Wednesday, June 11, 2014

--- Hari Pertama - Lamanya Perjalanan ke Kota Bharu ---

Fuuhhhhhh....!!! Nak mulakan ayat entry ni pun dah bernafas panjang sbb masih memikirkan perjalanan yang jauh tadi.

Ok2.... Positif2...... Kelantan menjai lokasi bercuti untuk kali ini. Asalnya nak pergi Tasik Segera Anak, tiket mahal. Nak pergi Bandung pun tiket mahal. Sambil tu dok selak-selak majalah Libur. Ternampak pasar Siti Khadijah. Yaaaaa..... Why not Kelantan jer kan. Yes... Idea is coming. Cergas lalu kita.

Sebelum bergerak, aku dah semak hotel-hotel baget dan lokasi-lokasi menarik untuk di lawati. Hmmmm....xbanyak sangat. Boleh la. Takpe, yang penting niat yang baik. Kihkihkih....

Aku mula bertolak dari Putrajaya sekitar jam 8.00 pagi lebih. Berpandukan peta jer. Aku mana reti jalan-jalan nih. Dah masuk Gombak. Then ada 2 jalan samada melalui Karak Highway or Bentong. Usha dalam peta, Bentong macam dekat. MACAM DEKAT....!!!

Masa dok drive2 tu, tetiba ternampak signboard BENTONG. Terus belok untuk parking. Apa lagi, acara bergambar la. Nak selfie sebenarnya tapi orang macam ramai plak kat Bentong nih. Biasa la orang Mesia ni tak boleh tengok pelik2. Kejap lagi kompom hon. Haish....!!!


Owh ya.....masa otw tu, ternampak signboard Fraser Hill. Aku laju jer belok. Tetiba terfikir, eh! macam jauh jer Fraser Hill. Aku patah balik. Tanya orang. Katanya hampir sejam gak. Then kena keluar balik untuk ke Kelantan. Aaaaaaaaaaa.....terus cancel.
 

Oooooooo....rupa2nya, di sini lokasi IPGM Ampuan Afzan. Dulu sebelah jer dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu. Then maktab ni berpindah. Ada kisah ker? Owh...xder apa2 kisah pun dengan maktab nih. Awek pun tak ada kaitan. Hahahahahaha.....


Ok, aku dah mula perjalanan ni sangat2 lama ok. Tengok jarak Kuala Lipis pun, bukan main jauh lagi nih. Kota Bharu la la beratus-ratus.

Perjalanan menjadi sangat lama ditambah dengan kenderaan berat yang banyak . Jalan ni dah la berbukit. Adoi la..... Keta berduyun-duyun beratur. Dah lepas potong satu, ada lagi depan. Potong, ada lagi depan.....dan depan...dan depan...depan...depan......



Aku terlihat sighboard Taman Negara Sg Relau. Yeaaahhhhh...!!! Gunung Tahan via Merapoh. Semangat datang kembali kerna aku nak singgah. Hihihihihihi........

Untuk info, Merapoh merupakan entrance kepada Taman Negara Sg Relau. Sg Relau pula merupakan pintu masuk kepada pendakian menuju puncak Gunung Tahan. Selain Sg Relau, satu lagi pintu masuk ialah di Kuala Tahan.




Aku drive sampai boring dan singgah di Rehat dan Rawat Gua Musang. Benti solat dan makan. Arghhhhhh.......... lama tahap giler nih. Time ni sekitar 3.30 petang.


Memasuki Kota Bharu, aku terpandang McD. Eh...!!! Mati-mati aku ingatkan kat Kelantan tak ada McD ok...serius. Ada rupanya....ok2.... Aku rasa macam jumud plak pemikiran aku nih. Hahahahahahahahaahaha.......

Hampir Maghrib, barulah aku sampai di Kota Bharu. Berpandukan map, aku sampai di KB Backpackers Inn. Check in. Single Room habis. So dia bagi double tapi diskaun. Katanya sbb muka aku macam bukan orang sini. Ensem katanya. Waaaaa....bertuahnya aku. Korang mampuuuu...!!!
Hahahahahaha....gurau jer.

Tapi masa aku chechk melalui Agooda.com, gambar hotel ni lebih cantik. Tapi bila sampai, jauh berbeza. Hmmmmmm.....

Harga bilik ni asal RM35. So diskaun RM5. Dua malam RM60. Nilah biliknya. Mesti ada yang cakap, eeeeeeeee......macam buruk jer. Nak selesa, p balik umah la. Umah korang sendiri pun tak kemas. Hahahahaha.......

Bagi aku ok jer. Alaaaa....alam hutan pun boleh tidur. Aku rehat dan tertidur sekejap. Bangun.....persiapan diri dan menuju ke Wakaf Che Yeh.



Wakaf ni macam bazar la. Jual2 itu ini. Hmmmmm....tak menarik sangat. Barang pun mahal jer. Hmmmmm......

Balik tidur.....zzzzzzz

2 comments:

  1. baru pergi kb wekend lepas... kelantan ni tempat best untuk makan-makan. try la carik.. magie ketam ke, roti titab ke, nasi ulam cikgu ke, nasi kak wok ke... plus, masjid-masjid kat sana pun cantik. tapi aritu sempat makan maggie ketam n pegi masjid beijing jek.. yg lain, xsempat nak pergi sebab xcukup masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm...semuanya makanan jer nih....hahahahahaha....saya cuba. Tak minat makan2 nih...... ok...masjid beijing kena pergi lah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...