Monday, December 21, 2015

--- Mendaki Gunung Baling ---

Lately ni bukan main meriah lagi trip ke Gunung Baling ni diiklankan di laman-laman sosial oleh penggiat outdoor. Bukan pencinta tapi penggiat. Ada beza tu. Setiap minggu trip. Bilangan satu trip bukan sikit-sikit, mencecah 40 orang. Sebuah bus ekspres tu hanya untuk ke Baling. Memang buat duit la gogo ni. Tapi its ok, aktiviti sihatkan.

Dalam kerancakan trip Gunung Baling tu, aku dan member sedang mencari satu aktiviti ringan. Tak nak la sampai berminggu-minggu pendakian. Daus plak pergi melancong ke Thailand bersama Rais. Bincang punya bincang, aku dan Am terfikir akan Gunung Baling yang tengah viral ni. Apa lagi. ON selalu.

Masa bincang tu, Am ni ingat Baling tu macam KL ke Ipoh jer kot. Jauh kot Baling dari Kuala Lumpur. Jika nak berkereta 2 orang, macam tak berbaloi dari segi costing. Sambil makan malam kat satu restoran apatah, kami secara gamble, akan pergi beli tiket di TBS selepas makan ni. Kalau ada tiket, kita ON. Kalau tak ada, kita lepak jer rumah.

Alhamdulillah, tiket kebetulan ada. Beli dan terus balik untuk kemas barang. Sempat rasanya sebab bas berjalan jam 11.30 malam.

Dari Putrajaya, aku naik ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan. Begitu juga Amin. Kami jumpa di TBS. Dalam masa yang sama kami mesej pada Daus. Kata Daus, kita jumpa di Baling.


21 Disember 2015, aku dan Am selamat tiba di Pekan Baling. Sepi.....krik...krik... Kami sampai awal juga la. Sebelum Subuh. Rasanya dalam jam 4 pagi. Aku cakap sama Am, kita check in jer. Tapi Baling ni macam tak ada hotel. Hahahahahahaha.......

Plan seterusnya, kami berjalan menuju ke Masjid Pekan Baling. Sementara menunggu Subuh, kami buat pengurusan diri. Dalam masa yang sama, aku acah-acah mesej dengan seorang rakan ku di sini, Wan. Dia memang orang Baling. Lahir dan membesar di sini.

Kami berjumpa Wan di masjid ini juga apabila kebetulan beliau datang berjemaah di sini. Aku pujuk dia untuk bawa kami naik gunung. Aku dan Am memang tak tahu trek sebab ini pertama kali. Jika kami firstime itu perkara biasa, rupa-rupanya, Wan juga tidak pernah mendaki gunung tersebut. Hahahahahahahahahahahahahaha.....

Ok....bagi mereka yang tidak pernah datang ke Pekan Baling ini, Gunung Baling ini betul-betul berada di pekan ini. Serius. Aku pernah datang pekan ni, cuma masa tu gunung ni belum viral. Aku nampak jer puncak Gunung Baling ni.

Setelah puas pujuk, Wan pun setuju. Beliau balik untuk tukar pakaian yang lebih sesuai. Kemudian kami sarapan dahulu di pekan ni. Wan bawa kami ke kedai nasi lemak bungkus paling sedap. Owh....selain wan, ada jer beberapa rakan lain kat Baling tu, cuma mereka tak free that time. Selain itu, menurut Wan, sejak Gunung Baling ni viral, pekan Baling semakin meriah pada hujung minggu. Setiap minggu, orang dan kumpulan datang untuk mendaki. Ini menambahkan lagi sumber ekonomi peniaga-peniaga sekitar. Alhamdulillah.

Tanpa membuang masa, selesai sarapan, kami pun cergas. Setelah mendapat info secukupnya dari ayah beliau tentang pintu rimba, Wan pun membawa kami. Parking di sebelah sebuah rumah di bawah pokok manggis yang ada di situ. Menurut Wan, itu rumah bekas gurunya. Hihihihi...

Baiklah....kami pun berjalan masuk. Awal dah jumpa pacak. Trek agak licin. Berhati-hati ok.





Buka GPS ker?





Tak sampai 30 minit mendaki, kami tiba di satu batu kapur yang besar. Ada stalatit dan stalamit lagi. Menandakan begitu lama ia wujud dan terjadi. Dari mula hingga sini, treknya pacak.

Owh.... Mana Daus dan Rais? Yer....patut la korang macam kelirukan? Di mana Daus dan Rais? Dalam mesej, Daus dan Rais masih sangkut di imegresen kerana pejabat belum buka. Katanya jam 10 baru boleh lepas. So.....kira la jam berapa mereka akan bakal tiba di sini? Maka dengan itu, kami ambil keputusan untuk naik dahulu.

Di wall pesbuk pula, kami dapati Bad dan Amir memuat naik gambar dan current activity mereka di puncak Gunung Baling.

Tidak lama berhenti berehat, kami meneruskan pendakian. Tak ada diskaun setakat ini.











Kurang dari satu jam, alhamdulillah, kami selamat tiba di puncak. Di puncak, kami dapati Bad dan Amir sedang bersantai-santai. Rasa gembira dapat jumpa member outdoor.

Borak-borak sekejap sambil menikmati pemandangan 360 di puncak. Kami suksess sampai di puncak Gunung Baling.

Puncak gunung ini berbatu dan agak bahaya pada pendapat aku. Mungkin sebab aku gayat kot.











Seronok berselfie

Amir, ORA





















Amir dan Bad turun dahulu sebelum kami. Ye la.....mereka dah lama kot kat puncak. Dari sebelum terbit matahari lagi.

Kami meneruskan sesi foto yang kelihatannya agak poyo. Ye la. Banyak gambar sendiri. Puas dah aku cuba cari angle tapi kebanyakkannya agak ngeri. Huhuhuhu....







Dah puas berfoto, kami turun. Lagi pula matahari dah semakin meninggi. Kang terbakar kat atas sana. Kami selamat tiba di bawah sekitar jam 10.30 pagi.

Kami terus di bawa ke rumah Wan. Buat pengurusan diri dan rehat-rehat sementara menunggu Daus dan Rais. Kami dah janji dengan mereka yang kami akan bawa mereka naik ke atas. Kena janji sebegitu agar mereka datang juga ke Baling sebab kami nak tumpang balik ke Kuala Lumpur. Hahahahahaha.....



...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...