1.5.16

--- Pulau Perhentian Part 2 ---

Hujung kaki terasa sejuk. Buka mata, dah pagi. Morning guys...

Subuh...

Hari ni aktiviti sebenar bakal bermula. Aktiviti yang melambangkan percutian sebenar, SNORKELING. Yeaahhhh....!!!

Tapi start jam 10 pagi. Hmmmmm....

Takper, pagi ni aku nak pergi windmill lagi sekali. Semalam memang dah niat. Kebetulan Raihan dan Lela aka @aizat_farabixiii and team nak pergi.

Cergas selalu aku.












Masih berkesempatan melayan pemandangan matahari terbit.

Sekali lagi berpesan agar berhati-hati ketika melangkah menuruni tangga di Lagoon Point ini.








Tiada kelihatan manusia awal pagi cenggini. Mungkin masih berselimut di atas tilam yang empuk. Hmmmm..... ye lah semalam bunyi muzik sampai jam 3.30 pagi.

Beberapa anak muda yang sihat sedang berpose-pose mengambil gambar. Nak abadikan dalam album katanya. Hahahahaha..... Mungkin juga nak update profile pic di insta dan pesbuk. Atau mereka baru berjinak-jinak dengan dslr. Maka nak bereksperimen.

Sambil tersenyum, aku snap telatah mereka.


























Menghampiri jam 0830, aku dan yang lain mula bergerak kembali ke campsite. Masa on the way turun, kelihatan beberapa group pelancong mula menaiki trek untuk ke windmill. Ada juga yang tak sampai sebab masa di puncak, tak nampak, tapi dah menuruni trek. Give up la kot. Hahahahaha....

Setiba di campsite, rakan-rakan dah siap masak breakfast, roti telur. My feberet.

Sementara nak tunggu jam 10 pagi, sempat aku tertidur. Zzzzz....zzzzz....

Rakan-rakan yang lain, ada yang bermandi manda di pantai. Merang pula sedang dibuai oleh hemoq nya. Mmmmm.......







Seperti yang diaturkan, kami mula bergerak menuju ke jeti apabila Abe tu dah telefon salah seorang dari kami dan menyatakan bahawa bot dah sedia.

Selain kami, terdapat penumpang lain dalam bot tersebut. Ingat lagi akan pesanan Kakak kaunter di jeti aritu bahwa, bot ni untuk kami satu group. So boleh diskus dengan tekongnya. Tapi pagi ni dah tak macam tu plak. Patut la Akak tu ada tanya tentang Abe tu tempoh hari. Hmmmmm...

Tapi, benda ni memang normal takkala orang memang tengah ramai. Ada yang 'macam-macam' nak cari income lebih. Masa nak booking dulu, bukan main manis mulut. Hmmmmm.....

Seperti yang terdapat dalam pakej, hari ni akan di bawa ke 5 point untuk snorkeling.



Point yang pertama. Bot parking dan menurunkan kami. Sambil tunggu yang lain setting life jacket dan google, aku macam biasa snap sana sini. Teropong sana sini. Termasuklah teropong yang berbikini tu.

Sambil itu, ada seorang mat salleh yang berkulit coklat sedang marah-marah dan tak puas hati dengan tekong bot. Aku tak ambil port. Aku teropong mermaid sedang pose sambil selfie.

Suddenly minah mat salleh tadi datang pada aku dan marah-marah aku.

'What are you doing?'

'What are you doing? Are you snap my friend pic? Its not possible'.

'Its not possible'.......'Its not possible'.....

Aku buat muka blur jer. Malas layan.

Dia provoke aku lagi. Nasib abik ada member-member aku yang lain cover. Rasa selamat skit.

Aku faham dia nak cakap suruh padam. Aku pun padam. Minah tu keep said, 'its not possible'.... Kedengaran macam dialek Asia Tengah. Arabian mungkin.

Sambil dia marah-marah tu, aku tenung dia. Then dia macam tak puas hati. Mungkin dia ingat aku tak puas hati ngan dia. Member yang lain meleraikan suasana. Minah tu pun berlalu pergi. Tapi mulut tak berhenti.

Tak salah aku, diaorang ada 5 orang. Dia jer yang tetiba naik angin. Member-member dia yang lain yang berbikini yang aku snap tu, tak ada apa-apa pun. Mungkin dia bodygguard kot.

Berderau juga aku time tu sebab ia berlaku dengan tetiba. Kalau lah benda ni berlaku masa aku travel luar? Hmmmmm....... Fobia aku seketika. Arghhhh.....

Simpan kamera, dan layan snorkeling.


Point ke dua ialah Turtle point. Sebelah jeti dari point pertama tadi jer. Hahahahaha...... Kalau dia suruh kami berenang ke sebelah sana pun dah sampai. Saja nak suruh naik bot juga.

Ada tak penyu? Ye ada. Kat bawah sana. Nampak samar-samar dari atas.

Tetiba penyu tu bergerak naik ke atas permukaan untuk bernafas. Berpusu-pusu la orang berkejar ke sana. Maka, ada la kepala yang kena libas. Hanya kerana seekor penyu.

Wan dan Far East yang memang cekap menyelam dan ada goPro, berjaya menyelam dan bergambar dengan penyu tersebut. Tahniah.

Next snorkeling point. Tak tahu nama. Sampai, terus terjun jer. Coral tak banyak pun. Hmmmmm....macam bosan jer.

Point yang keempat. Ok skit dari tadi. Ikan banyak. Tapi ikan biasa jer. Nemo tak jumpa.

Last point ialah Shark point. Hmmmmm....kena turun ker? Tak bahaya?

Nampak yang snorkeling tu tak kena serang dengan shark pun. Ok, terjun juga.

Coral tak cantek, shark pun tak jumpa. Naik bot semula.

Dah tengah hari. Masa untuk lunch. Bot membawa kami ke jeti pusat pentadbiran, Pulau Perhentian Kecil. Di sini ada masjid, pondok polis (bangunan batu 3 tingkat tapi nama pondok polis), sekolah dan beberapa pejabat kerajaan lain.

Kata tekong, kita lunch kat sini. Dia pun bawa kami ke salah satu kedai. Ingatkan dalam pakej lunch ni. Rupanya tak. Dan ni macam kita naik bas, bas berhenti untuk makan, driver free sebab bawa pelanggan. Haaaaaa....macam tu konsepnya.

Selesai makan, kembali ke Long Beach. Di jeti, kami singgah mandi di bawah jeti tersebut. Ada ikan. Sambil mandi tu, ada member cakap, macam rugi jer ambil sekali dengan snorkeling tu. Dah la tak cantik, ikan pun tak ada. Nextime datang tak yah pakej snorkeling. Snorkeling je bawah jeti ni lagi best.

Tapi memang betul, bawah jeti tu lebih banyak ikan kot. Dan memang kelihatan banyak orang yang nak buat fun dive, buat kat bawah tu jer.

Balik ke campsite dan buat pengurusan diri.

Petang skit, perut rasa lapar. Jalan-jalan menyusuri pantai untuk mencari kedai makan yang menarik. Hajat nak pekena shake yang macam semalam, tapi dah tutup.

Nampak Waqih, Johan, Jimmy dan Sheada. Join sekali.

Eh! Tu Lela, panggil dia join.


Cantek Johan pose...



Lepak kat kedai tu sehingga senja. Balik buat pengurusan diri. Far East dan teman-teman lain sedang menyiapkan makan malam. Alamak, dah kenyang. Takper, jangan hampakan usaha kawan-kawan. Tak baik.

Malam tak beraktiviti sangat. Kami hanya sempat nonton live band kat sebelah tu jer. Tu pun kedai tu dah nak tutup. Adooiiiii...... Hahahahahaha.....

Letih snorkeling tadi membuatkan kami tidak berjaga lewat. Sama macam semalam, hampar fly di tepi pantai dan baring sampai pagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...