4.11.17

--- Hari Bersama KeReX ---

Aku tiba di UTeM tepat azan Isyak dilaungkan di Masjid Saidina Abu Bakar, UTeM. Whatsapp junior bertanyakan lokasi aktiviti malam ini. Katanya di Kem Perintis. ku respon balik, "...masa saya belajar di UTeM, belum ada kem tersebut", hahahahahah. Rupa-rupanya kem tu berdekatan dengan tasik. Ok, dah faham. Terus pandu kereta ke sana.

Masa sampai tu mereka masih lagi sedang menjamu selera. Dah cakap jangan sambut masa ketibaan tetapi biasa la kita ni kan orang Melayu yang penuh dengan adat dan tinggi budi bahasa. Berborak kejap di tepi tasik dengan dengan AJK dan AMT. Menurut presiden, ini merupakan pertama kali KeReX dapat buat perkhemahan di tapak kem ini. Maka terhasillah HARI BERSAMA KeReX. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa.....itu sebabnya nama program ini 'HARI'. Sebelum ini, ia lebih dikenali sebagai SEHARI BERSAMA KeReX.

Kata pengarah program HBK, Syamil, sebentar lagi akan diadakan persembahan kumpulan atau lebih dikenali malam kebudayaan. Peserta telah dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada 71 peserta. Tema persembahan ialah akustik, perodi, acapella dan drama muzikal. Wow......emezim!!! Tak sabar nak tengok.

Sementara itu, presiden ada bertanya tentang sejarah penubuhan KeReX. Dia nak buat bahan bercakap kejap lagi. Aku pun sebenarnya tak tau sangat. Aku pun goreng je lah. Asal logik. Harap Hazim dapat goreng juga fakta tersebut. Hahahahaahahaha...... Goreng-goreng pun bukan la merapu. Isinya ada cuma tak tersusun. Yang benar-benar tau penubuhan ni ialah Salam, Rashid dan Che Pul jer.

Takper.....ni satu idea. Jelajah Mencari Sejarah KeReX.......... Waaaaaaaaa.....

Antara senior KeReX yang hadir malam ni ialah Sharul, Tika, Aireen dan Zul. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi datang memberi semangat kepada kami. Eh!!! Kami ker?

Ok...masa persembahan dah nak mula guys....

Kelihatan Naib Presiden 1, saudara Syafiq memulakan bicara. Warm up session... Banyak idea nak cakap si Syafiq ni. Good2.....



Seterusnya...... ucapan presiden KeReX, Saudara Hazim. Mula memperkenalkan diri. Jual...jual...jual..... Pastu masuk story tentang penubuhan KeReX. Pandai dia goreng dow..... Dulu masa Home Coming, Hazim ni macam pasif jer. Mungkin dia segan dengan kehadiran Rashid, Teng, dan lain-lain. Dua tiga patah jer cakap. Tapi malam ni, siap boleh buat lawak lagi. Pastu acah-acah bergurau dengan gadis-gadis junior. Hahahahahaha........ Faham-faham, dia saja nak create happy mode.

Seterusnya AJK dan AMT yang lain memperkenalkan diri.

Teringat masa Trans Gopeng dulu.......

Menghayati penceritaan, Hazim presiden KeReX



Faizah, ajk keselamatan program HBK

Paeh dan Katrina, AJK Pubilisiti HBK

Hamidah, AJK Food

Tak ingat. Siapa ingat tolong tulis kat komen plis

Nasq dan Soleha



Selesai abang-abang AJK dan AMT memperkenalkan diri, tibalah detik untuk persembahan kumpulan yang di nanti-nantikan. Ni lah acara kemuncak. Hahahahahahaha....

Aku nonton sampai habis persembahan. Tidak mengecewakan semua persembahan mereka. Malah, AJK turut serta dalam persembahan tersebut. Pengarah program, Shamel very sporting. Semua sporting. Ada seorang ni iras-iras Chaer (Presiden KeReX ke 2). Gaya pun hampir sama cuma belom pakai pagar gigi jer.




Owh....pada mereka-mereka yang belum tahu bahawasanya dalam KeReX ada satu tambahan disiplin baru iaitu Muai Thai. Perkara ini timbul apabila Paeh terbagi satu design t-shirt. So pada malam tu saja la berborak. Ditanya sejak bila Muai Thai menjadi salah satu disiplin di dalam KeReX? Jawab mereka, ia mula pada zaman pimpinan Cokek. Tapi cubaan dimasukkan ke dalam KeReX bermula pada zaman Aireen. Tapi masa tu Aireen kurang bersetuju.

Mengapa ia terjadi pada zaman Cokek? Itu sesuatu yang kita takkan exlain dalam sosial media inilah. Sensitif.




Shamel, Zul dan Aireen





Gelagat Shamel memecah keheningan malam


Mesyuarat apa lagi guys

Satu pendapat berkaitan meeting di tengah-tengah malam hingga ke pagi buta. Adakah ia efektif? My opinion, it waste your time and energy for tomorrow. Benda bukan sahaja berlaku di sini, malah dalam program-program motivasi lain apabila fasi-fasi meeting selepas program hingga lewat.

Ada pro and kontra. Kita ambil satu side. Meeting yang berlarutan hingga ke pagi. Esok nak bangun awal untuk aktiviti. Bolehkah anda atau kita perform?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...