1.5.18

--- USS Singapore Lagi ---

Selamat Hari Pekerja...!!!

Aktiviti apa korang time cuti satu hari ni? Hmmmm......aku pergi jalan-jalan makan angin kat UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE bersama rakan-rakan pejabat. Dalam terma lain, ROMBONGAN CIK KIAH. Ini kali ke 3 aku ke Pulau Temasik itu dan kali ke 2 ke USS. Kali pertama pergi ala-ala backpackers sebab saja nak jalan-jalan Singapore. Link. Kali kedua, aku memang pergi USS. Link.

Oleh itu, entry kali ini tiada satu pun gambar yang diambil dengan menggunakan dslr. Kamera bawa saja. Gambar-gambar hanya dari telefon pintar sendiri dan rakan-rakan sahaja. Sebabnya ialah kerana tiada perubahan besar di USS itu yang menarik minat aku untuk snap gambar.

Perjalanan bermula di pejabat di mana semua berkumpul seawal jam 4.00 pagi. 30 minit kemudian tayar bas pun bergolek. Berhenti Subuh di Kota Tinggi. Menyambung kembali perjalanan hingga ke RnR Pandan untuk sarapan pagi. Ni koordinatnya 1°30'54.05"N, 103°46'7.29"E. Tq bos sebab belanja. Hihihihi....

Seterusnya menuju ke imegresen Malaysia. Turun bas....naik scan paspport....turun dan naik bas yang sama yang sudah menunggu di bawah. Bergerak lagi menuju pula ke imegresen Singapore. Kali ni kena turun dan bawa bersama semua beg untuk imbasan. Kalau tak bawa turun apa jadi? Actually, ada pegawai imegresen Singapore yang akan naik bas tersebut untuk buat pemeriksaan.

Teringat aku masa firstime ke sini, aku ada snap-snap pic di laluan ini. Tetiba datang beberapa pegawai imegresen meminta aku memadam sebarang imej yang disnap tadi. Untuk makluman, ini merupakan kawasan larangan foto. So....sebagai peringatan, aku pun tak snap apa-apa gambar di sini.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke pemeriksaan passport dan imbasan barang. Tapi malangnya ada beberapa rakan yang tidak lepas semasa pemeriksaan passport berkumpulan. Ada rakan kami ni tersangkut apabila 6 digit pertama IC adalah sama. Lebih 30 minit kami terpaksa menunggu. Mereka terpaksa naik ke pejabat untuk dokumentasi dan pelbagai prosidur.

Hujan pagi ini memberi gambaran yang kurang ceria pada pengunjung USS. Ye la...kalau hujan, macam mana nak fun-fun dengan game-game dalam USS. Kalau yang dalam bangunan tu ok la.

Masa naik tangga lif, semua dah berpecah sebenarnya. Kami berempat. Aku, Zik, Sham dan Liza. Kami terus ke Transformer. Katanya itu paling mendapat sambutan. Oleh itu, sebelum line menjadi sangat panjang, kami pergi dulu.

Game lain yang kami cuba ialah piramid, treasure hunt dan beberapa lagi yang aku tak ingat. Aku melayankan aje sebab aku dah pernah datang. Ada satu tu, punya la beratur panjang, sekali rosak daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......lama kot. Untuk itu, diaorang kasi satu tiket VIP PASS untuk mana-mana game tapi sekali sahaja. Maka, kami pun pilih untuk guna di Shrek punya show 3D.


Kalau dulu aku gagal untuk menaiki 2 roller coaster yang besar tu, kali ini aku ada sedikit kekuatan. Keinginan untuk naik sedikit meronta-ronta. Tapi sayangnya, hujan menjadi penghalang. Dalam hati, rasa lega gila. Hahahahahahaha....

Sebelum pulang, sempat singgah di beberapa kedai cenderamata. Nak habiskan dollar dulu. Owh...actually kan, trip kali ni aku tak tukar duit pun. Satu sebab tak sempat. Satu lagi malas. Godek punya godek, dollar Singapore dulu masih ada, SD 59. Fuhhhhh...lega. Dengan duit ini juga, kami makan nasi briani di sebelah piramid. DS 15.



Kami kembali semula ke bas sekitar jam 5 petang lebih. Perkara yang sama berlaku pada mereka yang passport kumpulan apabila masalah id tersebut tidak dapat diselesaikan. Ada yang kata Singapore adalah negara paling selamat di dunia. Betul ker? Yea...sebab itu prosidur tadi sangat ketat.

W H A T E V E R . . .!!!

Kami singgah buat pengurusan diri di Stulang Laut sebelum meneruskan perjalanan pulang. Esok kerja ok.

Bye...













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...