29 Jan 2017, bangun pagi untuk buat pengurusan diri dan Subuh. Kak Yatie dan Akmal dah awal lagi di dapur. Masak nasi lemak katanya.
Semalam sebelum tidur kami dah bincang untuk mendaki Bukit Kutu. Ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang teruja.
Selesai sarapan, kami pun bersiap-siap untuk mendaki. Yang tak mendaki, katanya nak menjahit kat khemah ni haaaaaaaa...... Siapa yang tak mendaki? Korang akan tahu nanti.
Amin sedang memberi tunjuk ajar dan arahan
Semalam plan nak start mendaki jam 7.30 pagi. Tapi jam 8.30 pagi lebih baru gerak. Wuhuuuuuuu..... Aktiviti asal nak camping jer. Bukan nak mendaki. Ikut hati, aku pun macam malas. Hahahahaha....tak larat. Aku mendaki pagi ni pun sebab Kak Yatie nak follow jer.
Semangat sangat nak mendaki tu Kak Yatie
Trek pendaki tidaklah terlalu sukar. Ia sesuai untuk pendakian keluarga.
Sungai ini wajid diredahi. Tak nampak plak ada batu-batu yang kami boleh loncat-loncat untuk mengelak air dan basah.
Menariknya mendaki bersama ikon laman sosial ni ialah mudah dikenali. Aizat contohnya, ada jer orang kenal dan bertegur sapa dengan dia. Dalam on trek tu, dia sempat la berborak-borak dengan kenalan yang menyapanya.
Masa nampak mamat tu, aku ingatkan Amir Musleem. Kalau Amir Musleem memang aku pun nak berswafoto dengan dia. Lately ni, seriously nama Amir Musleem bermain-main di dalam group whatsapp. Siapakah beliau?
Mak Tam
Mak Tam berumur 54 tahun turut bersemangat mendaki walaupun beberapa kali berhenti untuk mengurut kakinya yang krem.
Ada orang up pic di group masa kami on the ke puncak
Sejam lebih kami mendaki, kami tiba di Batu Tedung. Batu Tedung ni dinamakan demikian kerana bentuknya yang seakan-akan kepala ular tedung. Untuk shoot kat sini, perlukan wide lense. Barulah cantik. Go Pro mana?
Kacak tak saya?
LOVE
Tengah photoshoot tudung mereka dua ni
Cubaan acah-acah model tudung ict
Alhamdulillah...jam 11.55 pagi, kami tiba di Bukit Kutu. Berehat sekejap kemudian kami bergerak ke belakang untuk ke lokasi rumah tinggalan. Haaaaaa.....aku memang nak sangat pergi situ. Dulu masa naik firstime, tak sampai ke rumah tersebut. Akhirnya impian tercapai.
Ika kenapa?
Selesai photoshoot di rumah tinggalan, kami berjalan kembali untuk naik ke puncak. Orang ramai. Maka, kena la beratur dan ikut giliran. Puncak batu tu kecil jer. Haruslah gayat kat atas sana. Aku memang tak nak naik tapi kali ni kena beranikan diri juga sebab dulu takut nak naik.
Ok...satu soalan. Kenapa orang lelaki mudah rasa gayat?
Antara perkara lain yang membuatkan aku nak join trip Kutip ini ialah gaya foto Go Pro oleh foundernya, Acap. Dengan harapan dapat belajar sesuatu. Tapi memang hampeh betul. Satu keping pun tak ada gambar dari Go Pronya. Arghhhhhhh.....memang sadis.
Si mamat Lela Rentera ni pun sama gak. Dalam insta tu bukan main lagi aksi bergambar dia. Tapi kali ni aku tak nampak langsung aksi. Owh.....mungkin Bukit Kutu tak menarik kot. Hahahahahahahaa..... i guess.
Ada cinta lokasi dalam trip kali ni ok. Hihihihihihihihihihi...... Siapa? Ada la. Kalau nak tahu kena belanja tiket flight ke Kerinchi. Simple.
Akmal, sukar di ramal tapiiiii......
Aksi apa korang buat ni?
Kami tak lama di atas sana. Kami mempercepatkan langkah turun. Di Batu Tedung, Farhana mengalami sedikit injured di mana kasutnya yang kecil itu membuatkan jari kakinya sakit. Tapi kami dapat settlekannya. Hahahahaha..... Itu pentingnya team atau jalan sesama.
Jangan datang sebagai team pastu bila mendaki tak macam team. Kadang-kadang ada perkara yang memerlukan bantuan. Korang dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? Ok, good. Mudah explain pada korang. Hahahahahahaha......
Perjalanan turun kami dihiburkan dengan aksi-aksi lincah Aizat yang pandai menari mengikut beat beat muzik. Tergoda kami tengok.
Di khemah, rakan tengah menunggu. Kami makan dan mandi. Kemudian ada prank buat Aizat skit. Semalam adalah hari lahirnya. Hahahahahahaha....
Paling mnegejutkan ialah ada cenderahati buat peserta. Haaaaaaaaaaaaaaaaa......ni firstime aku join organizer yang ada bagi-bagi hadiah pada pesertanya. Hahahahahahaha....supeb lah Kutip Advandture.
Hadiah diberikan atas ciri-ciri yang telah dipersetujui oleh gogo. Farhana mendapat hadiah atas ciri-ciri kesungguh pertama kali menyertai aktiviti outdoor.
Aizat? Hmmmmm.....dapat sebab besday boy dan tahan kena prank. Tahan ke? Tengok muka masa kena prank macam tak puas hati jer. Kahkahkahkahkah......chill la Aizat. Wa ok...wa ok....
Aku? Kata mereka sebab aku jadi tukang kipas malam semalam berbabeku dan pakai spek dalam hutan. Hahahahahahaha..... Aku tambah bahagian spek tu. Hihihihihi.....
Aku rasa acara beri hadiah ni lebih kepada satu semangat dan ikatan kemesraan dalam Kutip Advandture. Hihihihi.... Its a good idea.
Dan, sebelum kami bergerak pulang, Aizat lagi sekali menarik perhatian kami. Katanya nak tunjuk satu tarian raver. Tengok bawah tu....
Kami berjalan keluar ke kereta dan pulang.
Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama gogo dan krew sebab menerima aku join this trip. Satu aktiviti yang fun time Chinese New Year kali ini. Hihihihi..... tq again.
Singgah di masjid KKB
Late drink drink around rumah Aizat
*gambar adalah campur daripada camera henset rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment