Alhamdulillah....perjalanan kami dari airport ke kaki gunung (6°55'44.71"N 125°20'35.98"E) yang memakan masa 2 jam lebih selamat sampai. Kami tiba sekitar jam 5 pagi waktu tempatan. Jam 5 pun dah cerah guys. Untuk maklumat, waktu Malaysia dan Davao adalah sama. Bezanya cuma matahari sahaja.
Di sini kami berhenti berehat dan sarapan pagi. Agak-agak boleh makan tak? Aku 100% was-was. Hahahahahaha..... Sebelah kedai makan tu adalah kedai daging khinzir. Kedai makan ini juga bukan dimasak oleh orang muslim.
Oleh itu, kami makan Brahim's yang kami bawa. Legaaaaa.......
Cuaca pagi sini sedikit dingin. Kawasan pergunungan katakan.
Selesai sarapan, kami bergegas memuatnaik barang-barang ke atas jeep dan pick-up. Dari sini kami akan dibawa ke check point seterusnya (6°57'33.00"N 125°18'50.14"E). Merupakan sebuah empangan. Masa lebih kurang 30 minit plus minus.
Di sini, lagi sekali kami membuat last packing sebelum menuju ke pejabat taman nasional Gunung Apo.
Di sini juga kami diberi sedikit taklimat oleh rakan Filipina tentang perjalanan hari ini. Dari empangan ini, kami mendaki melalui jalan kebun menuju ke pejabat taman nasional untuk sesi pendaftaran.
Pendakian tidak mengambil masa yang lama. Tak lebih 30 minit pendakian. 15 minit pun boleh sampai. Don't worry.
Taman nasional ni merupakan sebuah perkampungan.
Lagi sekali, sebelum memulakan pendakian, lagi taklimat. Berapa banyak taklimat daaaaaaaaaaaaa....
Sejam lebih berjalan melalui kawasan perkampungan dan tanah kebun, kami pun tiba di pintu rimba. Berehat sekejap.
Ok guys.....selamat sampai di campsite 1 iaitu Tinikaran Campsite. Masa ni dah ada beberapa khemah yang telah sedia terpasang. Maknanya dah ada pendaki lain. Kami tiba sebelum gelap.
Trek pendakian tidak susah sebenarnya. Lite-lite jer. Macam hutan di tanah air jer. Ada mossy-mossy sikit. Ditambah pula dengan rakan-rakan pendaki yg fun seperti Sem dan Abang Man. Sambil mendaki sambil borak-borak. Penat berhenti. 3 jam pendakian, plus minus dari pintu rimba.
Makan semua telah disediakan oleh pihak gogo. Alhamdulillah...thanks. Menurut Abang Man, dia dah briefing pada rakan Filipina agar tidak masak pork dan seumpamanya.
Pendakian esok ke puncak akan bermula sekitar jam 2 pagi. Tadi sebelum tidur dah taklimat sikit.
No comments:
Post a Comment