12.4.18

--- Gunung Apo, epi 1 ---

Its become between Flores dan Apo. Memandangkan Flores is to mainstream that time in few years, aku tak memilih Flores. Kebetulan pula dapat mesej dari Sem yang bertanyakan samada aku berminat untuk ke Mt. Apo? Sebab ada dua tempat kosongan. Aku terus mesej Daus, and he say yes. Terus bayar deposit dan beli tiket flight. Settle... Kalau fikir panjang-panjang, memang takkan jadi punya.

Sedikit info yang aku perolehi dari beberapa blog yang aku baca. Gunung ini berketinggian 2954 meter d.p.l. Terletak di dalam kepulauan kedua terbesar iaitu Mindanao. Kepulauan ini seringkali dikaitkan dengan penganas bangsa moro, MNLF dan Abu Sayyaf. Dahulunya kepulauan ini dihuni majoriti Muslim. Namun atas beberapa faktor, kini pulau itu majoritinya adalah Kristian. So in between inilah rasanya muncul puak-puak yang digelar 'pemisah' atau 'pengganas'. Kesahihannya aku tak pasti la sebab aku bukan tinggal kat sana. Sama macam kes di Vietnam dengan puak Rohingya. Media-media dijadikan boneka menyebarkan maklumat.

Kita berdoa agar semuanya tabah dalam menjalani kehidupan.

Flight kami sekitar jam 10 pagi lebih.







Alhamdulillah...penerbangan di waktu siang sedikit melegakan perasaan takut. Ye ke? Huhuhuhuhu....

Penerbangan mengambil masa 4 jam merentasi Laut China Selatan. Pada jam ke tiga, kami sudah memasuki ruang udara Mindanao. Masa tu fikiran aku mula fikir yang bukan-bukan. Antaranya dibedil oleh roket puak pemisah. OMG.......idiotkan fikiran dan imaginasi aku. Hummmmm......

Alhamdulillah...penerbangan yang aman. Selamat mendarat di Francisco Bangoy International Airport. Kedengaran lagu yang sangat familiar, Ed Sheeran - Perfect.





Di airport, kami terpaksa menunggu pendaki dari Philippine yang belum tiba. Man dah cuba contact tapi gagal dihubungi. Ye lah, mungkin dalam penerbangan kot. Bagi mengisi masa lapang, kami mengambil Grab menuju ke town.

Ada di antara kami yang mengambil tourist simcard bagi memudahkan perhubungan. Lebih kepada laman sosial sebenarnya.




Kami lepak di SM Mall. Nak buat apa pun tak pasti sebenarnya. Owh...kami lapar. So nak cari kedai makan. Kelihatannya dalam mall ni tiada kedai yang ada tanda HALAL. Kami mengambil pendekatan di mana ada wanita yang bertudung makan di kedai itu, kira HALALlah kedai tu. Hahahaha....

Surau pun tak ada dalam mall ni. Sesekali kelihatan pihak berkuasa berkawal dengan membawa senjata. Untuk masuk ke dalam mall juga perlu melepasi pengimbas.

Selang beberapa jam kemudian, kami dapat info bahawa group satu lagi akan tiba lewat berikutan fight delay.

Nampaknya kami kena menunggu lagi. Tidur di airport la nampaknya malam ni. Kalau tahu awal benda ni, boleh kami check in dulu dari siang tadi. Huhuhuhu...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...