25.12.21

--- Mersing Sounthern Volunteer Melakukan CSR Pasca Banjir Di Hulu Langat ---

Ok, aku pun tak tahu nak ulas macam mana. Ye lah.... Jika aku cakap aku faham perasaan mereka, mungkin aku salah kerana aku tidak berada di posisi mereka. Jika aku cakap, aku faham perasaan mereka, lagi sekali aku salah kerana mungkin aku tidak sekuat mereka yang menerima ujian ini.

Aku hanya mampu mendoakan agar Yang Maha Esa memberi kekuatan kepada semua hambaNya yang sedang diuji.

Media melaporkan ia seakan-akan tsunami. Mungkin benarlah laporan itu. Hummm....serius, aku tak mampu nak berkata apa-apa.

Aku berkesempatan bersama-sama pasukan Mersing Sounthern Volunteer datang menghulurkan bantuan pasca banjir di sini. Pasukan ini bertujuan meringankan beban mangsa-mangsa banjir dalam proses mengemas dan seumpamanya.

Bukan pasukan Mersing Sounthern Volunteer sahaja, malah ramai lagi sukarelawan dari seluruh semenanjung ini datang membantu. Terima kasih pada semua.

Gambar-gambar ini hanyalah sebahagian kecil keadaan di Hulu Langat.

Semoga ada pihak-pihak yang berkemampuan menghulurkan bantuan. Untuk rekod, banjir bukan sahaja berlaku di sini malah di beberapa tempat lain seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.
Malah dalam masa yang sama, Mersing Sounthern Volunteer turut berada di Bentong dalam misi yang sama. Alhamdulillah.....





























































2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...