Hari 1 & 2 Hari 5 & 6 Hari 7 & 8 Hari 9 & 10
09 November 2007
Selamat pagi semua…..!!!
Bergotong-royong menyediakan sarapan pagi. Untung la pada orang yang dapat ration pagi ni. Huhuhuhuhu……..
Selesai sarapan, kami menunggu 4x4 yang akan membawa kami menuju ke pintu rimba, Kuala Juram. Di Kuala Juran, terdapatnya Santuari Ikan Kelah.
Apa itu Santuari Ikan Kelah ni? Haaaaaa….ia merupakan pusat penternakkan dan kajian bagi spesis ikan kelah. Ia dipelihara dan dibiakkan di dalam sungai secara semulajadi.
Boleh tak jika kita nak tangkap dan makan? Owh…! Haruslah tak boleh. Menjadi satu kesalahan maha besar pada mana-mana individu menangkap ikan kelah, mencabut tumbuhan dan membuang sampah di kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara ini.
Tapi jika orang-orang kenamaan atau VIP nak makan, BOLEH. Itu tidak menjadi kesalahan kerana mereka adalah dari kasta tinggi. SEKIAN, TERIMA KASIH.
Untuk kumpulan kami, pihak perhilitan telah menyediakan 2 orang guide atau pemandu arah. Maaf tak ingat nama. Adoooiiii……sorry, very poor memory.
