Monday, December 21, 2015

--- Mendaki Gunung Baling 2 ---

Ni sambungan yang tadi. Lama gak lepak umah Wan. Dalam jam 1 lebih, Rais dan Daus sampai. Kami pun bagi la direction semua bagai agar sampai ke rumah Wan. Kami makan tengah hari sini. Wan bermurah hati. Boleh solat sekali.

Selesai makan dan pengurusan diri, kami pun packing-packing untuk mendaki. Kami ajak Wan sekali lagi tapi dia menolak dengan baik.

Kami pun bersalaman semua dengan family Wan. Owh....lupa satu perkara. Ada member sorang lagi join secara tidak sengaja. Aku ingat-ingat lupa. Panggil kaptain begitulah. Tapi bukan member aku.

Kami memulakan pendakian bagi menunaikan impian Daus dan Rais. Jam 3 lebih kami menghampiri puncak. Haaaaaaaaaaaaaa........panas jangan cakap la waktu beginikan. Mujur kami bawa payung. Hahahahahaha.....

Kiranya aku dan Am sampai ke puncak Gunung Baling ni dah dua kali. Hahahahahaha....

Dalam keadaan cahaya yang terlalu terang, susah nak buat photoshoot. Aku plak ada silau. Memang aku tak banyak guna dslr. Just melayankan Daus dan Rais jer. Kami sebenarnya rancang hari ini nak naik Gunung Pulai juga tapi rasanya tak sempat. Nextime...


















Nak kata puas mungkin tak puas kot kat atas ni tapi disebabkan panasnya menyebabkan kami tidak lama.

Kami terus turun dan membuat pengurusan diri di masjid. Sambil tu, Daus ada cadangkan nak makan kat satu restoran terkenal kat area sini. Restoran seafood katanya. Kami ok selalu dan google.

Kami sampai di restoran yang digembar-gemburkan dalam laman sosial itu.





Agak lama la hidangan nak siap. Eeeeeeee....... berjam-jam tak siap lagi. Lepas Maghrib, kami bertolak pulang.

Kami selamat tiba di Putrajaya sekitar jam 2.30 pagi. Terima kasih pada semua. Hihihihihi.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...