadar melepas rindu pada alam dan pendakian. Aku pun ON.

Jam 07.30 pagi, aku mula bergerak menuju ke Taman Laut. Guide pick up dan kami sarapan di Kg. Tekek. Sambil sarapan, usha launter tiket sebab nak beli tiket balik esok. Kemudian, menuju ke tangki air. Ambil kanan dan follow jer signboard ke Kg. Juara.

Owh…berdekatan dengan Taman Laut tu, satu projek chalet or resort ala-ala kat Sg Lembing tu sedang rancak berjalan. Lihat gambar.

DSC04264

DSC04265

Sedang menunggu tour guide aku datang, aku sembunyi-sembunyi snap pic mmber aku yang tengah camping kat Taman Laut. Niat hati nak up kat insta. Surprise la kunun-kunun.

DSC04266

DSC04269

DSC04270

DSC04273

DSC04276

Kata guide aku ni, laluan jungle trekking ni mat salleh jer yang lalu. Orang-orang kita tak lalu. Orang kita lebih suka naik kereta sejak laluan baru Tekek – Juara siap dibina.

Yes…sepanjang trekking ni, kami hanya berjumpa dengan pelancong asing jer termasuklah aku. Hahahahhahahhahaha….

Tip untuk trekking ni, follow jer trek bersimen dan kabel elektrik. In Shaa Allah tak sesat. Pada peringkat awal tu ada banyak lorong. So make sure to be careful. Trek bersimen tu bertangga. Menaik jer perjalanannya. Korang tau sendiri la trek bertangga kan.

Terjadinya lorong-lorong ni sebab ada aktiviti marathon. Laluan-laluan tu boleh tembus ke Kg. Mukut. 3 hari perjalanan. Hahahahaha…..

Ada cerita misteri. Ada kes di mana 3 orang lelaki remaja sesat selama 3 hari semasa melalui trek ini untuk menuju ke Kg. Juara. Menurut cerita ada seorang nenek muncul bertanyakan, “nak ke mana?”. Kemudian dia menunjukkan jalan yang salah. Hmmmm….. nape la nenek tu buat macam tu kan.

DSC04277

DSC04283

DSC04286

DSC04287

DSC04288

DSC04290

DSC04291

DSC04292

Dari starting point pam air hingga ke last denai memakan masa lebih kurang 1 jam.

Selepas denai tersebut, kami melalui jalan bersimen. Yup jalan bersimen. Jalan ini dikatakan baru sahaja disiapkan. Ia menghubungkan Kg. Tekek ke Kg Juara. Dengan adanya jalan tersebut, ia membolehkan kenderaan berulang-alik di antara dua kampung ini seterusnya meranjakkan lagi sektor perlancongan. Alhamdulillah…

DSC04293

DSC04294

DSC04295

DSC04296

DSC_0011

Menyelusuri jalan bersimen tersebut ke Kg. Juara mengambil masa sejam lebih. Nampak macam mudah tapi…..hahahahahhahahaha……. Jalan bersimen ini menurun sahaja. Bayangkan nak balik nanti. Hahahahaha……

Dalam perjalanan tersebut, kami melintasi Taman Pelanduk. Haaaaaaa……tiket RM10 jer. Tapi aku tak berminat sangat. Hihihihi….

Kami juga berselisih dengan beberapa orang pelancong asing yang turut berjungle trekking antara Kg. Tekek dan Kg. Juara.

Menurut guide, pembelian kereta meningkat secara mendadak di Kg. Juara apabila jalan bersimen ini siap.

Tiba di Kg. Juara sekitar jam 11 pagi. Sesampai jer simpang tu, terus menuju ke jeti Kampung Juara.

DSC04298

DSC04300

DSC_0016

DSC04301

DSC04302

DSC04303

DSC04304

Rehat hilangkan dahaga dulu di kedai minum. Bekas anak murid guide datang ambil order. Tapi harga minum takder kawtim. Apa la budak tu. Dengan cikgu sendiri pun berkira. Hahahahahahaha…..gurau jer.

Ok, actually….apa yang membuatkan aku beria-ia nak datang Kg. Juara ni?

Pertama sebab Gunung Kajang tak jadi. Batu Nenek Mukut pula jauh. So, jungle trekking yang ada, ini jer la.

Kedua adalah air terjun. Guide cakap ada air terjun kat Kg. Juara. Kebetulan pula memang dalam wish list.

Semasa berehat sambil minum di kedai, kami bertanya kepada ex murid guide aku ni yang bekerja di kedai tersebut tentang air terjun. Katanya ada dua. Air terjun pertama terdapat masa kami on the way ke sini. Maksudnya, kami dah terlepas. Guide aku macam was-was.

Kata ex anak murid tu lagi, air terjun ke dua adalah di hujung sana. Kami perlu berjalan sehingga hujung pantai. Akan menemui satu sungai. Lintas sungai tersebut dan berjalan mendaki sehingga jumpa air terjun tersebut. Dari sungai ke air terjun tersebut, memakan masa satu jam. Ada signboard yang menunjukkan arah air terjun. Cerita ex murid tersebut.

Mungkin yang membaca peningkan arah mana sebenarnya. Hahahahaha…..ok, bila korang dari Tekek, sesampai sahaja korang di simpang 3 pertama di Kg. Juara, ambil kanan. Terus sahaja sehingga hujung. Dapat? Boleh pilih nak lalu jalan kampung atau pantai.

Masa pergi, kami melalui jalan kampung sebab takut panas kalau jalan pantai. I takut hitam ok. Hihihihihi……

DSC04306

DSC04307

DSC04308

DSC04310

Setibanya kami di sungai yang dikatakan, kami mencari-cari papan tanda. Jumpa juga. Ia menunjukkan arah ke air terjun. Mmmmm….terfikir macam mana nak cross sebab air dah naik. Fikir…fikir…fikir…

Kelihatan kereta TNB. Macam mana mereka cross?

Kami ambil jalan tepi. Cross sungai juga tapi kedalaman airnya paras peha sahaja. Suksess… Kemudian cari jalan untuk ke trek air terjun.

Firstly…laluan kebun getah.

DSC04322

DSC04323

DSC04320

DSC04311

DSC04319

Berjalan sehingga ke satu stesen janakuasa elektrik hidro mini milik TNB. Kebetulan pula staff TNB sedang membuat kerja-kerja pembersihan. Sempat menyapa dan kami meneruskan perjalanan.

Tip……follow jer paip air TNB ni. Kompom sampai.

Kesukaran trek…….mmmmmm…….biasa jer. Mendaki hingga ke air terjun.

Pendakian kurang dari sejam.

DSC04312

DSC04314

DSC04316

Tiba di satu simpang, ambil kanan. Lalu di bawah paip dan sampai.

Masa kami tiba…..aku macam krik…krik…krik…. Ye la. Kata air terjun tapi ni kolam. Tak der air terjun pun. Huhuhu… Maksud aku air terjun ialah air dari tempat tinggi jatuh ke bawah. Hahahahaha…. Tapi ok jer. Layan juga yang ni pun.

Masa ketibaan kami tu, ada pelancong mat salleh sedang bersiap untuk turun. 3 lelaki, 1 gadis. Anak-anak muda.

10 minit kami lepak. Menunaikan solat Zohor dan berjalan turun.

Aku ada beritahu pada guide kalau boleh nak air terjun. Aku bertanya, adakah ianya di atas lagi? Apa kata kalau kita terus follow paip ini? Mungkin ada air terjun di sana.

Kami cuba follow paip tersebut. Kami meneruskan pendakian. Tiba di satu ketika, trek tidak menunjukkan kesan kekerapan dilalui orang. Mengambil kira masa dan peralatan yang kurang lengkap, kami tidak meneruskan pendakian.

DSC04317

Jam 2.37 petang, kami sampai di pantai semula. Kami berjalan di tepi pantai untuk menuju ke simpang awal tadi.

Kami lunch di kedai sama tadi. Kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Kg. Tekek. Harapan, ada la kereta-kereta yang menumpangkan kami. Tapi tak der rezeki. Hahahaha…

Kami tiba di Kg. Tekek sekitar jam 5.30 petang. Lepak makan ABC sebelum kembali ke chalet.

DSC04324

DSC04325

DSC04326

DSC04327

DSC04328

DSC04331

DSC04337

DSC04342

Kesimpulan dari jalan-jalan di Kg. Juara ni adalah antara yang terbaik. Best untuk percutian. Tenang. Sini hanya menyediakan chalet jer. So suasana tak nampak serabut.

DSC04343

DSC04344

DSC04345

DSC04346

DSC04347

DSC04348

DSC04352

DSC04353

DSC04354

DSC04355

DSC04358

DSC04359

DSC04361

Hari Pertama   Hari Terakhir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...