12.6.14

--- Hari Kedua Pasar Siti Khadijah, Muzium Negeri, Masjid Beijing, Rantau Panjang dan Maggi Ketam ---

Hari kedua di Kota Bharu. Tak awal sangat aku gerak keluar. Jam sekitar 9.00 pagi, aku melangkah turun. Misi hari ni ialah Pasar Siti Khadijah yang terkenal tu. Itulah tujuan aku datang KB nih. Lepas tu dah boleh balik sebab misi dah tercapai. Hahahahaha......

Dari hotel tak jauh berjalan kaki menuju ke pasar ini. Landmark dia Giant. Dalam 10 minit dah sampai. Aku tak pusing-pusing sangat dalam tu kerna tak ada tujuan. Pasar ni bagi kaum perempuan dan mak-mak, suka la tempat-tempat cenggini. Pasar ni lebih kurang macam Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Pasar Payang. So, tak ada yang awesome pun. Yang awesome pun yang warna-warna dalam pasar tu jer.

Aku hanya masuk, cari port nak snap pic. Then aku gi makan. Simple......











Feeling ketika berjalan-jalan di Kelantan ni, seolah-olah macam suasana di Indonesia. Hmmmmm.... Bukan sebab ada warga Indo. Tapi feeling dengan melihatkan suasana Kota Bharu ni sendiri. Susah nak cakap. Ada masjid-masjid besar, kaedah berniaga, suasana rumah-rumah....dan macam-macam lagi. Abaikan......

Selesai makan aku gerak ke Muzium Negeri. Sinonim orang akan kaitkan muzium dengan lawatan sekolah. Tidak bagi aku. Walaupun muzium negeri Kelantan ni tidak lah best sangat, tp info tentang Kelantan, ada di situ.

Masa aku masuk muzium tu, memang tak ada orang pun. Aku jer. Pastu baru ada satu keluarga masuk. Hahahahahahaha..........

Ok masa untuk balik ke hotel. Aku nak balik tidur, ambil berkat sunnah tidur sebelum Zohor.

Selesai Zohor, aku mengatur kembali agenda. Aku mula atur dalam map seperti Masjid Muhammadi, Masjid Cina, Istana Jahar, Pantai Cahaya Bulan dan Buddha Temple.

Buddha Temple kat Tumpat. Macam jauh plak. So, skip jer lah. Aku terus ke Rantau Panjang sebab nak melawat Masjid Cina atau dikenali juga Beijing Mosque. Berpandukan map pada smartphone, aku tiba di masjid tu waktu Asar. Masa tu, awan hitam memenuhi ruang angkasa. Hujan rintik-rintik. Waktu Asar masuk. Aku join solat walaupun aku dan jama' tadi. Takper, dapat lagi 10 ganjaran. Alhamdulillah.....

Cuma aku tertanya-tanya, apa sejarah pembinaan masjid dengan senibina ini? Hmmmm.... Google jerrr......









Masa lihat dalam map, ada tulis Sungai Golok. Aku pun macam, owh....... ni dah sempadan dengan Thailand nih. Aku pun meneruskan sedikit lagi perjalanan sehingga nampak pintu gerbang imegresen. Berpandukan maklumat orang tempatan yang aku bertanya, jika nak ke Golok, beratur dengan kereta-kereta ni masuk imegresen. Siapkan passport. Tapi jika nak shopping Rantau Panjang, susur kiri dan terus. Nanti sampai lokasi yang dituju.


Aku tak pergi Golok sebab takut nanti kena bom. So aku pergi Rantau Panjang jer. Jam dah 6 petang. Kedai pun dah banyak yang tutup. Aku bersyukur sebab sampai time cenggini. Maka, xperlu la aku berbelanja. Yeaahhhh.......

Sebenarnya, aku plan hanya nak pergi masjid jer. Then patah balik untuk ke masjid dan pantai. Tapi dah terpergi Rantau Panjang pula. Hmmmmm.....

Jam 7 aku dah bergerak balik semula ke Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa hampir sejam untuk sehala ok. Aku solat Maghrib di Masjid Muhammadi. Hujan turun membasahi bumi Kota Bharu. Aku pulang ke hotel untuk berehat........

Malam? Hmmmm.....mulanya fikir nak rehat jer but my friend mesej bertanyakan aktiviti malam. Beliau mencadangkan downtown USM. Owh.....ada meh...!!! Tapi kurang bernasib baik kerna macam tak ada jer. Takpe. Beliau bawa aku ke Pantai Cahaya Bulan untuk merasai Maggi Ketam. Dalam blog2, ramai yang cadangkan. Ok kita cuba.



Keadaan lengang jer mlm tu di sekitar kedai-kedai makan. Mungkin sebab hujan kot. Kawasan pun agak becak. Kami order 1 jer Manggi Ketam. Yang penting tak nak sayur. Perasaan pabila makan, macam makan maggi dan ketam. Hahahahahaha....... herge RM16. Wow......... ok. Member cakap, itu memang harga standard.

Selesai makan, member bawa tunjukkan kedai kopi yang terkenal tu berhampiran Masjid Muhammadi. Esok aku nak bekpes kat sini. Akhir sekali, member tunjukkan jalan nak ke Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Niat, esok Subuh aku nak solat sana sebab nak jumpa Tuan Nik Aziz. In shaa Allah.......

2 comments:

  1. terbaik!! bestnyer pegi time xramai orang.. puas hati nak berjalan-jalan. nie ben stay bile ni?? ade singgah putrajaya balik tak?? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually dah balik pun ke mersing pada keesokkan harinya iaitu pada 12 jun.......hihihihihihi....... apapun tq sbb membaca blog saya....hihhihiihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...