17.11.09
--- bUnyi hP jEr, sEmua oRang tEngok ---
Minda ku terus meneka-neka apa yang mereka fikirkan dan apa tujuan mereka tengok pada ladies tersebut. Mungking nak bagi tanda suruh off hp tu? Atau marah dengan bunyi hp tersebut yg kononnya mengganggu ketenteraman mereka.
Walhal yg tgk tu semuanya pelajar yg bukan study pun. Sembang2 jer. Budak lain yg study kusyuk jer study. Tak pandang pun ladies tersebut.
Ladies tersebut budak KPLI gak. Hehehehe....alah satu permainan hoki dengan aku. Nasib baik xder camera. Kalau tidak compem pic dia dah masuk dlm blog ni. Terkenal la nnt.
--- bEnarkah gUru pUnca mAsalah mUrid/pElajar di sEkolah? ---

Seperti hari2 biasa, setiap pagi aku mendengar Hot FM. Dengar tu sebb nak dengar Panggilan Hangit. Di samping itu ada la selingan dengan Hot Chat. Pagi ni DJ dia ialah Faizal Ismail bergandingan dengan selebriti Azhar Sulaiman. Si Fafau cuti mende tah.
Pagi ni Hot Chat agak menarik dan sagt menarik perhatian aku untuk mendengarnya. 'BENARKAH GURU PUNCA MASALAH MURID/PELAJAR DI SEKOLAH?'. Of course menarik perhatian sbb aku kan Guru.
Boleh dikatakan lebih 60% pemanggil bersetuju dengan tajuk di atas. Ada macam2 pendapat dan pandangan la yg diaorg kasi. Ada yang membuatkan aku tersenyum dana da yang membuatkan aku menyirap sikit jer bile mendengar pendapat mereka.
Ada yang kata guru kat sekolah malas la, xambil berat pelajar bermasalah la, pengajaran yang membosankan la, xbersedia la, garang la, selalu maki hamun, selalu bagi denda dan macam2 lagi la. Hanya beberapa pemanggil jer yang memberi pendapat membela guru. Tu pun sebb pemanggil tu adalah guru dan GB jer.
Aku di sini terpanggil untuk berkongsi pendapat dan idea. Rata2 pemanggil memberi komen secara tidak menyeluruh. Mereka hanya memikirkan masalah itu pada site mereka sahaja. Pernahkah mereka terfikir keadaan yang dihadapi oleh guru masa kini. Mak ayah senang la kata guru itu ini, tapi bile anak mereka balik umah report guru buat itu ini, terus serang guru tersebut. What the **** kan. Ada sesetengah parent tu just anggap sekolah ni seperti umah asuhan. Diaorg hantar dan terus gi kerja. Balik datang ambil. Esok hantar lagi. Hmmmm...baik xyah jadi parent. Jgn buat anak la kalu mcm tu.
Ada satu ibu tu komen kata "gurulah yang perlu berperanan mencorakkan anak2 mereka bla...bla...bla..." (lebih kurang cam tu la). Adakah u all setuju? Aku tak tahu nak cakap apa kat wanita. Pastu ada yg kata "guru dibayar gaji untuk bla...bla...bla...". Kalau begitulah pemikiran parent zaman sekarg, aku melihat mereka ini seolah-olah kawin, beranak pastu hantar sekolah. Nak jadi apa jadilah. Kalau baik alhamdulillah tapi kalu xbaik guru adalah punca. Wah! Senang nya hidup.
Kita kena faham juga bahawa guru juga manusia. Kadang2 emosi terganggu. Betul mmg guru telah dilatih mengawal emosi tapi guru tetap juga manusia. Bukan manusia separuh robot. Untuk masalah disiplin pula guru hanya sekadar memberi kaunseling dan nasihat. Kalau nak buat lebih2 nt kena saman. So di sini parentlah yg sepatutnya memainkan peranan. Parent lebih punya hak dan merekalah pencorak sebenar. Bukan guru semata2. Zaman skrg pelajar yg melebihi umur 18tahun pun boleh saman parent atas dasar dera. Baru mak ayah tau. Padan muka. Sekali lagi saya tekankan bahawa guru bukanlah punca untuk semua masalah pelajar tidak berjaya atau berdisiplin.
Aku tidak menafikan semua pendapat yg pemanggil bagi. Ada kebenarannya apa yg mereka katakan. Tapi bukan la majoriti. Ada sesetengah jer. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya tidak beremosi dalam memberi pendapat ini. Cuma memberi gambaran secarah menyeluruh. Kalu parent kata itu ini tentang guru, fikir2kanlah juga keadaan guru. Guru zaman dulu lain dengan skrg. Pelajar2 zaman dulu takut bawa balik cerita2 kepada ibubapa kerana takut kena hentam lagi. Sebab tu la mereka2 ni berjaya.
Ada sorg pemanggil ni mengucapka terima kasih pada gurunya kerana selalu denda dan cubit sbb xbuat kerja sekolah. Sekarg dia berjaya dlm hidup. Dia kata kalau bukan sbb denda itu, dia mungkin masih malas dan xkan berjaya seperti sekarang.
Oleh itu xder mana2 pihak yang salah dan betul. Baik pihak sekolah dan ibubapa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini. Saya suke cara Azhar Sulaiman menangani masalah tersebut dengan berkawan baik dengan seorg guru di sekolah anaknya dan selalu bertanyakan tentang keadaan sebenar anak2nya. So di sini tak timbul masalah kerana beliau boleh mengetahui hal sebenar jika berlaku sesuatu perkara.
Ok...moh la kita sama bekerjasama. Manusia adalah satu makhluk yang kompleks dan sukar untuk dijangka. Tapi Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Insya-Allah.....
new feel

Masa dulu asyik guna camera org jer tuk ambil gambar. So kali ni aku berpeluang memilikinya. Aku mula tertarik pada camera DSLR apabila melihat Teng guna camera jenis tu. Macam best jer. Aku pun tanam la azam nak beli DSLR.
Aku mula guna camera ni bulan Mac 2009. Tahun ni la. Hahaha....sumber kewangan? Hmmm...biarlah rahsia. Hehehe....
Nape aku pilih SONY? Entah la. Sebelum beli tu azam aku xnak sama dengan Teng iaitu Nikon. Canon pun xnak.
Ada la satu hari masa kat asrama maktab, ader poster ader org nak jual camera. Apa lagi aku terus gi la bilik budak PISMP ni. Nama dia Fareez. Aku rasa dialah yg membuatkan tertarik nak beli SONY. Padahal time tu xtahu benda pun pasal brand DSLR. Aku rasa time tu mmg nak beli 2nd kat dia, tapi cam mana tah Fellow Blok mana tah iaitu En. Hamid Tan datang n nak beli. Aku pun malas nak rebut ngan dia. Bagi je la dia beli.
Masa kali pertama berjumpa ngan Fareez tu macam2 la dia citer bla...bla...bla... Cam best jer kan.
Time SBE kat SKTG aku ngan mmber aku gi la jalan2 nak g beli camera. Akhirnya kaki aku membawa aku ke sebuah kedai Tarita kat Sungei Wang. Tu pun Fareez yg cadangkan supaya usha sana tgk. Juru kedai tu pun story la Nikon, Canon dan SONY. Bla...bla...bla....
Akhirnya aku beli la SONY Alpha 200 (like no other). Padahal mmg target nak beli SONY. Saja suruh dia story semuanya. Harga body+kit dalam RM16xx. Pastu tambah itu ini dan lens Tamron 75-300mm. Semua sekali dalam RM2xxx.
Senang hati balik umah apa lagi snap sana, snap sini....hahaha.... Itulah gajet aku sampai sekarang selepas LENOVO aku. Sayang gile aku 2 gajet ni. Sekarang dah ader flash. So lagi meriah la pic aku ambil.
Aku dah test shoot wedding mmber aku. Etong first dan kakak Wawa second. Hasil puas hati la dan banyak lagi la aku shoot....hehehe.... Tgk dlm friendster, facebook dan aefitben.multiply.com . Banyak la hasil2nya. Ada yg diedit dan tidak diedit.
8.11.09
--- Firstime Broga Hill ---
Mcm mana nak story ek. Aku selalu tgk org gi Broga ni dalam multilpy. Jeles gak la. So teringin nak pergi. Melalui Achoi, satu plan dirancang. Plan pertama dulu gagal. Datang tp xsempat nak naik berikutan information salah. So plan ke dua ni baru berjaya tapi suam2 kuku jer la.
Time tu KL asyik hujan jer belah petang. So agak lewat bergerak dari KL. Sampai Broga dah lewat. Kul 6 baru start naik. Sampai pun 6.30 petang. Dah gelap sikit that time. Pic2 pun kurang mantap. Huhuhu... its ok. Aku jdkan yg ini as trial jer. Pasni aku kan kembali.
21.10.09
--- Gunung Gerah, Perak - Kelantan ---
16 - 20 Okt 2009
Orang kata Gerah ni hardcore. Betul ker? Kebenarannya terus ku cari dan ingin merasainya. Lantas pelawaan Poncho terus ku sahut. Keghairahan gunung ini membuatkan aku memontengkan diri dari kelas.
Waahhhh!!! sanggup nya aku. Hehehehe.... Nasib baik ketua kelas aku boleh cowtim. Lepas la aku dari attendance. Kebetulan ada gak kelas yg batal. Yes...yes...yes...
Walaupun gunung ni bukan dalam kelompok G7, namun cakap-cakap pendaki terdahulu yang menyatakan ianya hardcore, menambakan sedikit keresahan. Oleh itu aku membuat sedikit research. Ternyata memang ada kenangan sepanjang xpdc ini. Layannnnn....
Lagi best siap masuk paper KOSMO lagi xpdc ni. I like.....hahaha
Untuk banyak lagi pic klik ----->>>> di sini
Manakal untuk log perjalanan klik ---->>> di sini







