9.12.18

--- Trans Naning, Puncak 705, Gunung Tampin ---

Alhamdulillah...cuaca yang sangat baik semalam. Kami dapat rehat dan tidur dengan baik. Semuanya kelihatan.

Untuk aku, dapat belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang tak pernah dirasai. Pertama ialah tiada masalah kalau tak bawa barang personal banyak. Semalam dah mention yang aku tertinggal beg baju. Maka, aku hanya ada baju trekking yang sedia dipakai, sehelai t-shirt kering dan sehelai kain pelikat (tu pun pinjam. Tq _____ ). Sleeping beg terbawa sebab nak bagi beg berisi. Aku sebenarnya bawa set subito ni jer. Next aku bawa ground plus fly personal. Bekas makan dan waterbag. Itu jer dalam beg 60L aku ni. So sebenarnya tiada masalah kalau bawa ini jer. Selama ini aku punya la bawa set baju kering itu ini. Kebaikan sehelai sepinggang ialah tidak buang banyak masa packing. Serius guys

Perkara kedua ialah tak bawa ration company. Betapa baiknya adik-adik KereX ni, bawa semua ration. Hahahahahahahahahaha....tq guys.


Selamat pagi guys. Masih kelihatan rakan-rakan kita yang masih nyenyak tidur ye. Sedap sungguh. Rul dah cergas bangun untuk menyiapkan menu sarapan pagi. Menu ow-some pagi ini ialah Nasi Lemak Awek Lama. Bersemangat Rul. Katanya nak tebus balik nasi yang masak semalam. Ternyata, Rul tidak cakap kosong guys. Terbaik nasi lemak pagi ni. 2 kali tambah.

Ada rakan kita ni, hari pertama jer masa kat puncak Datuk, bersemangat makan. Tambah berkali-kali. Entah kenapa, semalam dan pagi ni, dah tak semangat nak makan. Letih penangan trek semalam. Mus.....champion makan.

Semalam ada orang mengigau tentang pacat. Tengah rileks-rileks borak dengan Mus, tetiba bangun hamba Allah dari tidur minta tengokkan pacat kat tempat tidurnya. Kami cakap, "ko ngingau ni.....". Hahahahahaha.....
Sempat ada yg bertanya tentang Loser. Ok...cerita lagi yang dah 2 tahun berlalu. Timbul balik cerita ni sebab ada yang bertanya tentang gelang rotan ajaib yang aku pakai ni. Kalau nak tahu full story klik sini. Baca la episod by episod ok. Hahahahahahaha.......





Jam dah menghampiri 10.00 pagi. Dah lewat. Takkan nak overtime lagi hari ini? Cergas-cergas...!!! Mudah team kali ni. Senang buat kerja. Hihihi...

Campsite Ultra



Tanda-tanda penempatan






Settle

Siap awal...tidur selalu

Permulaan trekking pagi ini ialah perlu menyusuri sungai depan ni. Dalam 300 meter lebih kurang. Boleh pilih samada nak berselipar atau terus berkasut.










Last bermain air. Owh...untuk info rakan-rakan juga, ini merupakan satu-satunya waterpoint dalam Trans Naning ini. Jika ada yang dakwa ada lain waterpoint, its good. Aku beritahu apa yang aku dan rakan-rakan lalui jer. Hahahahahaha....

Perjalanan hari ni dalam 6 km juga. Selepas dari sungai ini, terus layan trek pacak manja-manja dengan sliding.



Sejam melayan trek, kami berhenti berehat. Penat la.

Rehat


Sejam kemudian, rehat lagi.

Rehat

Ada satu ketika tu kedengaran suara Farhana mengeluh tak larat. Tapi dalam gelak tawa. Kami pun senyum juga. Dia bagus. Walaupun mental tapi boleh menguruskannnya dengan baik. Di pujuk hatinya agar boleh lakukan.



Sejam kemudian, kami tiba di puncak 705. Ambil keputusan untuk makan tengah hari. Dalam masa yang sama, yang tak boleh Jamaq, boleh buat apa yang sepatutnya. Menu tengah hari ini ialah Spaghetti Boneless Dicarik Carik. Wow.....

Sementara menunggu spaghetti masak, layan dulu teh dari pakistan.





Buat assignment

Pakistani Tea with Spaghetti Boneless Dicarik Carik 

Sejam rest makan tengah hari. Packing-packing untuk perjalanan seterusnya. Sebelum kami meneruskan perjalanan, muncul 2 orang pandaki. Memberi salam. Mereka adalah pendaki yang membuat daypack untuk trans ini. Katanya, gerak dari bawah jam 7.30 pagi.





Sesekali kedengar bunyi guruh memberi petanda hujan akan turun. Tepat sekali. Hujan turun. Tak lama tapi sedikit lebat. Trek selepas ini banyak lorong-lorong tikus yang memaksa kami duduk, merangkak dan seumpamanya. Bukan itu sahaja, resam dan buluh menambahkan lagi cabaran.



Setelah berjalan dalam hujan lebih kurang sejam, kami tiba di puncak Tampin Utara. Di puncak ini ada tape yang dibuat seakan-akan satu kawasan. Rupa-rupanya ada game dalam trek ini. Apatah istilah aku tak tahu. Macam fun run tapi kena naik puncak. Terdapat beberapa tag di stepler pada pokok-pokok sepanjang trek ini.

Rehat ni jangan lama-lama. Bila rehat lama akan memberi ruang dan peluang kepada pacat. So....jom jalan. Rakan kita yang semalam slow, hari ni bukan main laju. Tak nampak langsung dari belakang. Bila ditanya, katanya semangat nak balik. Kihkihkih...





Kurang sejam trekking, kami tiba pula di puncak Tampin Selatan.





Trek pun dah tak teruk. Kurang 45 minit, kami pun sampai di exit trek. Exit trek ini adalah tepi jalan. Kalau ikutkan kita menuju ke puncak Bukit Tampin. Tapi disebabkan puncak itu merupakan kawasan larangan, maka cannot ke sana.

Aku pun sebenarnya macam tak percaya yang kami dah berjaya keluar. Waaaaaaaaaa...... Alhamdulillah. Tahniah pada semua.

4 orang driver akan pergi ambil kereta di kaki Gunung Datuk. Selebihnya berjalan menuruni bukit menuju ke air terjun. Pengurusan diri akan di buat di sana.









Ok....aku nak jump to conclusion terus. Pertama, dari pemerhatian, rasanya ini line up paling-paling bersopan santun. Maksud aku ada sifat-sifat murni. Tak cakap lepas. Gurau pun gurau yang berhemah. Tidak terlalu berseloroh. Paling penting, tidak sorang pun yang smoking.

Kedua, no serius injured. Mental koyak tu normal. Tu pun tak nampak sangat.

Ketiga, tak ada yang culas dalam tanggungjawab membawa ration atau peralatan. Potensi ada tapi still boleh cover. Tak ada adegan bertanya, "ration siapa....ration siap...?" Aku? Jangan tanya sebab aku tak bawa apa pun....Hahahahahahaha.....

Keempat, kalau orang tanya, hakkur atau tidak? Haruslah tak sebab trans ini boleh daypack. Ia boleh jadi hakkur apabila overtime jer. Tu pun boleh elak sebenarnya kalau pengurusan masa baik. Ini kerana ada pendapat apabila overtime jer, trek adalah hakkur. Even, mental aku pun akan menyatakan benda yang sama apabila overtime. Hahahahahaha..... Sehingga ke hari ini, pengalaman trek terbaik pernah aku join ialah V2 bersama MSU. Guide ialah Zul. Itu langsung tak overtime. Masa adalah faktor utama.

Kelima, sampah. Tepuk tangan pada gogo dan beberapa rakan yang lain yang membawa sampah turun atau keluar.

Keenam, terima kasih pada Rul sebab bagi pinjam buff everestnya. Buff tu trademarknya. Hihihi....

Ketujuh, kejutan guide oleh Rul tak jadi apabila guide sebenar membatalkan penyertaan beliau. Ini gara-gara tiada connection pada telefon pintar guide tersebut. Hmmmmm.......

Kelapan... dah tak ingat..... Mohon maaf sekiranya ada terutamanya sebab tak bawa ration. See u in next trip.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...