11.5.18

--- Hujung Minggu Di Pulau Aur ---

Rancangan untuk ke Pulau Aur ini merupakan cetusan idea daripada member aku yang tak rapat sangat iaitu Eiz. Dia actually ada cuti lebih, so tengah mencari port nak berlibur la. Suddenly he ask me jika aku ada trip. And he come out dengan satu idea nak ke Pulau Aur. Plan sejak bulan Mac lebih kurang.

Setelah beberapa pindaan tarikh, kami pilih 11 Mei. Memang satu kebetulan berikutan pengumuman hari pilihanraya negara pada 9 Mei. 10 dan 11 Mei diumumkan cuti umum. Alhamdulillah... Bagaikan mengantuk disorongkan bantal.

Kami bergerak dari Putrajaya pada hari Khamis, 10 Mei sekitar jam, 11.00 pagi lebih. Selamat tiba di Mersing sekitar jam 6 petang. Sebelum terus balik ke rumah, aku singgah Tunas Manja dulu kerana ada orang pulau iaitu Kak Ngah pesan barang keperluan kedai. Sambil tu aku explain pada Eiz, beginilah cara hidup atau pertalian orang pulau dan darat.

Lepak rumah dan buat pengurusan diri. Packing barang untuk belayar ke pulau esok.

11 Mei 2018, Jumaat...seawal jam 6.30 pagi, kami dah bergerak menuju ke Jeti Mersing. Berjumpa dengan Shima (gadis tiket). Cantik orangnya. Tiket ni aku dah booked awal lagi. So memudahkan proses. Kalau korang nak tempah tiket, boleh ke kaunter 13 di RnR jeti. Ada pelbagai pakej lain selain dari Pulau Aur.

Nak tahu pakej lain? Nanti aku story. Sekarang nak fokus Pulau Aur dulu ye.







Dengan keadaan cuaca yang baik, laut yang tenang, pelayaran menuju ke pulau hanya mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit.

Teruja tak? Yes...teruja. Terdapat beberapa bot nelayan yang turut berlabuh di sekitar jeti Kg. Teluk Berhala.

Kenapa tidak ke pulau lain? Eiz ni cakap, dia tak pernah ke pulau yang airnya jernih hingga nampak dasar. Aku pun macam hairan. Eh, pulau lain seperti Perhentian dan Tioman tak jernih ker? Rupa-rupanya, dia belum pernah pergi ke pulau-pulau tersebut. Maka.....di Aur inilah permulaan bagi beliau.

Ketibaan kami disambut dengan beberapa orang kampung dan anak-anak kecil pulau yang memang sedang lepak di jeti.

Kami membantu mengangkat barang naik ke jeti. Terus ke kedai Kak Ngah untuk minum-minum. Memandangkan trip kami ini dalam kategori baget, kami tidak menempah mana-mana chalet untuk bermalam.

Berikutan aku ada kenalan di sini, maka rezeki kamilah kerana dijemput bermalam di rumah beliau. Alhamdulillah....Hihihihi....

Kami membuat pengurusan diri kerana azan Solat Jumaat dah berkumandang.





Selesai solat, kami makan tengah hari di Kedai Kak Ngah. Menu biasa-biasa sahaja. Nasi, ikan dan...dan...dan...tak ingat.

Balik berehat sekejap. Aku dah aturkan tentatif untuk Eiz sepanjang hari ini.

Dalam jam 3 petang, aku mengajak Eiz berjungle trekking ke Teluk Sebukang. Perjalanan mengambil masa kurang dari 30 minit sambil disajikan dengan beberapa pemandangan menarik dan laluan yang sedikit mencabar.

Dalam perjalanan itu, kami berselisih dengan pelancong dari Sebukang Bay Resort.


Pulau Lang


Apa yang ada di Teluk Sebukang ini selain daripada chalet? Bagi aku, aku sukakan pemandangan dan kedamaian yang ada di teluk ini. Di sini masih mengekalkan jeti kayu yang lama. Masa kami tiba ni, kepala jeti telah roboh di pukul ribut dan ombak besar. Sama seperti jeti Kg Berhala suatu masa ketika dahulu. Tapi itu tak mengapa kerana itu yang rare.



Seterusnya ialah pantai. Pantai sini tenang sahaja. So sempat la aku jadikan si Eiz ni model aku sekejap. Acah-acah male model gituuu...

Tak lengkap kedatangan ke teluk ini tanpa berbual dengan empunya tempat iaitu Pak Manap.










Lebih kurang sejam bersantai-santai di teluk ini, kami pun berjalan kembali ke Kg. Teluk Berhala. Lepak minum di kedai Kak Ngah dan membuat pengurusan diri di rumah.

Petang sedikit, kami bersantai di tepi pantai sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam.









Tamat untuk setakat hari ini. Esok ada lagi tau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...