Lokasi : HantuGunung Besar
Tarikh trip : 14 ~ 16 Ogos 2009
Ada banyak lagi gambar yang tidak diupload atas sebab2 sensitiviti….hihihihi……. Guide untuk trip ni, pastinya Zul ketak.
Lokasi : HantuGunung Besar
Tarikh trip : 14 ~ 16 Ogos 2009
Ada banyak lagi gambar yang tidak diupload atas sebab2 sensitiviti….hihihihi……. Guide untuk trip ni, pastinya Zul ketak.
Hari 1 & 2 Hari 3 & 4 Hari 7 & 8 Hari 9 & 10
11 November 2007
Morning semua…… Semalam antara cabaran awal yang ditempuhi. Tidur yang tidak selesakan. Takper. Biasa la tu. Lupakan kesusahan semalam. Kita mula yang baru hari ni
Ok……buat pengurusan diri, sediakan sarapan dan packing.
Sebelum bergerak, nyanyi lagu Negara Ku dan Negeri Kedah……semua sila berdiri. Bacaan doa dan jalan.
Dari Kem Kubang menuju ke Kem Belumut, ambil masa lebih kurang 1 jam. Kami tiba di Kem Bongsai sekitar jam 6 petang. Alhamdulillah….
Hujan renyai-renyai menemani pendakian kami.
Perkara misteri yng berlaku hari ini ialah, payung pink kepunyaan ___________ hilang. Hmmmm…..tak tahu hilang mana? Jatuh on trek? Tapi orang belakang tak jumpa pun. Takper. Ada penghuni hutan yang berkenan kot. Hihihihi…….
Hari 1 & 2 Hari 5 & 6 Hari 7 & 8 Hari 9 & 10
09 November 2007
Selamat pagi semua…..!!!
Bergotong-royong menyediakan sarapan pagi. Untung la pada orang yang dapat ration pagi ni. Huhuhuhuhu……..
Selesai sarapan, kami menunggu 4x4 yang akan membawa kami menuju ke pintu rimba, Kuala Juram. Di Kuala Juran, terdapatnya Santuari Ikan Kelah.
Apa itu Santuari Ikan Kelah ni? Haaaaaa….ia merupakan pusat penternakkan dan kajian bagi spesis ikan kelah. Ia dipelihara dan dibiakkan di dalam sungai secara semulajadi.
Boleh tak jika kita nak tangkap dan makan? Owh…! Haruslah tak boleh. Menjadi satu kesalahan maha besar pada mana-mana individu menangkap ikan kelah, mencabut tumbuhan dan membuang sampah di kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara ini.
Tapi jika orang-orang kenamaan atau VIP nak makan, BOLEH. Itu tidak menjadi kesalahan kerana mereka adalah dari kasta tinggi. SEKIAN, TERIMA KASIH.
Untuk kumpulan kami, pihak perhilitan telah menyediakan 2 orang guide atau pemandu arah. Maaf tak ingat nama. Adoooiiii……sorry, very poor memory.
Hari 3 & 4 Hari 5 & 6 Hari 7 & 8 Hari 9 & 10
Anjuran : Kelab Rekreasi Baling dengan kerjasama YAYASAN SULTANAH BAHIYAH
Destinasi : Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan
Tarikh : 07 ~ 18 November 2007
07 November 2007
Perjumpaan di Pejabat Belia Daerah Baling. Mendengar taklimat daripada penyelarasan dan sesi suaikenal. Peserta adalah dari pelbagai daerah di dalam Kedah dan pelbagai kategori umur. Paling senior berumur 60 tahun ke atas. Tak ingat umur sebenar beliau. Hihihihi….
Pada sebelah malamnya pula, sebelum kami bergerak, sedikit majlis diadakan dan ucapan dari wakil Yayasan Sultanah Bahiyah. Ala-ala majlis perasmian cenggitu.
Ration telah dipecahkan sebelum kami bertolak lagi. Ini bermakna semua peserta dah fitkan beg masing-masing. Ration dibahagi mengikut tarikh dan masa ration itu bakal digunakan. Kaedah undian digunakan bagi menentukan siapa yang mendapat ration terdahulu digunakan dan terkemudian digunakan. Hihihihi…..adilkan.
Kebaikan kaedah ini adalah mudah dan tidak bercelaru. Aku dapat ration yang bakal digunakan hari last. Korang rasa macam mana? Hmmmm……layankan aja.