25.11.17

--- Kejohanan Liga Paintball TaHa@U 2017, Grand Final ---

Dorito One....! Dorito One.....! Snake...! Snake.....!

Begitulah kedengaran dari luar gelanggang paintball Liga Paintball TaHa@U 2017, Grand Final baru-baru ini. 

Peringkat Zon Selatan telah dijalankan sebelum ini di UiTM. Top 8 dari setiap zon di bawa ke peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Bangi ini. 2 daripada 6 pasukan UTeM berjaya dalam Top 8 dan layak bertanding di sini. Tahniah...!!! Klik untuk lihat game peringkat Zon Selatan.

Ok...aku cite panjang-panjang memang tak ada masa. Layankan aje gambar-gambar sepanjang pertandingan berjalan.

Hujan renyai-renyai pada pagi tersebut. Hujan lebat semalam menjadikan padang ini berlecak. Pada mula aku tengok pun segan-segan aku nak snap-snap. Mana taknya, player-player ni semuanya sliding dalam lumpur. Merecik habis hawau.....

Mula-mula jer segan, pastu dan ok. Dah tak kisah kotor apa pun. Atas bantuan junior-junior, aku dapat masuk ruang perang untuk shoot lebih dekat. 4 das tembakan aku kena. Tak nak sebut bahagian mana. Malu. Hahahahahaha.....

Aku rasa ada player yang sengaja tembak sebab aku tak snap pic diaorang. Hahahahahaha.....








Team UTeM 2








Pada peringkat awalnya aku dapati game agak hambar. Tak banyak attacking. Masing-masing nak defence. Ye la masing-masing punya strategi la kot.




Sedang membuat analisa kot si Paeh tu

Menang kala, Allah yang tentukan

Penyokong tetap




Mask dia macam alien



Team UTeM 2








Ten second.......








Presiden pertama KeReX, Abd Salam bin Adam meluangkan masa datang untuk melihat junior-junior bertanding. Sempat berkongsi-kongsi idea dan pengalaman masa zaman kegemilangannya dulu. #katanya......

Bukan main girang lagi junior-junior nampak Salam datang. Nak suruh belanja la tew....haish....


Serius...!!!



































Frust terkeluar awal










"Aku tak kena tembak pun wei. Tetiba suruh aku keluar. Arghhhhhhh....geram aku. Stress....!!!!", antara luahan yang sempat aku dengar dari seorang player gadis.

Pusingan pertama habis sekitar jam 1.30 petang dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang. Sebelum break, urusetia mengumumkan Top 16 yang layak bertanding ke perimgkat seterusnya.

Alhamdulillah. UTeM 1 dan UTeM 2 layak ke pusingan seterusnya. Tapi agak kurang best apabila ke dua-duanya bertembung antara satu sama lain. UTeM 1 vs UTeM 2.

Separuh masa ke dua bersambung selepas ini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...