30.11.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 1 ---

Hari 2

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini tentang pendakian ke Gunung Loser, hari ni kami mula berkumpul di airport. Flight kami pada 30 November 2016, jam 0755. Sebelum masuk, kami sempat bergambar kumpulan.


Berikut adalah line up yang mengikuti Trans Paru Paru ini...

Khairil Aslan P.C.P (Leader)
Nazman (anak Leader)
Jept Baling (gogo)
Azizah
Siti Aminah
Kak Imah
Amin
Arep
Fawwas
Ustaz
Fitri
Adi
Semirul

Masing-masing berdebar untuk menghadapi trip kali ni. Berdebar sebab tempoh pendakian agak lama dari biasa. Aku berdebar sebab nak naik kapal terbang jer. Arghhhhh..... Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kualanamu, Medan mengambil masa 1 jam.

Ada satu perkara yang bermain difikiran, KENAPA ADA anak Lan? Tak tahu pun. Mungkin aku yang kurang cakna kot dalam group whatsapp. Tapi tak apa. Ok jer.



Atas kapal terbang, baru sahaja flight attandance meletakkan nasi ayam chin atas meja aku, dia terus bagi plastik untuk masukkan nasi tersebut. Katanya flight dah nak landing. Terus dimintanya aku untuk menutup meja kembali. Tapi aku tak marah malah aku rasa bersyukur sebab ketakutan bakal berakhir kerana dah nak landing. Hahahahahahaha...

Kami selamat tiba di Kualanamu International Airport sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Beza waktu antara Malaysia dengan Kualanamu juga sekitar 1 jam. Sesampai kami di sana kami berjaya melepasi imegrsen Indonesia kecuali seorang iaitu Fawwas. Entah kenapa dia tidak melepasi pemeriksaan. Dia dibawa ke bilik pegawai. Lama juga dia ditahan. Apa tujuan, tidak pasti.

30 minit kemudian kes selesai apabila Abang Lan berbincang dengan pegawai. Dalam pada itu kami yang berada diruang menunggu bagasi menghadapi masalah apabila satu beg tidak muncul di tray. Alahai... Kami pun pergi la tanya petugas dan kes dapat diselesaikan.

Ketibaan kami memang telah dinantikan oleh Yudie dan supir. Sebelum berangkat, kami menukar sistem komunikasi smartphone terlebih dahulu. Pendek kata beli simcard atau kartu. Hahahahahaha......

Ok, siapa Yudie? Yudie merupakan seorang ranjer hutan di sini. Beliau pernah bersama-sama Abang Lan semasa pendakian solonya. So, untuk trip kali ini mungkin Abang Lan mengajak beliau juga bersama-sama bagi membantu beliau.




Asyik bangat







Semua dah bersedia untuk berangkat ke Aceh. Jom... Perjalanan di katakan mengambil masa lebih dari 10 jam menuju ke Gayo Lues. Sepanjang perjalanan yang jauh itu kami singgah makan di beberapa tempat bagi mengisi perut. Dalam perjalanan ini juga kami dapat memerhati suasana budaya kehidupan masyarakat setempat.

Dalam kesempatan itu, kami juga melalui Brastagi di mana terletaknya Gunung Sibayak yang kini sudah berubah bentuk fizikalnya akibat beberapa letupan yang berlaku. Aku pernah berjalan-jalan ke Gunung Sibayak pada tahun 2010. Klik di sini. Hihihihi....







Letih perjalanan yang jauh






Pemandangan pergunungan yang menarik dalam perjalanan


Sekitar jam 7 petang, kami selamat tiba Bandar Kutacane. Kami dibawa ke Masjid Agung At-Taqwa. Kami mengambil kesempatan itu dengan menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Cantik Masjid Agung At-Taqwa ini. Pada waktu itu hujan di Bandar Kutacane. Selesai solat, kami singgah makan di kedai bertentangan dengan masjid. Alhamdulillah...









Selesai makan, kami menyambung kembali perjalanan. Jarak menuju ke Bandar Blangkejeren sekitar 100 km lagi. Owh...! Sebeleum bertolak itu, kami singgah di pejabat renjer perhutanan untuk pendaftaran.

Dalam episod yang akan datang, diceritakan siapa itu Khairil Aslan dan bagaimana beliau terlibat dalam trans Paru Paru ini.

...bersambung

Hari 2 

11 comments:

  1. Waw cerita yang menarik! Tak sabar menunggu episod seterusnya yang amat mendebarkan.

    ReplyDelete
  2. allhamdullilah xyah tunggu 8bulan.. hahaha

    ReplyDelete
  3. tunggu dan akhirnya keluar jugak. mohon tanya, yg masjid tu yg dibina semua masa tsunami tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. no...no...no....sahabat saya di bawah telah memberi jawapannya saudari jujue.....hihihihi

      Delete
  4. Masjid yg tsunami tu dekat banda Aceh (tepi laut).. yang kami pergi ni di Aceh tengah. Kawasan pergunungan. Betul tak En Ben?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan yang tiada cacat celanya saudara semirul....hahahahhaha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. oh terima kasih utk jawapan yg clean and clear, lawa sgt masjid tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...