12.6.14

--- Hari Kedua Pasar Siti Khadijah, Muzium Negeri, Masjid Beijing, Rantau Panjang dan Maggi Ketam ---

Hari kedua di Kota Bharu. Tak awal sangat aku gerak keluar. Jam sekitar 9.00 pagi, aku melangkah turun. Misi hari ni ialah Pasar Siti Khadijah yang terkenal tu. Itulah tujuan aku datang KB nih. Lepas tu dah boleh balik sebab misi dah tercapai. Hahahahaha......

Dari hotel tak jauh berjalan kaki menuju ke pasar ini. Landmark dia Giant. Dalam 10 minit dah sampai. Aku tak pusing-pusing sangat dalam tu kerna tak ada tujuan. Pasar ni bagi kaum perempuan dan mak-mak, suka la tempat-tempat cenggini. Pasar ni lebih kurang macam Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Pasar Payang. So, tak ada yang awesome pun. Yang awesome pun yang warna-warna dalam pasar tu jer.

Aku hanya masuk, cari port nak snap pic. Then aku gi makan. Simple......











Feeling ketika berjalan-jalan di Kelantan ni, seolah-olah macam suasana di Indonesia. Hmmmmm.... Bukan sebab ada warga Indo. Tapi feeling dengan melihatkan suasana Kota Bharu ni sendiri. Susah nak cakap. Ada masjid-masjid besar, kaedah berniaga, suasana rumah-rumah....dan macam-macam lagi. Abaikan......

Selesai makan aku gerak ke Muzium Negeri. Sinonim orang akan kaitkan muzium dengan lawatan sekolah. Tidak bagi aku. Walaupun muzium negeri Kelantan ni tidak lah best sangat, tp info tentang Kelantan, ada di situ.

Masa aku masuk muzium tu, memang tak ada orang pun. Aku jer. Pastu baru ada satu keluarga masuk. Hahahahahahaha..........

Ok masa untuk balik ke hotel. Aku nak balik tidur, ambil berkat sunnah tidur sebelum Zohor.

Selesai Zohor, aku mengatur kembali agenda. Aku mula atur dalam map seperti Masjid Muhammadi, Masjid Cina, Istana Jahar, Pantai Cahaya Bulan dan Buddha Temple.

Buddha Temple kat Tumpat. Macam jauh plak. So, skip jer lah. Aku terus ke Rantau Panjang sebab nak melawat Masjid Cina atau dikenali juga Beijing Mosque. Berpandukan map pada smartphone, aku tiba di masjid tu waktu Asar. Masa tu, awan hitam memenuhi ruang angkasa. Hujan rintik-rintik. Waktu Asar masuk. Aku join solat walaupun aku dan jama' tadi. Takper, dapat lagi 10 ganjaran. Alhamdulillah.....

Cuma aku tertanya-tanya, apa sejarah pembinaan masjid dengan senibina ini? Hmmmm.... Google jerrr......









Masa lihat dalam map, ada tulis Sungai Golok. Aku pun macam, owh....... ni dah sempadan dengan Thailand nih. Aku pun meneruskan sedikit lagi perjalanan sehingga nampak pintu gerbang imegresen. Berpandukan maklumat orang tempatan yang aku bertanya, jika nak ke Golok, beratur dengan kereta-kereta ni masuk imegresen. Siapkan passport. Tapi jika nak shopping Rantau Panjang, susur kiri dan terus. Nanti sampai lokasi yang dituju.


Aku tak pergi Golok sebab takut nanti kena bom. So aku pergi Rantau Panjang jer. Jam dah 6 petang. Kedai pun dah banyak yang tutup. Aku bersyukur sebab sampai time cenggini. Maka, xperlu la aku berbelanja. Yeaahhhh.......

Sebenarnya, aku plan hanya nak pergi masjid jer. Then patah balik untuk ke masjid dan pantai. Tapi dah terpergi Rantau Panjang pula. Hmmmmm.....

Jam 7 aku dah bergerak balik semula ke Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa hampir sejam untuk sehala ok. Aku solat Maghrib di Masjid Muhammadi. Hujan turun membasahi bumi Kota Bharu. Aku pulang ke hotel untuk berehat........

Malam? Hmmmm.....mulanya fikir nak rehat jer but my friend mesej bertanyakan aktiviti malam. Beliau mencadangkan downtown USM. Owh.....ada meh...!!! Tapi kurang bernasib baik kerna macam tak ada jer. Takpe. Beliau bawa aku ke Pantai Cahaya Bulan untuk merasai Maggi Ketam. Dalam blog2, ramai yang cadangkan. Ok kita cuba.



Keadaan lengang jer mlm tu di sekitar kedai-kedai makan. Mungkin sebab hujan kot. Kawasan pun agak becak. Kami order 1 jer Manggi Ketam. Yang penting tak nak sayur. Perasaan pabila makan, macam makan maggi dan ketam. Hahahahahaha....... herge RM16. Wow......... ok. Member cakap, itu memang harga standard.

Selesai makan, member bawa tunjukkan kedai kopi yang terkenal tu berhampiran Masjid Muhammadi. Esok aku nak bekpes kat sini. Akhir sekali, member tunjukkan jalan nak ke Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Niat, esok Subuh aku nak solat sana sebab nak jumpa Tuan Nik Aziz. In shaa Allah.......

11.6.14

--- Hari Pertama - Lamanya Perjalanan ke Kota Bharu ---

Fuuhhhhhh....!!! Nak mulakan ayat entry ni pun dah bernafas panjang sbb masih memikirkan perjalanan yang jauh tadi.

Ok2.... Positif2...... Kelantan menjai lokasi bercuti untuk kali ini. Asalnya nak pergi Tasik Segera Anak, tiket mahal. Nak pergi Bandung pun tiket mahal. Sambil tu dok selak-selak majalah Libur. Ternampak pasar Siti Khadijah. Yaaaaa..... Why not Kelantan jer kan. Yes... Idea is coming. Cergas lalu kita.

Sebelum bergerak, aku dah semak hotel-hotel baget dan lokasi-lokasi menarik untuk di lawati. Hmmmm....xbanyak sangat. Boleh la. Takpe, yang penting niat yang baik. Kihkihkih....

Aku mula bertolak dari Putrajaya sekitar jam 8.00 pagi lebih. Berpandukan peta jer. Aku mana reti jalan-jalan nih. Dah masuk Gombak. Then ada 2 jalan samada melalui Karak Highway or Bentong. Usha dalam peta, Bentong macam dekat. MACAM DEKAT....!!!

Masa dok drive2 tu, tetiba ternampak signboard BENTONG. Terus belok untuk parking. Apa lagi, acara bergambar la. Nak selfie sebenarnya tapi orang macam ramai plak kat Bentong nih. Biasa la orang Mesia ni tak boleh tengok pelik2. Kejap lagi kompom hon. Haish....!!!


Owh ya.....masa otw tu, ternampak signboard Fraser Hill. Aku laju jer belok. Tetiba terfikir, eh! macam jauh jer Fraser Hill. Aku patah balik. Tanya orang. Katanya hampir sejam gak. Then kena keluar balik untuk ke Kelantan. Aaaaaaaaaaa.....terus cancel.
 

Oooooooo....rupa2nya, di sini lokasi IPGM Ampuan Afzan. Dulu sebelah jer dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu. Then maktab ni berpindah. Ada kisah ker? Owh...xder apa2 kisah pun dengan maktab nih. Awek pun tak ada kaitan. Hahahahahaha.....


Ok, aku dah mula perjalanan ni sangat2 lama ok. Tengok jarak Kuala Lipis pun, bukan main jauh lagi nih. Kota Bharu la la beratus-ratus.

Perjalanan menjadi sangat lama ditambah dengan kenderaan berat yang banyak . Jalan ni dah la berbukit. Adoi la..... Keta berduyun-duyun beratur. Dah lepas potong satu, ada lagi depan. Potong, ada lagi depan.....dan depan...dan depan...depan...depan......



Aku terlihat sighboard Taman Negara Sg Relau. Yeaaahhhhh...!!! Gunung Tahan via Merapoh. Semangat datang kembali kerna aku nak singgah. Hihihihihihi........

Untuk info, Merapoh merupakan entrance kepada Taman Negara Sg Relau. Sg Relau pula merupakan pintu masuk kepada pendakian menuju puncak Gunung Tahan. Selain Sg Relau, satu lagi pintu masuk ialah di Kuala Tahan.




Aku drive sampai boring dan singgah di Rehat dan Rawat Gua Musang. Benti solat dan makan. Arghhhhhh.......... lama tahap giler nih. Time ni sekitar 3.30 petang.


Memasuki Kota Bharu, aku terpandang McD. Eh...!!! Mati-mati aku ingatkan kat Kelantan tak ada McD ok...serius. Ada rupanya....ok2.... Aku rasa macam jumud plak pemikiran aku nih. Hahahahahahahahaahaha.......

Hampir Maghrib, barulah aku sampai di Kota Bharu. Berpandukan map, aku sampai di KB Backpackers Inn. Check in. Single Room habis. So dia bagi double tapi diskaun. Katanya sbb muka aku macam bukan orang sini. Ensem katanya. Waaaaa....bertuahnya aku. Korang mampuuuu...!!!
Hahahahahaha....gurau jer.

Tapi masa aku chechk melalui Agooda.com, gambar hotel ni lebih cantik. Tapi bila sampai, jauh berbeza. Hmmmmmm.....

Harga bilik ni asal RM35. So diskaun RM5. Dua malam RM60. Nilah biliknya. Mesti ada yang cakap, eeeeeeeee......macam buruk jer. Nak selesa, p balik umah la. Umah korang sendiri pun tak kemas. Hahahahaha.......

Bagi aku ok jer. Alaaaa....alam hutan pun boleh tidur. Aku rehat dan tertidur sekejap. Bangun.....persiapan diri dan menuju ke Wakaf Che Yeh.



Wakaf ni macam bazar la. Jual2 itu ini. Hmmmmm....tak menarik sangat. Barang pun mahal jer. Hmmmmm......

Balik tidur.....zzzzzzz

16.5.14

--- Stress....Stress...Stress..... Pihak Atasan Minta Entry di Padamkan ---

Baru2 ini aku dengan gigih dan komitted seperti biasa, mengeluarkan satu entry. Ia berkaitan sebuah jabatan. Ye lah aku kan as photographer as usually bila ada sebarang event. Event ni dihadiri oleh pihak atasan. Atasan mana? Ada la. Hihihihihi...... bla...bla...bla.....
 
Then, aku pun edit dan gigih dalam kesiputan internet, publish la that artikel. After 3 hari, aku terima satu mesej from my bos as me to remove that entry. Reason is, takut orang luar manupulate or boleh menimbulkan kontroversi. Katanya. Lagi alasannya, ada hamba Allah ni akan tergugat dari segi kenaikkan pangkat.
 
Ok, aku pun dengan berat hati dan sentap, menarik balik entry tersebut. Aku buat satu lagi entry yang memberitahu penarikbalikkan entry tadi. Tengah malam ok!Tengah malam, aku dapat mesej from my bos meminta, 'pemberitahuan' itu pun kena remove. Aku baca mesej dan buat tak tahu. Aku mcm malas nak layan. Then dapat lagi mesej susulan berkaitan perkara tersebut. Lalu, aku pun tarik balik juga. Hmmmm....
 
Semua perkara ini bukan kehendak bos aku tapi bos aku punya bos. Ada 2 kali bos lagi atas bos aku ni. Paling terkejut dan aku tak sangka, entry itu mendapat view paling banyak hanya dalam masa 3 hari. HOT sangat isu tu. Hahahahaha.....
 
Aku sebenarnya tak kisah tapi bila dia bagi alasan bahwa menggugat kenaikan pangkat tu yang buat aku nyirap. Buat apa nak takut artikel tu. Kalu ko buat kijer betul dan jujur, nothing to worry. Tapi, takpalah. Biarlah kan.....Hmmmm........
 
Actually, aku ..........hahahahaha...jeng...jeng...jeng......

27.4.14

--- Berkayak dari Tg Leman - Pulau Sibu - Pulau Tinggi - Return ---

How to start this entry ek? Ok, aktiviti kali ni di ajak oleh my member iaitu Ery dan Daus. Aku pun dah lama tak ada xtvt, mempertimbangannya. Ok, count me in.

Aku tersalah mengira tarikh menyebabkan aku tidak dapat join kayak di awal xpdc dari Tanjung Leman. Aku join diaorg ni di Pulau Tinggi. Why ? Panjang la nak story. Tak per, tak penting sangat.

Aku just story dari apa yang aku tahu jer. Secara detail, tak tahu sebb aku dah tak mula dengan diaorang dari mula. Mungkin ada maklumat yang sedikit salah. Maka maafkan saya.


25 April 2014
Aku mula tunggu di Pulau Tinggi sekitar jam 11.00 pagi. Setiba aku di sana, belum kelihatan kelibat mereka. Jika ikut perkiraan, sepatutnya mereka dah sampai sebab ikut jadual, jam 6 pagi mereka akan mula bergerak.

Alhamdulillah, aku selesai solat Jumaat. Hmmmmmm.....mana diaorang nih?




Pailang....









Jam 2.30 petang, kelihatan bot Marin Penyengat tiba di Pulau Tinggi dengan membawa kayak. Dari jauh, aku lihat dan memikirkan tentu ada sesuatu yang menyebabkan mereka lambat. Takpe-takpe...tenang-tenang.

Aku menyambut ketibaan my friend, Ery dan Zaid. W E L C O M E to Pulau Tinggi....

Rehat sebentar kemudiaan, kami sama-sama mendirikan khemah sementera menunggu satu lagi trip kayak ditunda ke sini.

Di mana kami bermalam? Yup, dengan jasa baik pihak Marin, kami diberi kebenaran menggunakan kawasan balai. Syukur, alhamdulillah....




Setelah team kedua sampai, ada sedikit isu di mana, seorang peserta HILANG. O M G .....!!!

Team Leader memanggil dan...bla....bla....bla...... ok suasana sedikit cemas. Hasil siasatan mendapati, peserta tersebut tertinggal di Pulau Sibu. Malam ini, dia akan bermalam di sana. Di balai polis Marin Pulau Sibu.










17.4.14

--- Pulau Dayang, Pulau Aur ---

Mandi manda di Pulau Dayang sangat ditunggu-tunggukan. Ajakan seorang teman, tidak aku tolak. Pulau Dayang merupakan salah satu daripada 3 pulau yang terdapat di Pulau Aur. 2 lagi pulau lain ialah Pulau Lang dan Pulau Pinang.

Semasa tiba di sini, kelihatan jetinya sudah rosak. Bahagian tengahnya sudah roboh. Menurut penduduk kampung, ia roboh akibat ribut pada hujung tahun 2013. Ketika itu monsun. Aku sempat bertanya, bilakah ia akan diperbaiki? Menurut mereka, jeti tersebut tidak dibaiki malah akan dirobohkan.

Di pulau ini terdapat chalet yang diusahakan oleh En. Mohd Tahir. Dahulu, kepulauan ini tidak putus-putus menerima kunjungan penyelam-penyelam. Namun, sejak 1 September 2013, Pulau Dayang ini sunyi. Bukan sahaja pulau ini, malah chalet-chalet lain juga tidak menerima pelancong. Seterusnya, pendapatan penduduk terjejas teruk.

Untuk informasi, Pulau Aur terkenal dengan aktiviti selam. Kebanyakkan pelancongnya adalah warganegara Singapura.

Takpelah, nak komen banyak-banyak pun, aku bukan orang sini. Semoga apa yang berlaku, ada hikmah daripada Allah.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...