Tuesday, November 17, 2009

--- bEnarkah gUru pUnca mAsalah mUrid/pElajar di sEkolah? ---


Seperti hari2 biasa, setiap pagi aku mendengar Hot FM. Dengar tu sebb nak dengar Panggilan Hangit. Di samping itu ada la selingan dengan Hot Chat. Pagi ni DJ dia ialah Faizal Ismail bergandingan dengan selebriti Azhar Sulaiman. Si Fafau cuti mende tah.

Pagi ni Hot Chat agak menarik dan sagt menarik perhatian aku untuk mendengarnya. 'BENARKAH GURU PUNCA MASALAH MURID/PELAJAR DI SEKOLAH?'. Of course menarik perhatian sbb aku kan Guru.

Boleh dikatakan lebih 60% pemanggil bersetuju dengan tajuk di atas. Ada macam2 pendapat dan pandangan la yg diaorg kasi. Ada yang membuatkan aku tersenyum dana da yang membuatkan aku menyirap sikit jer bile mendengar pendapat mereka.

Ada yang kata guru kat sekolah malas la, xambil berat pelajar bermasalah la, pengajaran yang membosankan la, xbersedia la, garang la, selalu maki hamun, selalu bagi denda dan macam2 lagi la. Hanya beberapa pemanggil jer yang memberi pendapat membela guru. Tu pun sebb pemanggil tu adalah guru dan GB jer.

Aku di sini terpanggil untuk berkongsi pendapat dan idea. Rata2 pemanggil memberi komen secara tidak menyeluruh. Mereka hanya memikirkan masalah itu pada site mereka sahaja. Pernahkah mereka terfikir keadaan yang dihadapi oleh guru masa kini. Mak ayah senang la kata guru itu ini, tapi bile anak mereka balik umah report guru buat itu ini, terus serang guru tersebut. What the **** kan. Ada sesetengah parent tu just anggap sekolah ni seperti umah asuhan. Diaorg hantar dan terus gi kerja. Balik datang ambil. Esok hantar lagi. Hmmmm...baik xyah jadi parent. Jgn buat anak la kalu mcm tu.

Ada satu ibu tu komen kata "gurulah yang perlu berperanan mencorakkan anak2 mereka bla...bla...bla..." (lebih kurang cam tu la). Adakah u all setuju? Aku tak tahu nak cakap apa kat wanita. Pastu ada yg kata "guru dibayar gaji untuk bla...bla...bla...". Kalau begitulah pemikiran parent zaman sekarg, aku melihat mereka ini seolah-olah kawin, beranak pastu hantar sekolah. Nak jadi apa jadilah. Kalau baik alhamdulillah tapi kalu xbaik guru adalah punca. Wah! Senang nya hidup.

Kita kena faham juga bahawa guru juga manusia. Kadang2 emosi terganggu. Betul mmg guru telah dilatih mengawal emosi tapi guru tetap juga manusia. Bukan manusia separuh robot. Untuk masalah disiplin pula guru hanya sekadar memberi kaunseling dan nasihat. Kalau nak buat lebih2 nt kena saman. So di sini parentlah yg sepatutnya memainkan peranan. Parent lebih punya hak dan merekalah pencorak sebenar. Bukan guru semata2. Zaman skrg pelajar yg melebihi umur 18tahun pun boleh saman parent atas dasar dera. Baru mak ayah tau. Padan muka. Sekali lagi saya tekankan bahawa guru bukanlah punca untuk semua masalah pelajar tidak berjaya atau berdisiplin.

Aku tidak menafikan semua pendapat yg pemanggil bagi. Ada kebenarannya apa yg mereka katakan. Tapi bukan la majoriti. Ada sesetengah jer. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya tidak beremosi dalam memberi pendapat ini. Cuma memberi gambaran secarah menyeluruh. Kalu parent kata itu ini tentang guru, fikir2kanlah juga keadaan guru. Guru zaman dulu lain dengan skrg. Pelajar2 zaman dulu takut bawa balik cerita2 kepada ibubapa kerana takut kena hentam lagi. Sebab tu la mereka2 ni berjaya.

Ada sorg pemanggil ni mengucapka terima kasih pada gurunya kerana selalu denda dan cubit sbb xbuat kerja sekolah. Sekarg dia berjaya dlm hidup. Dia kata kalau bukan sbb denda itu, dia mungkin masih malas dan xkan berjaya seperti sekarang.

Oleh itu xder mana2 pihak yang salah dan betul. Baik pihak sekolah dan ibubapa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini. Saya suke cara Azhar Sulaiman menangani masalah tersebut dengan berkawan baik dengan seorg guru di sekolah anaknya dan selalu bertanyakan tentang keadaan sebenar anak2nya. So di sini tak timbul masalah kerana beliau boleh mengetahui hal sebenar jika berlaku sesuatu perkara.

Ok...moh la kita sama bekerjasama. Manusia adalah satu makhluk yang kompleks dan sukar untuk dijangka. Tapi Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Insya-Allah.....

4 comments:

  1. aku komen boleh??

    bg aku benar :..dulu cikgu ada power..train budak sehingga menjadi org..
    skang..cikgu no pwer..(ada tp xbrani sbb xd nk pertahankan hak ngn kabinet2..lawan balik..) so..hasilnya..budak2 zman skang..
    + ngn hiburan..gadget2..akhir zaman sungguh..

    ReplyDelete
  2. emm .... perbincangan yang menarik .dari segi pembelajaran mungkin itu tugas guru . tapi kalau tentang akhlak dan tingkah laku itu adalah tugas ibu bapa dan guru.
    manusia tu yang hendak kita didik adalah hatinya .. supaya ia jadi baik. disertakan juga dengan ilmu yang bermanfaat untuk menjadi lebih baik dan mencapai kejayaan didunia dan akhirat.kalau dapat dididik hatinya insyallah mudah untuk kita mencurahkan ilmu .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...