23.3.14

--- Hari 3 Jalan Jalan di Beijing ---

23 Mac 2014, Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menerokai Bumi Beijing ini pada hari ke tiga.
Pagi ini, kami sengaja tidak keluar terlalu awal kerana nak solat di hostel jer. Malas nak cari tempat solat nanti kat luar. Oleh itu, kami keluar sekitar jam 11 pagi lebih. Kami nak breakfast di satu kedai muslim yang kami jumpa semalam. Jika korang nak pergi, follow jer map yang aku gigih lukih nih. Tak jauh pun. Dekat jer. Jalan ikut anak panah tu, nanti ada satu lorong sebelah kiri. Kedai tu kat situ lah.

Menarik makan kat sini sebab harganya tidaklah mahal sangat dan makanannya banyak. Hihihihihihi……. Lepas makan, kami balik hostel untuk solat.

Map
DSC02916
DSC02915
DSC02909
DSC02917
Mohon berhati-hati dengan lalu lintas di Beijing ni. Ada lampu isyarat tapi macam tak ada. Dia orang memang cenderung untuk tidak ikut. Pastu laluan motosikal dan basikal pun bahaya juga sebenarnya bagi pejalan kaki. Hmmmm…….

DSC02918
DSC02922
DSC02924
Hari ni hari yang leisure jer. Tidak pergi ke tempat-tempat yang heavy. Kami nak gi shopping. Walhal sedar diri duit takder. Tapi gigih nak shopping. Lokasinya ialah Yashow Clothing Market. Turun di Tuanjiehu (10) Station.

Tipnya, naik ke atas. Berdiri mengadap jalan utama. Berjalan arah kanan. Jumpa simpang, jalan utama. Belok kanan dan jalan terus. Terus jer. Nanti dalam otw tu korang akan temui pasar jual barang-barang lama. Dijual di kaki lima situ jer. Dia macam ala-ala pasar karat gitu. Ada macam-macam jenis barang purba, tak purba, kraftangan bla….bla….bla…… Keaslian barang? Wallah hu alam….

Pastu korang akan jumpa pula mall yang urban. Haaaaaaaaaa….kawasan ni baru kami nampak banyak anak-anak muda/mudi yang berfesyen. Lepas dari bangunan tu, haaaaa….nampak belah kanan bangunan Sanlitun Yashow Clothing Market.

Dalam bangunan ini, macam-macam barangan ada jual. Pakaian, gajet dan bla…bla…bla….. Serius, macam-macam ada. Dan, ini merupakan lokasi ke dua selepas Masjid Nujie, kami bertemu dengan orang Malaysia. Hahahahahahaha….nampak tak? Orang Mesia memang suka shopping. Ada auntie tu, siap bagi tip dan nasihat lagi pada mereka dua ni, “…jika nak barang, tawar habis-habisan…..”…….hihihihihihi………

Masa jalan-jalan tu, macam teringin jugak nak beli sehelai dua sebab murah sangat. Tapi, sedar diri yang poket pun tak tebal sangat. So layankan mata jer. Tapi, dua orang member aku ni ada hasil tangkapan. Nak tahu, apa diaorg beli? Diaorang beli set cadar. Ya Allah…… dah la dalam mode travel, diaorg boleh beli benda tu. Jenuh mengangkut balik hostel.

Ada satu lagi mall silk. Tapi kami malas nak pergi sebab, rasanya suasananya kompom lebih kurang jer. So, kami plan nak balik. Nanti malam nak keluar tengok akrobatik theater.

Jangan tak percaya, penjual di sini boleh berbahasa Melayu.  Nama macam Islam, tapi bile bagi salam, tak dengar pun jawab. Hmmmmmm………. Layanan, terbaik. Dia layan sampai korang beli. Hihihihihi…….

DSC02926
DSC02929
DSC02931
DSC02936
DSC02937
DSC02939
Hari pun malam. Kami bergegas-gegas keluar. Mudah sahaja nak ke theater ni. Turun di Hujialou (6)(10) station. Sebelum masuk, kami menunggu ejen tiket. Tiket ni diuruskan oleh Yan. Power Yan. Siap guna agen luar negara lagi untuk tiket. So, jangan main-main dengan beliau. Kihkihkih……..

Keseluruhan persembahan ini, tidak membosankan. Gaya persembahan yang awesome dan menarik. Tak rugi la beli tiket mahal-mahal. Ramai mat salleh yang menonton theater ni.

DSC02941
DSC02942
DSC02945
DSC02947
DSC02950
DSC02952
DSC02959
DSC02960 2
DSC02963
DSC02965
DSC02968
DSC02969
DSC02970
DSC02973
DSC02975
Selamat malam…….

22.3.14

--- Hari 2 Jalan Jalan di Beijing ---

Balik semalam tak keluar mana-mana. Just buat pengurusan diri dan buat persedian untuk hari ni jer. Google tentang Great Wall dan cara nak pergi. Setelah berbincang dan diputuskan semalam, kami ke Great Wall melalui entrance Badaling jer.

Badaling adalah entrance paling popular. Selain itu, ada juga entrance lain seperti Mutianyu dan beberapa lagi. Boleh pilih. Sambil tu berborak-borak dengan sweet couple, Alex and Lucy. Alex from Taiwan and Lucy from England.

Hari ni, kami bangun awal, Subuh semua bagai dan bergerak keluar. Destinasi hari ini adalah Great Wall of Beijing. Itu yang utama. Then ke stadium olimpik. Dua orang ni siap pakai baju kurung lagi. Katanya, itu wish diaorg. Aku nak juga tapi terlupa bawa. Arghhhhh……. Satu lagi nak buat profile pic kat fb konon2 ucapan selamat Hari Raya dari perantauan. Hihihihihihi………
DSC02627
Nak pergi kelas ke ni....?
DSC02629
DSC02631
DSC02633
DSC02638
DSC02639 2
DSC02643
DSC02644
DSC02649
Disiplin yang tinggi
DSC02650
DSC02651
DSC02652
DSC02653
Ok, dari hostel, naik subway. Then turun di Jishuitan (2) stesen. Berjalan lebih kurang 15 minit gitu, sampai di Deshengmenxi Bus Station. Tak banyak bus pun. Takpe, kami cuba cari bus bernombor 919 seperti yang dinyatakan dalam blog busuk. Kami bertanyakan orang. Tapi, biasa la mereka tak faham orang putih. Then aku tunjuk gambar Great Wall. Barulah diaorang beritahu kena jalan depan lagi. Kat tepi macam satu tembok besar di sini.

Yes dah nampak bus banyak.  Bus 919 pun ada. Mak ai, ramainya orang tengah beratur. Semuanya orang tempatan jer nih. Takkan la diaorang pun nak pergi Great Wall. Muka pelancong tak ada. Kami cuba bertanya orang situ, cara nak beli tiket. Lagi sekali, ayam dan itik bercakap.

21.3.14

--- Hari 1 Jalan Jalan d Beijing ---

20 Mac 2014, Khamis

My friend dah call bertanyakan keberadaan aku. Yup…..aku masih di Lowyat, sedang usha-usha laptop. Jam menunjukkan 1.00 petang. Flight jam 7.10 malam. So, kan awal lagi…

Jam 5, aku masih di Putrajaya. Sedang bersiap-siap dan menunggu teksi. My travelmate call lagi. Then she ask, ‘Ko kat mana? Gate dah nak tutup. Cepat la……' Aku tak ingat yang kena check-in 2 jam sebelum depature. Aku mula cuak dan mohon pakcik teksi cepat sikit. Hihihihihi…….

Sesampai jer, terus turun tanpa mengambil baki duit. My friend memanggil-manggil aku dan kami terus berlari ke kaunter. Dah jam 6 petang lebih. Counter lady tu tanya, ‘kenapa lewat sangat ?… Nanti terus jerit dan minta laluan cepat ok…’ Then aku mohon maaf banyak sebab terlewat. Kami terus berlari ke gate. Kami minta laluan untuk masuk segera sebab takut terlepas flight.
Sampai di gate, polis tu cakap, ‘masih ramai lagi yang nak ke Beijing sedang beratur ni. So, jangan risau…..’ Kami terus hembus nafas lega.

Tapi memang tidak dinafikan, sekatan kali ini lebih banyak berikutan kehilangan MH370. Nak masuk ke ruang menunggu pun ada lagi sekatan. Setiap orang diambil passport dan tengok samada muka dan gambar adalah orang yang benar. Waaaaaaaaaaa…….. Ini sudah bagus. Sepatutnya kena buat dari dulu lagi. Hihihihihi……

Tak lama menunggu, gate dibuka dan kami pun beratur berjalan menuju ke flight. Perasaan takut naik kapal terbang sedikit hilang dek kerana situasi kelam kabut tadi.

Mengingati perasaan sejak kejadian MH370 lalu, aku memang rasa nak cancel jer trip ni. Solat istigharah dan hajat agar diberi petunjuk samada meneruskan atau cancel jer. Yana ada kata, jika kita terlepas flight tadi, itu adalah petanda yang Allah tak nak kita pergi. Smile

Dalam flight, aku dapat tepi tingkap. Horeeyyyy…… Ini firstime naik airbus dengan 3 lajur. Eeeeee…… sama macam dalam movie Non Stop yang aku baru tengok hari tu. Sebelah aku, ada 2 orang auntie China. Mereka berbual dari mula duduk, sehingga sampai airport Beijing. Bayangkan apa yang diaorg bualkan. Benti cakap time tidur jer rasanya. Hihihihi…..

Aku dapat rasakan yang flight ni lebih smooth masa take off berbanding flight yang aku naik sebelum ni. Mungkin sebab besar kot. Selain itu, suara pilot kali ni lebih jelas. Sebelum ni aku ada sedikit xpuashati apabila pilot cakap macam dalam kelambu bila buat pengumuman. Pramugara/i pula kurang senyuman. Masam jer muka. Mungkin takut kot nak fly sejak kes MH370.

Hari pun malam…….

DSC02474 2
DSC02475 2
DSC02477 2
Tadi rancak berbual. Sejam kemudian, senyap…….hihihihihi…..

Sejam kemudian............


21 Mac 2014, Jumaat

Jam 12.00 tengah malam, pilot umumkan akan ketibaan di Capital City Airport of Beijing. Dari tingkap, kelihatan cahaya lampu bandar Beijing. Tak sangka aku. Sampai juga di Beijing rupanya. Kelihatan juga kepingan ais terhasil di tingkap flight. Sejuk sangat kot.

DSC02479 2
Touch down…… Alhamdulillah selamat sampai.

DSC02481 2
DSC02483 2

DSC02488 2
DSC02490 2
Masa masih awal lagi. Owh…! Just want to tell u all, garis masa antara Malaysia dengan China adalah sama. Yang beza, cuma penerimaan cahaya matahari jer. Kompom2 lah, China menerima cahaya matahari dahulu dari Malaysia. Kami lepak dulu di kawasan menunggu.

Kami belum solat. Kami pun ke tandas untuk wudhuk. Dalam pada itu, my friend cakap, kat Beijing tak boleh solat di sembarangan tempat public. Aku macam, ‘ye ker' ?’….. Dia orang ada terbaca dalam blog tentang hal tersebut. Maka, kami pun solat dalam keadaan duduk dengan perasaan yang agak takut-takut. Situasi menjadikan trip ini agak terganggu. Perasaan tak best. Hmmmmm……..
Kami menunggu dan tidur sehingga Subuh…..

20.12.13

--- Solo Travel ke Pulau Langkawi ---

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kesempatan dan peluang kepada aku untuk meneruskan hobi aku ini. Balik dari Rinjani, busy preparation untuk majlis pertunangan adik Bino iaitu Agon. Aku jadi jurugambar macam selalu. Then balik kampung menjengok family dan ada kenduri. Di kesempatan itu, join Azam shoot pengantin di Sungai Petani. Settle semua tu, baru buat planning tuk ke Langkawi.

Niat untuk ke Langkawi ni, dah lama. Aku ada ajak beberapa member yg lain tuk join tapi masing-masing ada hal dan komitmen katanya. Ada yang kat Thailand la, ada yang kat Mekah, ada yang tak der pitih dan bla...bla....bla.... its ok.

Kenapa beriya-iya sangat nak pergi Langkawi ni? Apa yang best sangat? Haaaaaaaa....... niat utama nak ke Langkawi ialah nak naik cabel car. Haaaaa......tu yang membuatkan aku berkobar-kobar sangat. Fyi, aku dilahirkan, dibesarkan, disunatkan dan bersekolah di Alor Setar. Kawin jer tak tahu lagi. Nama jer orang Alor Setar, tapi cabel car tu pun aku belom naik. Kuikuikui......

First step is ticket. Itu yang utama. Call my cousin untuk tempah tiket ke Langkawi esoknya. Namun begitu, tiket tidak boleh dibeli awal. Hanya boleh dibeli masa di kaunter sebelum feri bergerak sahaja. Namun begitu, aku guna kabel cousin ku , dan success. Nampak tak the power of cabel. Sebenarnya, rezeki dari Allah. Hihihihi....

18 Disember 2013
30 minit aku drive dari rumah menuju ke jeti Kuala Kedah. Parking berhampiran tempat sepupu aku kijer. So, its freeeeeee...... Ambil ticket dari my cousin. Yeaahhhh......harge ticket sekarang untuk dewasa ialah RM23. Nak bagitau juga, bahawa tiket balik pun tak boleh beli awal.

Ok, terus berjalan ke jeti. Sesampai jer, terdengar panggilan naik ke bot. Aku pun terus masuk ke laluan dan naik feri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Untuk travel kali ini, pertama kalinya, aku bawa new baby, A77, 10-20mm Sigma dan 50mm f1.8 lens....hihihihi.....




Sejam lebih dalam feri...Zzzzz...... Tiba sekitar jam 11.15 pagi, satu jam lebih perjalanan. Alhamdulillah selamat. Tahap keterujaan yang tinggi tapi aku control-control supaya tak nampak excited sangat. Walaupun hanya travel ke Langkawi, feel tu macam travel ke luar negara. Aku dok feeling-feeling orang luar....puii....



Keterujaan tu, membuatkan aku terus bergerak menuju ke Dataran Lang. sebab nak berfoto-foto. Walhal, kalau ikut plan asal, bukannya dataran yang menjadi first lokasi untuk dilawati. Aiseh...!!! Tetiba aku teringat dan berpatah balik dan ikut plan.

First perkara yang perlu dilakukan ialah cari transport dan penginapan. Yup....itu yang sepatutnya dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...