23.3.14

--- Hari 3 Jalan Jalan di Beijing ---

23 Mac 2014, Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menerokai Bumi Beijing ini pada hari ke tiga.
Pagi ini, kami sengaja tidak keluar terlalu awal kerana nak solat di hostel jer. Malas nak cari tempat solat nanti kat luar. Oleh itu, kami keluar sekitar jam 11 pagi lebih. Kami nak breakfast di satu kedai muslim yang kami jumpa semalam. Jika korang nak pergi, follow jer map yang aku gigih lukih nih. Tak jauh pun. Dekat jer. Jalan ikut anak panah tu, nanti ada satu lorong sebelah kiri. Kedai tu kat situ lah.

Menarik makan kat sini sebab harganya tidaklah mahal sangat dan makanannya banyak. Hihihihihihi……. Lepas makan, kami balik hostel untuk solat.

Map
DSC02916
DSC02915
DSC02909
DSC02917
Mohon berhati-hati dengan lalu lintas di Beijing ni. Ada lampu isyarat tapi macam tak ada. Dia orang memang cenderung untuk tidak ikut. Pastu laluan motosikal dan basikal pun bahaya juga sebenarnya bagi pejalan kaki. Hmmmm…….

DSC02918
DSC02922
DSC02924
Hari ni hari yang leisure jer. Tidak pergi ke tempat-tempat yang heavy. Kami nak gi shopping. Walhal sedar diri duit takder. Tapi gigih nak shopping. Lokasinya ialah Yashow Clothing Market. Turun di Tuanjiehu (10) Station.

Tipnya, naik ke atas. Berdiri mengadap jalan utama. Berjalan arah kanan. Jumpa simpang, jalan utama. Belok kanan dan jalan terus. Terus jer. Nanti dalam otw tu korang akan temui pasar jual barang-barang lama. Dijual di kaki lima situ jer. Dia macam ala-ala pasar karat gitu. Ada macam-macam jenis barang purba, tak purba, kraftangan bla….bla….bla…… Keaslian barang? Wallah hu alam….

Pastu korang akan jumpa pula mall yang urban. Haaaaaaaaaa….kawasan ni baru kami nampak banyak anak-anak muda/mudi yang berfesyen. Lepas dari bangunan tu, haaaaa….nampak belah kanan bangunan Sanlitun Yashow Clothing Market.

Dalam bangunan ini, macam-macam barangan ada jual. Pakaian, gajet dan bla…bla…bla….. Serius, macam-macam ada. Dan, ini merupakan lokasi ke dua selepas Masjid Nujie, kami bertemu dengan orang Malaysia. Hahahahahahaha….nampak tak? Orang Mesia memang suka shopping. Ada auntie tu, siap bagi tip dan nasihat lagi pada mereka dua ni, “…jika nak barang, tawar habis-habisan…..”…….hihihihihihi………

Masa jalan-jalan tu, macam teringin jugak nak beli sehelai dua sebab murah sangat. Tapi, sedar diri yang poket pun tak tebal sangat. So layankan mata jer. Tapi, dua orang member aku ni ada hasil tangkapan. Nak tahu, apa diaorg beli? Diaorang beli set cadar. Ya Allah…… dah la dalam mode travel, diaorg boleh beli benda tu. Jenuh mengangkut balik hostel.

Ada satu lagi mall silk. Tapi kami malas nak pergi sebab, rasanya suasananya kompom lebih kurang jer. So, kami plan nak balik. Nanti malam nak keluar tengok akrobatik theater.

Jangan tak percaya, penjual di sini boleh berbahasa Melayu.  Nama macam Islam, tapi bile bagi salam, tak dengar pun jawab. Hmmmmmm………. Layanan, terbaik. Dia layan sampai korang beli. Hihihihihi…….

DSC02926
DSC02929
DSC02931
DSC02936
DSC02937
DSC02939
Hari pun malam. Kami bergegas-gegas keluar. Mudah sahaja nak ke theater ni. Turun di Hujialou (6)(10) station. Sebelum masuk, kami menunggu ejen tiket. Tiket ni diuruskan oleh Yan. Power Yan. Siap guna agen luar negara lagi untuk tiket. So, jangan main-main dengan beliau. Kihkihkih……..

Keseluruhan persembahan ini, tidak membosankan. Gaya persembahan yang awesome dan menarik. Tak rugi la beli tiket mahal-mahal. Ramai mat salleh yang menonton theater ni.

DSC02941
DSC02942
DSC02945
DSC02947
DSC02950
DSC02952
DSC02959
DSC02960 2
DSC02963
DSC02965
DSC02968
DSC02969
DSC02970
DSC02973
DSC02975
Selamat malam…….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...