1.10.22

--- Air Terjun Lata Cermin 1 ---

Sebelum apa-apa nak minta izin rakan-rakan yang shared gambar nereka untuk muatnaik ke dalam blog aku ini dan aku ucapkan terima kasih. Hihihihi.......

Seminggu sebelum nak gerak, baru aku perasan bahawa lokasi air terjun ini jauh gilerrrrrrr....... Sebelum ni buat tak tahu jer kat mana. Anggap dekat jer. Sekali masa nak gerak, ambik muka aku. Berjam-jam aku drive tak sampai-sampai. Arghhhhhhhh........

Berikut aku kongsikan tentatif dari @ottergoexplore (nama instagram) untuk trip ini.

Tentatif :-
Day 00
Bergerak ke RnR Bintang Hijau

2.00 am - Start naik powil ke basecamp Cabang Y
3.00 am - Hiking ke campsite Lata Cermin

Day 1
7:00 am - Tiba di campsite Lata Cermin
               Setup campsite & aktiviti bebas, rehat, tidur
10/11am - Brunch
02.00 pm - Attack ke Lata Cermin
02.40 pm - Dijangka tiba ke Lata Cermin and tirukkk!!!!!
05.00 pm- Turun semula ke basecamp dan aktiviti bebas

Day 2
7:30 am - Breakfast dan aktvt bebas..
12.00 am - Lunch
01.00 pm -Bersiap untuk turun semula ke basecamp cabang Y.
04.00 pm - Dijangka tiba di Cabang Y dan naik powil.
05.30 pm - Dijangka tiba di RnR Bintang Hijau dan bersurai.

p/s: tentative sekadar rujukan,,ianya boleh berubah mengikut keadaan lineup dan trek.

Setelah berjam-jam memandu dari Putrajaya, aku pun tiba di RnR Bintang Hijau berpandukan lokasi yang diberi oleh Arep. Kat RnR ni macam tak ada kedai makan. Yang ada hanya toilet dan surau. So aku dan Arep keluar menuju ke Bandar Gerik semula. Sempat terfikir difikiran aku untuk check-in kat bandar ni sebab nak tunggu yang lain lambat lagi. Tak tahu nak rehat kat mana. Usha stesen bas Gerik sambil tengok-tengok plug sebab nak caj battery camera. Takperlah, makan dulu. Makan kat area stesen bas.

Bergerak kembali ke port berkumpul. Rehat sementara tunggu yang lain. Zzzzzzzz.....

Lebih kurang jam 1.00 pagi, geng-geng Penang tiba.

Jam 2.41 pagi, sedang persiapan agihan ration



Jam 2.41 pagi sedang persiapan agihan ration. Hujan sekejap-sekejap turun. Jam sudah melewati 3.00 pagi. Kami masih belum bergerak masuk. Hujan dan ada yang belum sampai. 4x4 dah ready.

Lebih kurang jam 4 pagi, kami mula bergerak masuk dengan menaiki 4x4. Tak sampai 15 minit dalam 4x4, kami terpaksa turun kerana 4x4 tak mampu lepas bukit. Dan akhirnya kami terpaksa pikul beg dan berjalan kaki menuju ke Cabang Y. Tak sampai 30 minit kot itu ini sama 4x4 sehingga keputusan berjalan kaki diputuskan. Trek balak guys. Trek balak yang lecak. Aku dah terbayang trip Chamah Ulu Sepat duluuuuuuuuuuuuu. Hahahahahaha.......

Maka berjalanlah kami memikul load dalam gelap dan kesejukkan pagi. Ni la sebab suka sangat atas 4x4 tadi. Hahahahahaha........ Sepatutnya satu jam jer untuk perjalanan dari pintu rimba ke Cabang Y. Tapi dah jadi macam ni, mungkin berjam-jam la kot.

Subuh on trek.







Sweetnya






Tetap happy walau kena game




Trek santai kata mereka









Awat tu?













Alhamdulillah... Berjaya tiba di Cabang Y. Lega rasanya. Rehat tepi sungai sambil cuci kasut daripada selut. Di Cabang Y ini ada sekumpulan team 4x4 sedang berkhemah. Belum bangun tidur kali.

Gogo pun setup fly sebab ada titisan air, hujan. Kami lunch di sini. Rehat dan tidur sekejap.


















Packing-packing guys. Kita dah nak start sambung trekking ke campsite. Hope tak overtime.

Trek seterusnya adalah bekas-bekas 4x4 yang dah masuk hingga ke campsite. Kami juga melewati beberapa sungai kecil.



Jenama have-have

























Geng pertengahan




Alhamdulillah kami selamat tiba di campsite dalam hujan renyai dan mula lebat sedikit demi sedikit. Pantas masing-masing mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri.

Paling penting khemah utama siap sepenuhnya dengan baik. Yang lain-lain juga memasing mengambil port masing-masing mengikut kesesuai. Aku kali ni lepak khemah utama jer. Hihihihi.....

Makan malam dan sleep....



3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...