1.6.10

---xPdc AWAK BUSUK (Arong-Bukit Sisik-Panti)---

Program ni boleh dikatakan 'program pakai jadi' la. Sekejap jd, sekejap xjd. Mana satu ni kan... Kebetulan XPDC Beno Ponco datang menyapa. Tapi disbbkan masalah bot, akhir xjd join Ponco dan Kak Yan yang begitu bersemangat maka jadilah xpdc ni. Di tambah pula dengan Golok yang beria2 nak gi Arong. Mungkin dia dah mimpi kot, sbb tu nak sesangat ke Arong. Berehhhh!!!

Trip kali ni di namakan Trip Awak Busuk!!! Nak tahu kenapa, baca hingga akhirnya....

Photobucket

Kak Yan as a leader bertungkulumus invite semua org. Last2 yang jadi hanya 7 org jer. Line up ialah Topek, Nizam, Lin, Yan, Golok, Ben dan Babu. Ok what. Mula2 dlm fikiran mesti xbest xpdc kali ni sbb org ciput. Tp itu semula tidak berlaku malah lebih seronok.

Untuk itu ikuti episod keseronokkan sepanjang xpdc AWAK BUSUK ini k!!!

Sabtu, 29 Mei 2010
Aku dan Lin bergerak dari Melaka kira2 jam 1.30 pagi. Plan asal nak gerak kul 12mlm tp ter anjak berikutan ada kawan dari jauh hendak berjumpa. But its ok. Still on schudule. Jam 1.30 pagi bertolak ke Simpang Renggam untuk ambil Yan. Jam 3.00 pagi kami sampai. Terus gerak ker Mersing. Perjalanan yang jauh terasa dekat dek kepetahan dan kenyaringan suara Penglipurlara bercerita itu dan ini tentang alam persekolahannya.

Sekali/a jalan raya ditutupi kabus tebal hingga terpaksa aku memperlahankan kelajuan pemanduan. Suasana seram terasa dari luar kereta. Huuuuuuuu......

Jam 5.00, kami mula memasuki bandar Mersing. Terus ke masjid yang kat atas bukit nan tersergam indah itu. Kami sempat tidur lebih kurang setengah jam takkala bilal mula membuat persediaan untuk solat Subuh. Kemudian Golok pun tiba dari Pasir Gudang.

Langit Mersing semakin cerah apabila sang suria mula menampakkan cahaya nya. Apa lagi jom la sarap. Niat di hati nak bawa sarap kat tepi pantai, aleh2 mana tempat aku bawa tah. Tapi ada jugak la kedai makan. Hehehehe....

Photobucket

Photobucket

Lama pula menunggu si Babu ni. Jam dah kul 9 pagi ni. Kami berempat ambil keputusan tuk terus saja ker kaki gunung Arong. Sms Babu suruh terus ke sana. Perjalanan ke sana pun mengambil masa yang lama jugak la.

Ketiadaan line di sana menyebabkan masa kami semakin terbuang takkala Babu xsampai2 lagi di pintu rimba. Aduhai...... Kami punya la keluar balik hingga ke jalan utama untuk dptkan line dan akhirnya kami berjaya bersatu. Kami tinggalkan kereta Golok di pintu keluar (pantai) kerana kami akan keluar dari sana. So nnt leh naik kereta Golok ke pintu rimba semula.

Jam 10.30 pagi, kami memulakan pendakian. 10 minit pendakian, peluh dah berbaldi2 keluar. Penatnyaaaaaaaa.... Babu yg otai pun mula menunjukkan sintom2 pewai. Hmmm.... Lin n Yan bukan men laju lagi ek. Actually trek xder la hardcore pun. Biasa2 jer. Pokok2 pun nice jer.

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kurang dari sejam kami pun sampai puncak Gunung Arong. Waaahhhh..... bestnya. Takde la tinggi sangat gunung ni. Ketinggian gunung ini ialah 274 meter dari aras pantai. Boleh la petang2 jogging sampai puncak. Hehehehehe.... Kat puncak ni dah ader org buat cam gajet dow. Ader meja, kerusi dan bagai2... View pun nice la. Tak rugi datang tau. Apa lagi snap2 la pic tu....

Photobucket
Pemandangan dari puncak Gunung Arong

Photobucket
Menikmati juadah

Photobucket
Group foto

Lepas huwa huwa kat puncak, kami pun menggerakkan diri ini untuk turun. Time tu dalam kul 12.15 pm. Ikut plan asal pas Arong nak nek Panti tp mcm tak jd jer. Mana taknya. Dah kul berapa ni kan. Takpe2, itu biar Cik Lin yang settlekan sbb dia AJK Tentatif.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Perjalanan turun tidaklah mengambil masa yang lama. 30 minit kami pun sampai bawah. Tepi pantai lagi tu. Cantik la pantai dia. Tp Aur lagi cantek. Hehehe....

Photobucket

Photobucket
Foto cover album

Kami pun kemeh2 dan bergerak ke Pekan Mersing semula tuk makan tgh hari. Di sbbkan Mersing di bawah jajahan dakBen, maka beliau lah org yang bertanggungjawab untuk belanja makan. Horeyyyyy!!!.... Apa de hal kan..kan...kan...

1 jam makan2 n santai2 kat Restoran Atap, kami pun mulai bergerak ke Kota Tinggi. Tidak lupa membeli tali rapia dan tali tuk tarik khemah. Plan malam ni kami akan bermalam dulu di Air Terjun, kota Tinggi. Tak biasa pergi pun tapi Lin tahu. Kali ni kami disertai dengan 2 org lagi teman iaitu Topek dan Nxum (nak bunyi pun xtahu nama ni).

Kami sampai di Air Terjun dah agak kepetangan. Kami menyelusuri ladang kelapa sawit dlm kegelapan malam. Ada sesat sikit la. Al maklum la malam xnampak kan...kan...kan... Sejam kemudian kami pun sampai di kawasan perkhemahan lalu mendirikan khemah. Bertemu pula seekor anak ular yang betul2 di kaki Topek ketika dia sedang mandirikan khemah. Naseb bek aku nampak. Hehehe... Kira hero la time tu.... lalalala....

Photobucket

Malam itu kami berbual2 sambil makan. Mengelilingi unggun api. Menyerap kepanasan bagi mengimbangi kesejukkan malam. Aku, Topek n Nxum berjaga hingga jam 3 pagi berbual pasal DSLR dan Raw Of Light. Hmmmm.....

Photobucket
Malam d'Bukit Sisik

Ahad, 30 Mei 2010

Alhamdulillah cuaca amat baik. Bintang2 berselerak di langit gelap. Keesokkan paginya kami bergerak ke kawasan air terjun di atas. Mencari tempat mandian yang lebih menyeronokkan.

Dah jumpe, kami pun mandi manda. Siap ader kelas renang lagi oleh Topek. Huuuuu....

Photobucket

Photobucket
Sang Arjuna

Photobucket
Mencari ilham

Photobucket
Mandian cahaya

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Santai...

Photobucket

Air terjun yang nice gak la..... Siap mandi manda, kami bergegas pula untuk ke Gunung Panti. Pintu rimbanya tidak jauh dari tempat parking kereta di luar sinun. Dalam masa yang sama, kami bertembung dengan orang Singapura yang turut serta menjelahai hutan Air Terjun ini. Tapi dalam konteks rombongan sekolah la...

Photobucket

Hujan dengan lebatnya turun sekejap sebelum kami memulakan pendakian. Kira2 jam 1 pm, kami pun redahi juga saki baki hujan yang ada. Kebetulan mmg hujan pun dah benti time tu. Treknya tidaklah susah sangat. Ala2 Gunung Angsi la gitu. Perjalanan kami memakan masa hampir 2 jam gak la. Biasa la umur dah semakin meningkat ni dah xlarat.

Pendakian kami terhenti di step terakhir untuk sampai ke puncak. Sebuah batu yang besar dan perlu memanjatnya. Di situ kumpulan pelajar Singapura tengah turun. So jem la sekejap. Pada tafsiran kami, mereka adalah kumpulan yang sama dengan kumpulan yang kami jumpa di Air Terjun. Baju nya sama cuma warna je lain. Jemu dengan menunggu, kami meminta agar kami naik dulu sebelum mereka sambung kembali untuk turun. Mana tidaknya. Diaorg ramai dow. Kalu tunggu ni, mahu esok pagi kami sampai puncak. Dah la sejuk kan. Hehehe......

Alhamdulillah, kami tiba di puncak di kala jarum jam belum melewati 3 petang. Sekali tengok puncaknya macam puncak Gunung Bubu. Pemandangannya pula agak terbatak kerna time tu kabus tebal. Mmmmm....

Sepanjang perjalanan dan pendakian, kami tak kering gusi dek celoteh Kak Yan yang begitu banyak cerita. Dari dalam keta semalam, ke Arong, hinggalah ke Panti. Dari cerita hal2 sekolah hinggalah ke hiburan. Paling best mengenai artis yang di minatinya iaitu Noah Hujan. Kes berkaitan laporan peminat mengenai tulisan 'Awak Busuk'. Sbb itulah trip ni dinamakan 'Awak Busuk'. Kahkahkah....

Macam biasa dah sampai puncak, kami bersantai2 dan berpic2....

Photobucket

Photobucket
Macam ada kenduri plak kan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sebelum siap2 nak turun, kami sempat lagi take a group photo. Hehehee.....

Photobucket
Group foto lagi

Photobucket

Udah2 ler. Jom turun. Dalam perjalanan turun, kami terserempak lagi dengan kumpulan Singapura tu lagi. Mak ai! Tak sampai2 lagi budak2 ni. Rasanya dah lama lepak2 kat atas sana. Kami mengambil keputusan untuk memotong mereka sambil berlari turun. Dari jauh, seorang guider diaorg berkata 'Six climber'. Hehehe.... Baget bagus. Terdengar pula diaorg berkata 'They are profesional climber". Hahahaha..... Konon2 nak bagitau studet diaorg la. Bangga pun ader bila dengar. Lalalalala.......

Kami selamat sampai di bawah kira2 jam 5.15 petang.

Photobucket

Kami singgah di sebuah masjid di luar sana untuk membuat pengurusan diri. Pastu kami ke Pekan Kota Tinggi untuk makan malam. Atas cadangan Topek, kami makan di sebuah restoran Cina Muslim. Hmmm.... Menarik ker???

Photobucket
Teh Cina

Photobucket

Photobucket
Macam makan besar TAHUN BARU CINA la plak

Alang2 dah sampai Town Kota Tinggi, Topek membawa kami pusing2 bandar. Kami singgah di menara jam. Pada menara jam ni terdapat tanda aras banjir terburuk pernah melanda bandar ini tidak berapa lama dulu. Sian kan....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kami tamatkan xpdc kami di sini sahaja. Selesai bersalaman, kami pun pulang ke destinasi masing2... Sebuah percutian yang amat bermakna...

~~~end~~~

28.5.10

---mEreka yang di Sebalik tErdirinya SK Pulau Aur---

Kini SK Pulau Aur berwajah baru takkala sebuah blok bangunan 2 tingkat telah di bina bagi "menampung" jumlah murid2 di Pulau Aur ini. Hehehehe.... Oleh itu jom kita lihat mereka2 yang bertungkus lumus untuk mendirikan bangunan ini. Hahahaha.....

Photobucket
Pendawaian elektrik

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Membuat motif pada wall sekolah

Photobucket
Rehat sekejap bersama kit kat

Photobucket

~~~end~~~

10.5.10

---tAnjung LEman a.k.a Pulau Sibu & Pulau Tinggi---

Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, 2 lagi pulau yang terkenal selain Pulau Aur n Pemanggil. Hari tu ader la sedikit kelapangan gi jalan2 sana. Tapi sampai jeti jer la. Belum berkesempatan tuk ke pulau tu jer. Nextime k.

Photobucket
Lokasi Tg. Leman, Sibu dan Tinggi

Photobucket
Tanjung Leman di zoom secara dekat

Tangjung Leman merupakan jeti terdekat untuk pergi ke Sibu dan Tinggi. Sangat dekat. Dari jeti, boleh nampak besarnya Sibu n Tinggi. Banyak pelancong keluar masuk ke pulau-pulau ni. Jeti ni dalam daerah Kota Tinggi. Perjalanannya akan melalui Tengaruh apatah. Dari simpang jalan utama Mersing - Johor, memakan masa hampir 30 minit lebih. Kalu dari Mersing plak mencecah 1 jam perjalanan dengan jarak 70km (plus minus).

Photobucket

Photobucket
Antara suasana jalan menuju Tanjung Leman

Tapi dont worry, jalan raya nya tidaklah teruk sangat. Masih dalam keadaan baik cuma sempit la. Nak memotong tu kena hati2 lah k.

Photobucket
Kaunter tiket

Photobucket

Photobucket
Pengangkutan yang membawa pelancong

Photobucket
Pulau Sibu(depan) dan Pulau Tinggi(belakang) dari jeti

Untuk rekod, di setiap pulau mempunyai sebuah skool. Nama skool tu SK Pulau Tinggi dan SK Pulau Sibu. Ader jugak skool kat sana kan. Dengan menggunakan teknologi canggih, dapat juga saya melihat secara kasar suasana kampung di sana. Iskh3....

Photobucket
Pemandangan dari atas SK Pulau Sibu

SK Pulau Sibu tu berdepan mengadap pantai gi tu. Alah yang bumbungnya warna hitam tu ler. Belakang tu mcm ada padang sikit. Hehehehe.... Nicekan. Murid2 belajar sambil menikmati pantai yang indah... Tapi percayalah, suasana di sana adalah panas. Hahahaha.... Pokok pun xder haa....

Photobucket
SK Pulau Tinggi

Ni perkampungan terbesar la kot ( kalu salah tolong bagitau ye). Kat situ la SK Pulau Tinggi. Time tu awan tebal sgt so xleh zoom dah. Ni jer yg dapat. Hampehhh!!!.... Apa2 pun best jer lokasi nya. Ada dugong tak yg berjemur di sepanjang pantai tu ek?

Jauh tak jauh, itulah realitinya. Hehehe..... Zassssss

~~~end~~~

---bRoga lagi ker?---

Percaya atau tidak dan mmg kena percaya pun, aku menghampiri setahun tidak mengikuti xtvt2 memanjat gunung ni. Aduhai terasa rindu giler pada kesejukkan di puncak gunung, awan pagi yg memutih di waktu pagi, bercakap keluar asap, bunyi unggas, kencing tepi pokok, buang air besar dlm semak, kesejukkan air terjun dan sungai dan bermacam2 lagi lah.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Teman aku ni padil begitu pandai menjiwai watak. Lihatlah dalam setiap gambarnya, penuh dgn keceriaan dan keriangan (nape tetiba ayat2 aku skema sgt ni). Tak sia2 jadi model. Dia berjaya merakamkan setiap kegembiraannya dalm setiap foto untuk di jadikan kenangan kelak. Hahahhaa....xleh blah.....

Photobucket

Photobucket

Namun apakan daya, tugas di pedalaman telah membina jurang yang semakin besar untuk aku join program2 hiking ni. Dulu tekad habis jer study nak balun cukup2 hiking ni. Alih2 xdpt juga. Ada hikmah di sebalik semua itu. Insya-Allah.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kegianan itu tidak aku jdkan perkara yang mengganggu hidup ku. Lantas peluang yang ada di nikmati bersama2 rakan dengan menaiki Bukit Broga. Ini kali ke 3 aku ke Broga. Kali ni ditemani oleh Padil. Seorang rakan yg tidak minat gunung, namun tercabar dengan rakan2 sekelasnya yg sudah naik, maka disahut cabaran tersebut. Zassss....................

Photobucket

Photobucket

~~~end~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...