Ini tarikh baru yang telah dipinda. Tarikh yang sama hari ini ada juga program lain. Tapi lebih memilih untuk mendaki gunung ini. Dalam wishlist katanya.
Dalam group, gogo dah bagi lokasi untuk berkumpul. Korang boleh google jer. Sebab dah femes. So Google Map pun dah marking lokasi tu.
Aku bergerak dari Putrajaya pada jam 1 pagi menuju ke Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru. Tiba di depan masjid pada jam 2.30 pagi. Sepi dan terus sepi. Nak tidur dalam kereta kat situ takut nanti kena kacau hantu. So aku ambil keputusan ke Dataran Kuala Kubu Baru. Parking dan tidur. 2 kali juga terjaga. Jam 5 pagi, aku gerak terus ke masjid. Eh....! Masih belum buka pagarnya. Tunggu sekejap dalam 15 minit, Pak Guard buka gate masjid. Perlahan-lahan aku gerak masuk. Buat pengurusan diri sementara azan Subuh.
Dalam group, gogo minta semua tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Tapi takperlah. Solat dululah sebab dah ada kat masjid. Tetapi, untuk info rakan-rakan, kat pintu rimba sana ada surau dan tandas. Benda tu kat simpang naik ke Fraser Hill. Lihat gambar di bawah. Pintu rimba dengan surau tu xtak jauh pun. Berjalan kaki jer.
Back to story, aku plan nak solat Subuh tanpa berjemaah sebab takut lambat. Tapi perancangan Allah itu Maha Agong. Tiba pula Dr Hafiz dan Ustaz Eizan kat masjid tu. Maka takkan la aku nak cabut. Maka berjemaah juga. Alhamdulillah......
Tanpa membuang masa kami lincah memandu menuju ke lokasi. Makanan seperti nasi pun tak sempat nak beli. Makan roti and biskut je lah. Lunch pack memang tidak disediakan. Nextime korang boleh sediakan pack Kembara.
Jam 7.35 pagi kami tiba di lokasi. Dari masjid ke pintu rimba ni lebih kurang sejam jer. Kalau bawa laju boleh sampai kurang sejam. Tapi hati kena kental. Hahahahahahahaha.....
Terus parking dan bersiap sedia. Mujur kami bukan orang terakhir. Hihihihihi......
Lokasi parking kereta |
Persimpangan |
Surau dan tandas. Juga dikenali RnR |
Dah usang rupanya |
Rumah misteri |
Carian dalam Google bukan main cantik lagi |
Pintu rimba |
Sebelum nak start mendaki tu, ada yang nak ke toilet untuk pengurusan diri. So kita tunggu jap. Aku sempat berjogging ke RnR tersebut sambil usha-usha kawasan sekitar. Ada jambatan dan sebuah rumah usang. Tak pasti sejarahnya. Pak Google mungkin tahu.
Balik dari RnR tu, member aku cakap........ "Jangan cakap 5 minit"........hahahahahahaha...... Mungkin beliau terdengar sesuatu semasa dalam toilet tadi. 👽👽👽
Berikut adalah basic tentatif pendakian hari ini.
0700 : Regroup di Trailhead
0730 : Briefing & Stretching
0800 : Start Mendaki
0900 : Peak GAP
1000 : Peak Ulu Teranom
1100 : Peak GUS
1200 : Gerak Turun
1630 : Parking & Bersurai
Ok...semua berkumpul sebab nak bagi taklimat dan warm up by Malim Gunung. Siapa gogo sebenarnya? Hahahahahahaha....... Tak sempat nak ice breaking.
Malim Gunung / Guide |
Taking a group foto dan memulakan pendakian. Dalam line up ni bukan semua first time naik gunung ni. Ada yang dah berkali-kali. Hihihihihi....
"...Gambar dari kamera saya lambat. Takut tak dapat-dapat....", kata aku.
Trek dari awal memang dah tegak tapi tegak yang tidak sukar sangat. Masih boleh layan. Kurang sejam mendaki, kami dah sampai di Puncak GAP. Haaaaaaa.....kejap jer kan? Hahahahaha.....
Rehat-rehat sambil ambil foto.
Meneruskan pendakian dan tiba pula di Ulu Tranum view. Sejam lebih jer. View ok tak bang? Mmmmmmmm........ Terlalu subjektif dik. Nanti naik sendiri. Rezeki setiap orang berbeza-beza. Eh...!!! Hahahahahaha.....
"Sebenarnya lebih suka waterpark. Air-air.......... Tapi alih-alih mendaki juga. Mmmmmmm.........", kata seorang teman.
Starting pun dah mencabar |
Puncak GAP |
" Gunung ni memang dalam perancangan ker?", tanya seorang akak. Aku rasa dia gogo.
" Haah......ni dalam wishlist....", kata Iezan.
Sambil disambut oleh Dr Hafiz, " Wishlist orang............". 💁💁💁
Dari view point tadi, meneruskan pendakian lagi. Tetiba jer dah samapi guys. Serius tak rasa. Kedengaran suara line up depan yang laju-laju. Itu menandakan bahawa puncak dah nak sampai. Alhamdulillah. Masa dari view point ke puncak dalam 30 minit jer.
Sebelum puncak semakin ramai orang, baik explore dulu. Senang nak ambil gambar.
Disebalik sekeping gambar yang wow |
Banyak pengorbanan juru kamera sebenarnya yang jarang-jarang diketahui umum. Lihat sahaja National Geographic. Kita lihat yang indah-indah sahajakan. Tapi........haaaaaaaaaaaaaa......gitewwwww...... Contoh adalah gambar di atas.
"Rasa tak puas la..........", kata seseorang ketika rehat
Di puncak ni ada satu port mossy. Sikit tapi memadai untuk ootd.
Rasanya inilah pengalaman pertama aku apabila diarahkan orang suruh post itu...post ini untuk di foto. Yang arah plak guide. Aku pun tak tahu nak elak macam mana. Post jer. Biasanya aku yang suruh orang post. Hahahahaha...... Tapi hasil air tangan guide sangat tidak mengecewakan. Terasa kacak. 😆😆😆...... LULUS. Terima kasih guide.
Semua dah tiba di puncak. Dah rehat dan makan-makan. Mula bergerak turun. No one left behind. Perjalanan turun tidak mengambil masa yang sangat lama. Sekejap jer kami dah sampai bawah. Masing-masing terus membuat pengurusan diri. Rasanya dalam jam 2.30 petang.
Apabila dah nak sampai bawah........ ".......tak barai sangat la trip kali ni kan?......". Hmmmmm..... Itu kesimpulan yang dibuat oleh seorang teman. Tahniah...!!!
Yang dari Mersing ni, mohon gerak dulu kerana perjalanan pulang yang jauh. Maaf tidak dapat tunggu semua. Apa pun, terima kasih kepada Gogo (Malim Gunung) and kru.
Sebelum menamatkan catatan, mohon kebenaran untuk saya muatnaik beberapa keping gambar dari kamera rakan-rakan untuk entry saya ini sebagai pemanis cerita. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Boleh pm jika tiada kebenaran. Hihihihihi......
suka tgok pokok pakis yang bulat tu.. beza gan pakis yang selalu tgok.
ReplyDelete