Ok....bolehkah saudara sambung kembali cerita tentang perjalanan hari ke dua ini?
Alhamdulillah...walaupun cuaca agak panas semalam, kami berjaya harunginya. Hahahahaha.... Bangun pagi dan buat pengurusan diri. Geng dapur sangat lincah menyiapkan sarapan pagi. Ketoew goreng adalah sarapan pagi ni.
Selesai itu, kami pun segera mengatur langkah menuju ke destinasi. Hari ni lagi 10 km nak berjalan. Walaupun free body, 10 km tetap terasa.
Semalam ada yang dikacau atau diganggu oleh unsur-unsur mistik?
Hmmmmmmmm......entah la. Saya tak dengar apa-apa plak semalam. Yang lain saya tak pasti la. Tapi rasanya ada. Dorang-dorang ni nampak jer macam ehem2, tapi hijab dorang kadang-kadang terbuka. Takper, nanti jika ada info terkini, akan saya maklumkan pada u.
Bagaimana dengan water point sepanjang trip menuju ke puncak hari ini?
So far, ia lebih baik dari semalam. Hari ini ada dua tiga anak sungai dan sungai yang kami lewati. Ia sangat membantu dari segi mental dan fizikal. Kami juga sempat mandi bagi melepaskan gian air terjun. #gadis
Selain itu, dengan adanya water point ni, menjadi terapi kepada kami dan mengurangkan keluhan dan meroyan Zul. Hahahahahaha.... Meroyan-royan tapi lawak. Terhibur.
Mandi untuk meredakan panas
Panas dan mengantuk
Tu ke puncaknya?
Trek yang mental
Alhamdulillah tiada. Tapi ada terjumpa bekas tapak kaki. Saya tak pasti samada ianya milik Pak Belang atau haiwan lain.
Sekitar jam 1 petang lebih, kami sampai di satu pintu rimba. No more trek balak. Panas lit-lit. Rasa nak pengsan. Huhuhuhu.....gurau jer. Tapi yang panas tu, memang panas. Nampak tak dua sejoli berpayung bersama-sama tu....
Panas lit-lit
Berapa lama masa diambil untuk sampai ke puncak dari pintu rimba?
If I'm not mistake, kurang satu jam kot kami sampai. Sesekali Awei teragak-agak menentukan laluan ke puncak. Ye lah...katanya its a long-long time a go. Walaubagaimanapun, kami berjaya sampai di puncak.
Bagaimana keadaan di puncak tersebut?
Maksud 'keadaan' tu apa?
Maksud saya, apa yang ada dipuncak? Petanda bahawa itu puncak? Atau apa sahaja....
Owh... Masa kami sampai tu, tiada beirut seperti kebanyakan puncak gunung lain. Hanya ada pokok bertanda limined bahawa itu puncak. Lagi satu, Awie dan Ayat dah pernah sampai. So pastinya dia orang ingat.
Ada aktiviti istimewa semasa di puncak selain berfoto kumpulan?
Hmmmmm....yea....kali ni ada. Betul kata saudara. Aktiviti kebiasaan di puncak ialah foto dengan signboard dan kumpulan. Tidak bagi trip kali ini. Mereka ada buddy. Setiap dia orang ada patung kecil. Yes....macam teddy bear. Nanti dia orang akan snap la macam pose bersama bear tu atau bear tu jer yang pose. Dia orang macam pokemon la.
Wow....adakah itu suatu ritual yang menyalahi? You know what I mean.
Eeeeeeee....tak baik tau cakap macam tu. Dia orang ok la. Alaaaa......ni macam trade mark jer. Setiap group ada trademark. So sama la dia orang ni.
Selain berfoto, kami makan-makan biskut dan yang lain. Sempat juga saya terlelap sekejap. Hahahahaha.... Sejam berlalu, kami pun turun la. Nak kejar masa balik ke campsite. Kalau boleh tak nak jalan malam.
Dalam perjalanan pulang, di pintu rimba, kami berhenti untuk solat. Sebenarnya hujan turun masa kami turun tu. Tak lebat sangat tapi cukup untuk membasahkan kami.
Adakah saudara dan rakan-rakan sempat tiba di campsite sebelum gelap? Melihatkan masa anda berada di pintu rimba seakan-akan tidak sempat.
Tepat tekaan anda. Ambil ijazah Matematik ek dulu? Memang kami tak sempat. Kami berhenti Maghrib di punca air yang kami mandi siang tadi. Alhamdulillah...semuanya selamat sampai di campsite.
Aktiviti malam tu pun tidak banyak sangat. Selesai makan, kami terus tidur.
Klik sini untuk episod terakhir.
No comments:
Post a Comment