16.2.18

--- Puncak Kerla, episod 1 ---

Apakah trip kali ni?
Ok...kali ni tripnya ialah Puncak Kerla. Merupakan puncak baru bagi saya dan beberapa rakan tetapi repeated by Awi dan Ayat.

Macam mana saudara boleh terjumpa that team atau trip ni?
Owh....saya pernah hiking bersama mereka belum ni. Bagaimana join? Itu macam biasa la, saya risik-risik. Kata mereka nak ke Panggang Paku. Memandangkan saya belum pernah ke sana, saya pun ikut. Saya juga pernah melihat log perjalanan mereka ke sana dulu. kelihatannya menarik kerana ada naik rakit dan sebagainya.

Berapa orang yang mengikuti trip ini?
Termasuk saya, 6 orang. 5 lelaki dan seorang gadis. #gadis

Kenapa hashtag gadis tu? Something special ke?
Owh....tak ada apa-apa. Saja jer. Hahahahahaha...

Boleh cerita sedikit perjalanan hari ini?
Ok...kami 5 orang bertolak dari Kuala Lumpur. Seorang lagi tunggu di Bentong (Masjid Jameq Bandar Bentong). Dari KL, kami bergerak sekitar jam 8 pagi. Kata Ayat, kita akan memulakan perjalanan trek balak tu petang bagi mengelakkan panas matahari tengah hari. Ok.....saya follow jer.

Sampai di Bentong, kami jumpa dengan Awi. Buat pengurusan diri. Merancang untuk berapa buah kereta yang masuk dan kereta siapa tinggal di masjid.

Seterusnya kami makan tengah hari di seberang jalan sana. Ada sebuah gerai makanan berlauk. Menu makan ok tapi....tapi....tapi.....ok, tak nak cakap. Kalau nak tahu, pm tepi ok. Kami juga tapau untuk lunch pack.

Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan dengan mengambil laluan menuju ke Sg Koyan dan seterusnya ke Kg. Pinang Baru. Sebuah perkampungan orang asli

Perkampungan orang asli datang dari mana?
Hummmm...kalau saya cerita sini, takut dua tiga hari baru nak habis tentang perkampungan orang asli tersebut. Sesi lainlah saya cerita. Atau kalau pembaca luar sana nak tahu, hubungi jer Awi. Nanti akhir entry, saya kasi nombor fon ye. 

Ada tujuan singgah di situ?
Yes....kami memberi sedikit sumbangan disamping memaklumkan kepada Tok Batin akan trip kami ke puncak Kerla. Senang. Kalau berlaku apa-apa, Tok Batin dan orang-orangnya boleh tolong. Tak salah menjalinkan hubungan silaturrahim.
Bagaimana trekking hari pertama?
Seriusly......It too hot. Trek balaknya open sky sangat. Saya ok jer. Layan macam biasa. Tapi Zul la, mulut boleh tahan. Penghibur di sepanjang jalan yang terik ini.

Kebanyakkan trek memang mendaki la. Kami juga banyak berehat. Sesekali ada orang asli yang bermotor melewati kami kerana mereka pergi memancing di sungai sana. Dalam hati, kalau cukup, memang nak minta tumpang jer.

Berapa jarak sebenarnya untuk sampai ke destinasi hari pertama?
Haaaaaaa......yang ni memang saya tak tahu. Memang bukan habit saya untuk bertanya sebab kalau saya tahu jarak sebenar, akan goyahlah saya untuk join mana-mana trip. Jika rujuk tentatif yang diberikan, macam tak jauh. Ye la....tak ada ot.


Tapi menariknya apa bila Zul dah mula bebel, baru la saya tahu yang jarak hari ni adalah 10 km. Dia pun baru tahu. Dia ingatkan 2 km jer. Rupa-rupanya 10km. Mati la mak nak.

Kami bernasib baik, ada sebuah 4x4 yang bertujuan memancing, sudi menumpangkan kami sehingga ke simpang setelah 5 km berjalan. Dari simpang yang diturunkan, kami sambung berjalan untuk sampai ke campsite. Kata Awi, dah tak jauh. Saya rasa lega.

Tak sampai 5 minit berjalan, Awi kata salah simpang. Arghhhhhhhhh.....katanya, simpang tu di depan lagi. Hmmmmm......kami pun nak cakap apakan. Sambung berjalan je la. Sian Zul. Peluh bagaikan mandi. Towelnya boleh diperah-perah.


Kami berjalan dalam 2 km lagi. Zul asyik tanya, masih jauh lagi ker? Hahahahahaha......

Akhirnya, kami berjaya tiba juga di simpang yang dituju. Masalah pula timbul apabila nak menentukan di mana nak campsite. Tapikan....sebenarnya masa tu macam dah malas dan penat nak berjalan. Ye la, mula-mula kena berjalan jauh. Pastu tersalah simpang. Jalan lagi. Water point plak masalah. Awi cadangkan campsite di depan lagi kerana menurut GPS, ada waterpoint kat depan. Tu pun 50-50.

Disebabkan tak confident, Awi dan Medang pergi usha dulu. Kami rileks sini. Kalau positif baru ON. Tak lama kemudian, mereka kembali. Katanya tak jumpa waterpoint. Satu lagi reason is, treknya banyak menurun. Takut esok balik pikul beg, lagi seksa. Then kami decide untuk campsite di simpang tadi sahaja.

Dalam masa yang sama, kami dah deal dengan 4x4 tadi untuk tumpang masa balik hari Ahad nanti. So....its better campsite simpang kerana memang laluannya.

Tanpa membuang masa, kami pun mendirikan khemah. Agak susah juga nak dirikan khemah fly disebabkan tanahnya berbatu keras. Semua pancang bengkok.

Campsite haram kami ni juga tidak ada waterpoint. Tapi hasil kegigihan Awi dan Medang, mereka berjaya jumpa. Tidak jauh. Dalam 200 meter lebih di depan sana.

Makan macam mana?
Makan kami tong-tong. Bayar seorang RM25. Dia orang settlekan. Amy, Ayat dan Medang yang banyak main peranan di dapur.

Saya tertanya-tanya, jika jaraknya yang jauh, kenapa gogo tak sewa transport? Apa yang diberitahu pada kami, tiada 4x4 yang setuju untuk trip kami ni. Gogo dah try 4x4 area Cameron, tapi alasannya mereka, jauh dari basecamp. Satu lagi kemungkinan ialah bilangan kami yang agak sedikit.

Adakah faktor Kerla ini tidak femes menjadi punca mereka tidak setuju?
Yea....mungkin.

Apa jer aktiviti malam anda dan rakan-rakan pada malam pertama itu?
Awak agak-agak apa aktiviti kami? Cuba teka? Haaaaaaaaaaaaaa....tak dapatkan. Mesti tak pernah campingkan. Ok...malam tu lepas makan, kami lepak luar khemah sambil melihat langit yang penuh dengan bintang. Cantik. Malam tu juga suhu agak panas.

Boleh saudara cerita sedikit tentang pengalaman naik 4x4.
Kalau nak cerita pasal pengalaman dengan 4x4 ni dah banyak. Macam-macam pengalaman. Tapi tentang 4x4 dalam trip kami ni, kami dah deal untuk balik bersama mereka. Dalam erti kata
lain, nak tumpang balik. Mereka setuju. Gogo dah deal kos.

Pengalaman berjalan siang tadi tak mampu kami harungi sekali lagi.


Zul ada kata, dia ingat trip ni 2 km jer. Sebab tu dia join. Tak sebut pun 10 km pergi, 10 km balik. Dia rasa tertipu. Hahahahaha....



So, untuk nextday, saya tanya next session. Boleh?
Saya ok jer.

Klik sini untuk episod 2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...