28.1.17

--- Berkhemah di Perta ---

Pengalaman di Aceh tahun lepas tidak mematahkan semangat rakan-rakan lain untuk terus beraktiviti. Rakan-rakan lain ada pergi ke Gunung Baling di Baling. Dia orang ada ajak tapi aku dah ada komitment nak join MONEL. Trip dia orang ialah ke Panggang Paku @ Paku Panggang. Mana satulah. Aku tak pasti samada ia adalah bukit atau gunung.

Menariknya MONEL ni, tripnya selalu yang rare. Kita jarang-jarang dengar tempat yang nak di daki oleh mereka. Korang pernah dengar Panggang Paku? Pernah? Eh!!!....maknanya aku la yang tak pernah dengar. Alahai........maafkan saya kerana kurang info dalam dunia kehutanan yang penuh pancaroba ini.

Korang tahun apa itu MONEL? Hmmmmmm...... Cari facebook mereka, Malaysian Outdoor and Nature Lover.

Namun, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, trip Panggang Paku ini dibatalkan atas suara ramai. Aku pun tukar channel dengan mengikuti trip dari Kutip Adventure. Kutip Adventure buat tip ke Sungai Pertak. Hmmmm.....

Satu perkara yang aku pelajari dari Aceh ialah bertanyakan samada byaran trip termasuk dengan makan atau tidak? Jika termasuk makan, makan itu complete or makanan asas seperti beras, gula dan garam sahaja? Haaaaaa....jangan gelak ok. That what terjadi di Aceh bila semua benda dikatakan tak jelas. 😅

28 Jan 2017, pagi tu rileks lagi sebab kata Am gerak jam 2 petang. Tapi Aizat cakap jam 2 dah kena ada sana sebab nak angkat barang-barang dari kereta ke campsite.

Jam 1 aku masih atas jalan raya drive ke rumah Aizat. Nampak tak janji Melayu. Dah la tumpang orang. Huhuhuhu...... Susah nak ubah tabiat tak tepati masa. Sorry Aizat.

Sampai di rumah Aizat, katanya Acap dah bising-bising sebab tak cukup orang nak angkat barang. Masa aku sampai tu, tiba bersama di situ ialah Shidah. Dua orang belum sampai ialah Ika dan Am. Mujur aku bukan yang paling akhir. Kahkahkahkah....

Dari Rawang, kami berkongsi kereta menuju ke Perkampungan Orang Asli Perta. Cari parking, parking penuh plak. Tidak berputus asa menunggu, akhirnya kami dapat jua. Owh...kena bayar tiket masuk. Raya Cina, memang penuh la orang camping.

Masa on the way tadi kami ikut jalan bawah. Kami tidak ikut highway kerana nak elakkan kesesakkan jalan raya, rupa-rupanya jalan bawah juga jem teruk. Maka, bertambah lambat la kami tiba di destinasi. Hujan lebat menambahkan lagi kesesakkan jalan raya.

Masa dalam kereta juga, Acap ada call beritahu lokasi khemah dan minta kami parking berhampiran dengan keretanya. Ok Acap. Kata Acap, selepas jambatan senget, ambil kiri dan masuk dalam lagi.

Setibanya kami di Empangan Kuala Kubu Baru, aku cadangankan kita berhenti buat photoshoot skit. Rugi la sebab pemandangan dengan cantik ni. Tapi kata rakan-rakan, tak manis la shoot sebab kita dah lewat. Nanti apa kata Acap kalau dia nampak kita di insta. Semua orang ketawa berdekah-dekah. Satu perkara, sepanjang dalam kereta adalah aku asyik kena bahan jer. Tengs guys..... 😉





Aizat, ikon laman sosial terkini








"...dalam hutan atau on trek, aku single.....huahuahuahua....."

Jambatan ni agak licin

Selepas jambatan senget tu, kami cuba cari Acap mengikut panduan yang diberikan. Hmmmm...gagal. Simpang mana la yang kami masuk. Huhuhuhu..... Kami patah balik sebab macam jauh sangat pula.

Akhirnya kami dengar suara Acap memanggil. Mungkin dia nampak kami dari sana. Kami pun patah balik dan jumpa campsite. Alhamdulillah....




Wow..... Pemasangan khemah macam peserta 40 orang. Hahahahaha....powerlah Acap and the geng. Rasa malu plak sebab sampai jer, semua dah siap. Jam 6 petang lebih masa kami tiba di sini. Terima kasih pada mereka semua dan mohon maaf banyak-banyak sebab lewat. Lewat sebab Am habis kijer lewat. Hahahahahahahahahaha.....




Nak buat apa pun tak tahu sebab semua dah siap. Kami dijamu dengan ubi rebus dan jagung rebus. Arghhhhhhhh.....sedapnya. Selesai makan, mandi la apa lagi.

Selesai Maghrib, kami memulakan acara barbeku. Ada sosej, ayam dan kambing. Wow....kambing is my feveret. Kambing tak habis kami bakar.

Makan beramai-ramai. Sedap. Thanks pada mereka yang memerap.




Selesai makan, kami ada sedikit sesi taaruf. Sesi ni Kak Yatie paling excited. Omg...!!! Berbagai-bagai soalan menerpa setiap kami. So, this is line up for Perta Campsite by Kutip Advandture :

Group Awal
Acap
Acap 2
Akmal
Kak Yatie
Abang Zain
Farhana

Group Lewat
Aizat
Amin
Fitri
Shidah
Ika

Sesi bermula dengaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnn......aku. Hahahahahaha....Memang aku nak dulu supaya cepat habis. Kahkahkahkah....... Seterusnya Akmal. Asal dari Jitra. Mai dari Kedah semata-mata nak join trip Kutip ni. Dahsyatkan. Dari jauh nun semata-mata nak camping di bersama Kutip Adventure. Tak banyak cakap. Tanya sepatah, setengah patah jawab. Hahahahahaha..... 

Farhana. Yeaaaaa....masa mula-mula kami sampai, siapa awek lawa ni. Nampak macam amatur. Kami tak tegur atau gurau-gurau lagi sebab belum kenal. Dalam sesi taaruf ni, dia kata, this is firstime dia join. Nak release tension kerja dan study. Tu pun sebab kenal Acap. Katanya penat bawa bekas perapan. Alahai....Am dan Aizat terus rasa bersalah kerana membiarkan wanita secantik ini membawa barangan berat. Katanya lagi, Acap di pejabat serius habis. Tak macam kat campsite ni. Ada dua watak katanya. Hahahahahahaha.... Dan, kami sangkakan Farhana ni awek Acap. Hihihihihi....

Seterusnya kita ada Abang Zin. Rasanya paling senior dan berpengalaman luas dalam bidang outdoor. Tengok sendiri la. Semua kelengkapan khemah sendiri punya ok. Dalam sesi taaruf ni, kelihatannya beliau sangat merendah diri. Masa mandi petang tadi, Aizat ada tanya, tak kenal ke Abang Zain? Dia agak femes. Aku jawab, Nama macam agak familiar cuma tak pernah bersua. Abang Zain merupakan salah seorang admin HACAW. HACAW dan HAKAM berbeza. Selain itu, beliua juga menerangkan maksud KBS di hujung nicknamenya bukan bermaksud Kementerian Belia dan Sukan tapi itu adalah singkatan nama penuhnya.

Acap. Hmmmm........aku tak ingat la butiran taarufnya. Alahai....jap, aku cuba ingat. Ok, sorry guys. Aku tak ingat. Apa yang pasti, firstime aku jumpa Acap ni masa di Trusmadi. Dia berasal dari Perak. Sorry Acap, cerita ko pendek jer.

Acap 2. Mmmmmmmm........Berasal dari Bandar Jengka. Kenalan lama dan housemate Acap di Kuala Lumpur. Petang tadi dia tegur aku, katanya kita pernah jumpa di majlis perkahwinan Sharul. Hahahahahaha....tu je yang aku ingat. Hahahahhaha....

Shidah... Tak ingat langsung. Mungkin story tak menarik kot. Sebab tu aku lupa. Hahahahahaha....jangan ambil hati k.

Ika.... Time orang tengah taaruf, dia sibuk dengan henset. Akan mendaki Rinjani tidak lama lagi. Bukit Kutu ni kira training katanya.

Am atau Amin. Amin Daniel. Dalam banyak-banyak cerita dia, aku cuma ingat 'guide Chondong'. Yeaahhh....dia partime jadi guide Bukit Chondong. Boleh kontek beliau jika memerlukan khidmat.

Aizat....mmmmmmmm.....

Kak Yatie.... arghhhhhhh...tak ingat juga.

Itu je lah yang dapat aku ingat serba sedikit. Yang tak ingat tu, sorry guys. Hahahahahahaha..... Sesi ni bagus kerana aku tak pernah mendaki bersama dengan mereka kecuali Acap dan Am.

Zzzzzz.....Zzzzzzz......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...