6.2.19

--- Ride to Pekan, Pahang dengan RS150 ---

Hummmm....macam tak tahu nak buat apa cuti Tahun Baru Cina ni. Tetiba terfikir nak ride dengan RS ke Pekan, Pahang. Why not kan.... Banyak tempat menarik sepanjang ke sana. On......esok pagi cakap banyak tak nak. On jer.

Tak awal sangat aku gerak. Dalam jam 8.00 pagi lebih kurang. Semalam motor pun dah basuh cantik-cantik. Terus laju meneruskan perjalanan. Tapi satu jer aku terlupa dan terpaksa patah balik. Terlupa nak spray rantai. Hummmm.....

Perjalanan lancar. Bumping tu normal la jalan Mersing ni. Sesekali gelong sikit akibat angin dan jalan yang bumping.




Tanjung Gemuk


Sini pernah menjadi lokasi aku dan rakan-rakan menumpang bot maritim untuk ke Pulau Aur. Duluuuuuuuuuuuuu.......

Untuk info, selain Mersing, Tanjung Gemuk juga merupakan jeti bagi pelancong ke Pulau Tioman.




Tiba di Tanjung Gemok dalam jam 9.00 pagi. Berhenti snap-snap gambar tanda kenangan. Hahahahaha....

Selepas gambar menara, bateri kamera pula habis. Bengkak je aku. Dah menjadi beban plak A77 ni sebab bateri habis. Aku bawa A77 ni dengan wide lens dengan harapan banyak gambar menarik diperolehi. Hummmm...

Singgah di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin sebab nak terkencing. Keluar toilet, aku teringat satu ceramah, 'adakah kita ni singgah masjid hanya untuk kecemasan?"....... Sentap pada diri sendiri. So, aku solat Dhuha. Semoga perjalanan hari ini selamat pergi dan pulang. 😅😅😅



Selepas simpang Muadzam, ada satu pemandangan jalan yang menarik. Terutama di sebelah kiri. Jalan tu nampak cantik sebab pokok-pokok. Aku cuba snap tapi tak sama dengan mata yang melihat. Mungkin kena buat video kot. Istilahnya cinematography.


Lokasi seterusnya yang paling aku nak singgah ialah Kampung Nenasi. Kampung ni seakan-akan Kampung Jambu Bongkok di Marang.




Satu tempat di kampung ini yang paling dikesali ialah sampah. Gambar bawah. Dulu datang macam ok. Tak seteruk ini. Hummmm.....

Meneruskan perjalanan dan singgah di beberapa kawasan tepi pantai yang menarik. Panas jangan cakap tapi demi sebuah gambar, kena juga.








12.25 tengah hari...selamat tiba di Pekan, Pahang. Aku just pusing-pusing jer. Nak cari kedai makan hipster tapi rasa macam malas plak panas-panas cenggini. So aku singgah makan di KFC, Serambi Pekan.

Dulu sekitar tahun 2006 (rakit Sg. Pahang), pertama kali datang sini, hanya sebuah pekan lama. Sekarang pesat membangun. Aku rasa bangunan lama yang masih kekal hanya depan laluan jalan utama ini sahaja. Belakang-belakang sana dah bangunan baru.



Muzium Masjid Sultan Abdullah

Selesai makan, aku ambil kputusan untuk pulang. Zuhur di Masjid An Nur Ketapang Hilir. Aku target sebelum malam sampai Mersing. Sempat di sapa oleh rakan UTeM mencadangkan satu lokasi iaitu Pantai Tanjung Batu. Mulanya macam malas nak singgah kerana takut lama plak aku shoot.

Tapi entah kenapa, aku singgah juga dan ia berbaloi.

Pantai Tanjung Batu





Dalam perjalanan pulang tu, sempat jumpa dengan team Ysuku (Y15). Tak lumba-lumba pun. Just follow-follow gitu je.

Sempat plak member mesej tanya, "best tak RS?" Aku jawab tak best. Better dia ambil Ysuku. Aku mencadangkan kepadanya.

Hahahahahaha......


Alhamdulillah selamat sampai di Mersing pada jam 6 petang. Owh...sebenarnya, aku solo ride hari ni. Saja nak cuba-cuba. Sebelum ni aku ride ke JB jer untuk service motor. Kali ni, sempena Tahun Baru Cina, aku cubalah juga.

Ok...kita ride ke tempat lain plak lepas ni ok.....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...