30.5.16

--- Hari 1, berlepas ke Delhi dan Hari 2, berjalan sekitar Srinagar ---

Hari 3    Hari 4    Hari 5

29 Mei 2016

Hari yang ditunggu telah tiba. Katanya la...

Excited ker? Yup, excited la.

Pagi tadi sempat pergi Dataran Putrajaya. Saja tengok orang berlari-lari MILO. Sempat jumpa Epi. Tahniah pada dia sebab dapat tempat Top 5.

Then aku pergi Alamanda beli ration. Aku beli bubur lambok, brahim, biskut, maggi, milo dan beberapa makanan lain lagi. Around RM 200 gak la. Bukan untuk aku sorang. Berdua dengan Daus.

Balik baru nak packing. Baru nak cari haversack. Baru nak cari kasut. Segalanya baru nak cari. Menggelupur packing. Ada 3 jam jer lagi sebelum bergerak ke airport. Aku pun tak tahu apa penyakit packing last minit.

Jam 3.30 petang, member aku hantar aku ke Putrajaya Sentral. From there, aku naik KLIA Transit menuju ke KLIA 2.

Di train baru nak ikat...

Aku sampai sekitar jam 4.15 petang. Boarding time 6.00 petang. Daus belum sampai. Beg belum drop. Haish...

15 minit berlegar di pintu masuk, Daus pun muncul bersama ibunya.

Firstly, wrapping beg. Aku tanya Daus, "...perlu ker?" Daus kata, "...mana la tau. India..." Ok. Selama ni tak pernah plak aku wrapping beg. Hahahahaha.......

Settle wrapping, drop beg pula. Beratur agak panjang.

Habis drop beg, plannya nak lepak makan dengan family Daus tapi sekali tengok barisan panjang di pintu imegresen, better kami juga turut beratur masuk.

Pesan mak Daus, "...nanti balik bawa sorang satu k...."

Kami bersalaman dan mula masuk.

"Lapar la. Hari ni belum makan lagi." kata Daus.

Jawab aku, "jom makan."

Kami pun lepak di Chicken Rice Shop. Borak-borak sambil makan. Kata Daus, kalu dia, Ana dan Echah ni, kompom berlari-lari sebab selalu lewat naik flight.

Tetiba....... "eh! Kenapa closed." kata Daus sambil melihat skrin.

Aku tengok jam dah 6.30 petang. Apa lagi, terus capai beg dan berlari turun bawah. Ada satu lagi pemeriksaan keselamatan.

"Haaaaa...lari...lari....." kata orang-orang kedai sepanjang laluan menuju ke Gate 8. Mak ai, jauhnya. Alhamdulillah....selamat sampai. Ingatkan kami jer lambat. Rupanya ada jer yang lambat. Huhuhuhu... Baru tadi Daus kata sebelum ni dia berlari-lari. Termasuklah kali ini.



Jam 7 petang lebih, flight mula bergerak menuju ke landasan dan terus terbang.

Rasanya tak perlu diberitahu yang aku memang tak suka naik flight. Dah story dalam entry-entry sebelum ni.

Sehingga sekarang, aku masih hairan, kenapa masih ada sesi penerangan keselamatan. Bukan isu penerangan tapi intipatinya. Pendapat aku, macam dah tak relevan. Contoh, berkaitan life jacket. Dalam banyak-banyak kes ada tak yang berjaya landing atas laut dengan selamat?

Start berlepas, flight asyik bergoyang jer. So, serve makanan jadi lambat skit malam ni. Berderau darah dan jantung ku. Daus rileks jer baca majalah berbahasa penjajah tu. Mesti tak takut kan?

Tak ingat dah berapa lama di udara. Pilot ada memberi info tentang cuaca. Arghhhhhh.....! Aku dah risau. Flight mula bergoyang agak kasar. Aku berzikir dan mnegucap. Berdoa bagai. Aku tutup telinga sebab tak nak dengar bunyi bising enjin dan tunduk ke bawah. Suara-suara budak menangis menambahkan lagi perasaan cemas dalam hati ku.

Attendance flight melalui intercom berulang kali meminta semua penumpang bertenang.

Tetiba flight drop ke bawah seolah-olah jatuh. Semua orang menjerit. Aku pun. Takut giler time tu. Arghhhhhhh.......... Macam biasa flight attendance terus meminta semua penumpang bertenang. Memang superb lah flight attendance. Itulah tugas mereka.

Dok buat rajin menulis travel log on plane

Dari jendela flight, sudah nampak lampu-lampu di daratan. Rasa lega sedikit tapi flight still masih bergoyang.

Cubaan mendarat kali pertama gagal. Pilot mula bercakap di intercom. Flight berpusing-pusing di udara. Aku dah tak tahu nak cakap macam mana perasaan takut.

Alhamdulillah....cubaan ke dua berjaya. Sebaik sahaja flight touch down, semua orang bertepuk tangan dan sorak tanda gembira. Fuhhhhh....! Lega gila. Hanya Allah sahaja yang tahu. Cubaan ke dua mendarat tadi pun bergoyang-goyang flight. Sayapnya nampak lembut-lembut membelah udara. Rasa macam nak patah.

Wow...!!! Cantik airport dia. Macam KLIA 2. Maybe arkitek yang sama kot.


Kami selamat tiba sekitar jam 10 mlm lebih waktu India. Ke mana nak pergi? Hmmmm..... Kita rileks dan rehat kejap.

Masa kami on the way keluar tu, ada pula penumpang beratur nak masuk ke flight yang kami sampai tadi. Eh! Tak rehat ker flight tu? Perghhhhh....!!! Memang giler. Kami tadi dah separuh mati, ni ada lagi yang nak naik ke Malaysia. Mak rasa tak mampu nox.

Dah tenang sikit perasaan, kami mula mikirkan perjalanan yang seterusnya. Ok.....maybe kita cuba tanya flight tiket dulu. Saja tanya.

Sambil berpusing-pusing tu, kami di terpa dengan beberapa orang. First is driver taxi.

Dia bertanya nak pergi mana? Kami jawab tak ke mana. Just rileks2. Pastu dia akan bagi info. Dia cerita itu ini. Menampakkan hasilnya tidak berkesan, dia tunjuk pula kad yang menunjukkan dia adalah driver teksi bertauliah atau diiktiraf. Dia bekerja bawah syarikat sekian itu dan ini. Banyaklah dia cerita sebab nak menyakinkan kami agar menggunakan perkhidmaan teksinya.

Dia kata, dia boleh bawa kami ke airport hotel. Di sana semua info ada. Internet, agent pelancongan dan sebagainya. Duduk kat sini tak boleh buat apa katanya.

Kami cakap its ok. Kami akan fikir dulu. Then dia pun kata, ok2, i will let you decide.  After that, call me if anything.

Dia pun berlalu. Tapi tak jauh sebab dia nak kami dalam pandangan dia.

Dalam pada itu, kami try nak masuk semula dalam ruang airport tapi dah tak boleh. Jika dah keluar, tak boleh masuk. Nak masuk juga kena INR 100 without bagasi.

Daus masuk untuk beli simcard. Harapan kami dengan adanya internet, memudahkan kami mencari maklumat. Tapi sayangnya apabila vodafone kata, capaian internet tidak sampai di Leh. Sebenarnya kami lebih berwaspada terhadap scammer. Kami takut yang datang tu mungkin dengan niat menipu.

Sambil aku menunggu Daus tu, datang pula yang lain. Firstly dia datang dengan serius. Pakaian formal. Dia bertanya itu ini. Aku mula syak yang dia ni pegawai airport. Aku pun saja bertanya adakah dia pegawai dan dia mengiakannya. Rasa lega di situ.

Dia pun advice itu ini. Sama macam yang tadi, dia mensyorkan kami ke airport hotel. Dia tak push tapi kaedah dia lebih lembut. After that dia pun berlalu pergi.

Selang beberapa minit, aku story pada Daus. Kami berjalan menuju ke kaunter tiket dan memutuskan untuk membeli tiket ke Srinagar, INR 7500 per head. Total 2 orang = INR 15000.

Kaunter sebelum ni, kami tanya dapat harga lebih kurang macam atas tu. Tetiba masa nak register pembelian, dia kata kelas biasa dah penuh. Dia suggest kami ambil kelas atas sikit tapi kena tambah harga. Daus terus cancel. Kami merasakan yang mamat kaunter tu cuba tipu kami. Kami pergi cari lain.

Kemudian kami jumpa kaunter Indigo betul punya. Suksess pembelian dengan kelas yang biasa dan harga seperti di atas. So, why kaunter tadi kata penuh? Hmmm.....nampak tak permainan di situ?

Kata akak kaunter, flight domestik di Terminal 1. Boleh naik airport bus dengan percuma di bawah sana. Just show your ticket at counter, you can up at the bus. Akak tu speaking english.

Dalam fikiran kami, ada transport free rupanya. Punyalah driver taxi tu tak cakap.

Yang pegawai airport pula, kami hampir termakan hasutannya. Dia bawa kami jumpa member dia. Pastu cakap, masa kat hotel airport tu nanti kena bayar hotel. Dia pun bagi senarai pakej. Kami cakap, kami tak nak hotel sebab tak munasabah. Tinggal beberapa jam jer lagi sebelum flight. Dia bertegas kena bayar juga.

Kami pun terus tolak. Tetiba kawan dia melenting dan berlalu pergi. Aku pun fikir, mamat yang aku ingat pegawai airport tu juga rupanya ulat. Jenis paksa orang sebab nanti mereka dapat komisyen membawa pelancong ke hotel. Siut tul.

Kami bertanya dengan seorang polis bersenjata tentang bus airport. Alhamdulillah, beliau menunjukkan jalan yang benar. Kami pun menunggu bas setelah menunjukkan tiket flight yang kami beli tadi. Indigo flight.

Owh....lupa nak story. Actually, masa kami beratur di imegresen tadi, ada 2 gadis Malaysia, Melayu. Sempat berborak sikit. Daus memulakan perbualan bertanyakan samada mereka student di sini? Kata mereka, mereka juga pelancong. Mereka akan naik flight terus ke Srinagar pagi nanti. Mereka hanya berjalan-jalan sekitar Srinagar. Katanya cuma seminggu.

So...ini juga antara dorongan kenapa kami terpengaruh untuk beli tiket terus ke sana. Terpaksa la berkorban duit. Daus ada cakap yang ianya lebih menjimatkan masa. Aku ON je lah walaupun dalam hati ku masih trauma.

Peringatan pada korang yang merancang berjalan-jalan luar negara, jangan lupa kosongkan memory handphone dan kamera. Hahahahaha...




30 Mei 2016




Ketibaan shuttle bus melegakan perasaan kami. Kami punya la nak mengelak dari dinampak oleh driver taxi tadi. Tapi kantoi juga. Tapi dia redha sebab kami cakap naik shuttle bus.

Sangkaan kami bahawa tak ramai orang akan ke Terminal 1 sangat meleset. Rupanya ramai. Tapi kami 2 jer pelancong. Yang lain macam warga negara tempatan jer. Rupa-rupanya ada penyelinap yang naik bas tersebut dengan percuma. So, bas tu jadi so crowded. Ada yang sampai separuh jalan, kena halau turun oleh pemeriksa tiket. Huish....ganas juga diorang kat sini. No mercy.

Satu lagi yang menarik ialah, dapat dengar dialek Hindi live punya. Haaaaaaaa....selama ni dengar dalam TV ja kan. Hahahahahaha.......

Macam biasa di airport. Drop luggage dan beratur untuk pemeriksaan imegresen. Aku ada bawa laptop dalam beg, dimintanya keluarkan. Hmmmm...

Jangan ingat aku dah ok dengan kejadian atas flight tadi. No...no....no.... banyak kali gak aku tanya Daus, betul ke nak naik flight ni? Aku sebenarnya trauma. Rasa tak sanggup menghadapi situasi demikian lagi. Angin kuat kot tadi kat Terminal 3. Patut la flight bergoyang. Aku pasrah je lah untuk 2nd flight ni. Ye lah, ajal maut ni tak kira kat mana. Tak naik flight pun boleh mati excidentkan. Hihihi...

Kami tak jumpa pula 2 gadis yang katanya flight pagi ni. Hmmmm....adakah mereka juga kena kencing dengan driver-driver taxi?

Dah masuk waktu Subuh. Kami Subuh duduk atas kerusi je lah sebab tak ada surau kat sini. Kelihatan di luar sana hujan masih belum berhenti. Sekali sekala kelihatan kilat di langit. Hmmm..... takutnya nak naik flight cuaca cenggini.

Nape tak nampak pelancong mat salleh ek?

Jam 5.15 pagi, kami pun berlepas menuju ke Srinagar. Penerbangan memakan masa lebih kurang 1 jam.

Dari udara, kami dapat lihat pelbagai banjaran dan gunung ganang. Ada yang bersalji dan ada yang pasir. Wow....so excited.

Belakang tiket ada Shahrukh Khan





Selamat mendarat...

Macam biasa, kita as pelancong bila sampai mana-mana airport, mesti nak berphoto signboard airport. Sedang aku fokus tu tetiba dari belakang, "...dont shoot a picture. This is army country. They will check your camera and take it." Aku terus simpan. Toleh belakang, tak tahu sapa yang cakap. Kejadian ni pernah berlaku masa aku pergi Singapore. Tapi betul masa kat Singapore tu sebab datang polisnya dan meminta aku memadamkan imej yang diambil.

Kami pun terus berjalan. Dari atas kami tengok kat bawah. Eh! Tu ramai jer yang berphoto kat flight. Haish..... Tapi aku rasakan, ada perspektif berbeza antara pengguna kamera kecil dengan DSLR.

Tapi memang betul pun. Masa touch down tadi, sekali pandang, kawasan airport ni memang macam markas tentera. Bawah-bawah sana tu, bersepah-sepah tentera bersenjata. Negara ni tengah berperang ka?

Para pelancong asing diminta mengisi borang. Dalam on the way nak hantar borang, ada mamat ni tahan dan offer hotel. Aku memang serabut betul bab ni. Cara dia offer ni seolah-olah tak ada pilihan bagi kita. Mesti ambil dia. Kami just tanya map sahaja. Pastu berlalu pergi.

Sementara kami tunggu tu, mamat tu datang borak lagi. Katanya this is peak season. Many hotel full. Macam-macamlah dia cakap. Ada lagi dia kata tengah tunggu 3 orang Jerman sambil tunjuk kertas nama. Konon-konon nak kata dia memang betul.

Akhirnya, kami termakan juga. Hahahahaha...

Namanya Ramy. Dia offer INR 3000 untuk guest house + transport dari sini ke guest house dan jalan-jalan sekitar Srinagar petang tersebut.

Ok, sedikit tip. Bagi u all sekiranya dah ada booking hotel atau penginapan, boleh minta hotel datang pick up atau boleh naik prepaid taxi kat luar sana.

Dalam pada itu, 2 orang gadis yang jumpa semalam baru tiba. Eh! Ingatkan mereka sampai dulu. Cuba tegur. Just hai begitu je lah.  Maybe tak der chemestry tuk bekerjasama.

Kami pun berjalan keluar dengan Ramy menuju ke transport yang akan membawa kami ke guest house. Bayaran diminta dahulu kerana nak buat bayaran. Seriusly, kami sangat tidak percaya si mamat ni.

Driver kami nama Kadir. Dia pun kelihatan blur-blur dan memandu membawa kami ke guest house. Owh....masa kami berlalu tadi, kami nampak ada orang memegang kertas dengan nama orang Malaysia. Kompom agent minah 2 orang tu.

45 minit dalam kereta, kami pun sampai. Mak ai, besaq nya guest house. Macam rumah jer. Bila kami masuk, yup, tepat sekali. Memang rumah pun. Kami di bawa naik ke atas dan diberikan sebuah bilik. Besar dan agak selesa. Kami terus rehat dan tidur. Letih sangat sebab kami belum rehat dari semalam lagi. Zzzzzzzz.....

Tidak lama kami tidur. Terjaga sebab lapar. Gas belum beli untuk masak Brahim. Kami panaskan Brahim dengan menggunakan air panas dari bilik air. 2 3 kali tukar. Rasa yakin sikit dah masak, kami pun buka nak makan. Hmmmmm....nasi keras. Hahahaha......layan jugaklah sebab lapar.

Selesai solat, kami turun ke bawah dengan niat nak borak-borak dengan auntie untuk dapatkan informasi. Sambil tu nak keluar jalan-jalan luar. Auntie cakap, Ramy is on the way.

Sebelah petangnya, kami di bawa melihat-lihat kawasan Srinagar. Kami di bawa ke Nagin Lake. 10 minit kami menunggu untuk boat setting, tetiba angin kuat bertiup dan langit semakin mendung. Ramy said dont worry becouse it just sekejap jer. Tapi rasanya tak sekejap ni. Akhirnya tak jadi sebab memang angin semakin kuat. Kami di bawa pula pusing-pusing sekitar Dal Lake. Hujan mula turun.

Ok, sedikit review tentang tasik ni. Aku pernah search sebelum sampai. Bukan itu sahaja. Aku turut google tentang Srinagar. Gambar-gambar yang diberikan memang mengkagumkan. Membuatkan aku rasa wajib singgah di Srinagar. Tapi bila aku tiba, it was not my expectation. Suasana Srinagar ni berdebu. Sana sini nampak kotor. Tasik yang popular dengan boathouse plak, macam kotor jer. Huhuhuhu....... Itu pendapat peribadi jer ok. Please jangan kecam saya. Hahahahaha...

Aku dan Daus sempat berborak, bahwa gambar indah-indah yang orang up tu hanya angle yang cantik jer. Dan tidak dinafikan jika musim winter, memang cantik sebab salji dah tutup semua kotor-kotor tersebut. Nampak putih semua. Hihihihihi....





Kami kembali ke guest house dan rehat.

Lupa nak story, sebelum kami keluar tadi, Ramy ada berborak ngan kami tentang perancangan kami. Macam biasa, style dia akan cuba meyakinkan kami agar menggunakan perkhidmatannya. Itu yang membuatkan kami rasa sangat rimas. Hasil perbincangan, dia menawarkan INR 29000 untuk perjalanan ke Pergunungan Gulmarq with gondola ticket + satu malam guest house + one trip ke Leh dan 1 night guest house di Leh.

Sambil borak tu, dia tanya samada kami nak makan atau minum. Kami macam segan-segan. Then dia sound, dont be scared. We are Muslim too. Hahahahaha.... Terus rasa lega.

Kenapa kami setuju untuk ke Pergunungan Gulmarg?
Semasa Ramy mencadangkan beberapa tempat menarik, dia menawarkan aktiviti pendakian. Dari penceritaannya, memang sangat menarik. Siap bagi gambar lagi. Serius, menarik. Kemudian dia ada sebut tentang K2. Huish.......Gunung K2. Giler lah.

Pergunungan Gulmarq tiada dalam itinery. Tapi memandangkan kami still on schdule dan range cuti, kami setuju je lah. Malam ni kami berehat.

Sebenarnyakan, Srinagar ni banyak lokasi-lokasi pendakian yang menarik. Tapi maybe nextime la kot. Menurut Ramy, 3 orang Jerman tu plan nak pergi mendaki.

Setibanya kami di guest house, kami terus tidur. Aku terjaga dari tidur takkala bermimpi akan seekor ular tedung selar. Tetiba, pintu bilik diketuk dengan agak kuat. Aku bangun dalam keadaan separuh sedar untuk membuka pintu. Pembantu rumah bertanyakan samada kami nak makan atau minum? So aku cakap nak makan dan akan turun dengan segera.

Selesai makan, kami kembali ke bilik. Rehat dan tidur.





KOS :
Tiket flight Delhi - Srinagar                             INR 14000
Airport Srinagar + guest house + jalan-jalan   INR   3000
Gulmarq + guest house + Leh                          INR 29000
                                                   Jumlah          INR 46000

Hari 3    Hari 4    Hari 5

2 comments:

  1. nape nk gi india... dulu nepal skrang india... x da idea nk gi tmt2 lain ke... cam new zealand ke fiji ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan negara yang saya pilih tapi tempat yang menjadi keutamaan. Jika Kashmir tu dalam jajahan London, maka ke London lah saya. Hahahhaha....

      Naper tak New Zealand atau Eropah? Pertama saya xminat dengan tempat yang dah ada kemajuan. Hahahahahaha...

      tq sebab lawati blog saya....hahahaha....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...