12.9.14

--- Hari Pertama : Trus Madi via Sinua Trail ---

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terlebih dahulu, sebelum memulakan log kali ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberi ruang, masa, kudrat dan segalanya sehingga berjaya menjejakkan kaki di puncak kedua tertinggi selepas Gunung Kinabalu. Alhamdulillah.......

Memulakan catatan, trip kali ini sebenarnya tidak ada dalam wishlist. Atas ajakkan seorang teman, aku pun joinlah sebab ok jer. Selama ini pun, memang tak pernah ada buat wishlist gunung pun. Orang ajak jer, jalan. Hihihihihi......

11 September 2014, selepas habis kijer, aku pun drive dengan gigih menuju ke Putrajaya sebab semua kelengkapan ada di sana. Drive dari mana? Owh...! Aku dari Mersing sebab rezeki di sana. Hihihihihi...
Flight aku jam 0750, 12 September. Sambil drive tu memang cemas gak la sebab takut tak sempat. Tapi alhamdulillah....sempat.

Dari Putrajaya Sentral sekitar jam 2330. Last train is 0100. Fuhhhhh......selamat aku. Semasa menunggu tu, aku ternampak seseorang yang agak familiar wajahnya. Macam pernah trekking sama tapi tak hinggat. Aku pun tegur. Bersoal jawab :

Aku : Assalamualaikum...macam pernah tengok dan rasa macam pernah trekking sama.
Dia : Mungkin. Ni nak pergi mana?
Aku : Trus Madi, Sabah.
Dia : Owh...!!! Trip ngan group Amir?
Aku : Betul.
Dia : Sama la kita........ Zul.
Aku : Ben

Hahahahahaha......

Bersama-sama dengan Zul, ada seorang gadis, Efy.

Kami pun menuju ke KLIA 2. Azizah dah ada di sana. Terlalu awal, maka kami pun rehat di surau jer dulu.  Around jam 0400, kami gerak keluar sebab Efy punya flight awal. Jam 0600 kot. If I'm not mistake. Efy akan fly dulu dan akan menanti kami di sana. Sementara menunggu tu, sempat la berjumpa dengan beberapa kenalan Zul yang akan menuju ke Sabah juga. Hmmmmm......macam musim plak kali ni. Semua nak ke Sabah. Hahahaha...

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC
SONY DSC

23.8.14

--- Mencari Ketenangan di Pulau Aur ---

Jauh dari keserabutan bandar dan kota. Jauh di tengah Laut China Selatan. Inilah Pulau Aur. Terletak dalam kawasan Taman Laut Iskandar, Mersing, Johor. Pulau ini mungkin kurang dikenali oleh orang-orang biasa, namun ianya dikenali dikalangan kaki-kaki pancing.

Penduduknya tidak ramai. Boleh bilang dengan jari. Sumber ekonomi masyarakatnya adalah hasil laut dan pelancongan. Namun sejak akhir-akhir ini, mereka mengeluh kerana sumber ekonomi mereka ini seolah-olah disekat. Aku sendiri pun sukar memahami. Ye lah, aku pun bukannya orang sini. Sekadar menjadi pendengar luahan perasaan mereka.

Semoga mereka tabah.

DSC05505

DSC05507

DSC05509

DSC05512

DSC05513

DSC05514

DSC05515

DSC05516

DSC05517

DSC05519

DSC05520

DSC05530

27.7.14

--- Jom Shopping di Bazar Ramadhan Pekan Rabu ---

Ingatkan dah tak sempat nak jalan-jalan shopping di bazar ni. Maklumlah, kerja jauh. Dikesempatan balik awal ke kampung ni, jom jalan-jalan. Sebenarnya, objektif petang ni, aku nak shoot gambar orang jual kuih. Mereka akan berteriak 3 = RM10….. 3 = RM10…….. Depa ni buat jualan penghabisan stock katanya. Nostalgia sangat. Masa dulu-dulu, time raya, mesti datang dan tengok kemeriahan jualan. Hahahahahha….. Tapi sayangnya, tak dapat sebab macam dah takder. So pic-pic yang tak seberapa ni je lah yang ada.

DSC04995
DSC04997
DSC04998
DSC05000
DSC05003
DSC05004
DSC05006

23.7.14

--- Bazar Ramadhan Mersing ---

Assalamualaikum...... hai....salam bazar Ramadhan. Hihihihi..... Ramadhan dah hujung-hujung dah. Ni baru aku berkesempatan menjengok bazar. Al maklum la, area tempat kerja tak ada bazar-bazar nih. Yang ada lautan membiru jer.

Tak per, tak penting pun. Di kesempatan berada di darat nih, aku pun jalan-jalan bazar Ramadhan area Mersing. Tak salah aku, ada 2 bazar Ramadhan kat Mersing nih. Satu yang kat Tunas Manja (seperti dalam gambar2) dan satu lagi kat area Tanjung. Tapak pasar malam.

Untuk petang ni, aku pergi yang berdekatan dengan Tunas Manja. What so special about bazar ni sampai nak masuk blog bagai? Owh...! Soalan ke nih? Ok2.......sebenarnya memang tak ada yang menarik pun. Tak ada nama kuih muih yang mencarut. Tak ada yang pelik-pelik. Semuanya normal.

Aku kan banyak masa, so aku sesaja ja tulis. Saja kasi hidup blog ni. Selain itu, nak shared with outsider of Mersing. Korang jangan tak percaya, bahwa, ada orang tak tahu pun Mersing tu negeri mana?

Hasil tangkapan jalan-jalan bazar kali nih, aku hanya beli roti John ayam, RM2 sahaja. Malas beli. Oklah, nak ending kan entry ni, aku ucapkan selamat berbuka....... hihihihihi




Sangat laku beriani kambing diaorg nih

Yang ni lagi rileks, sebelum jam 6 dah settle jualan. Lagi laku...hihihihi

19.7.14

--- Projek Meriam Buluh ---

Ok, petang ni kami berempat mendaki bukit untuk mencari buluh. Nak buat lemang ek? No….no….no…..lemang beli jer tepi jalan. Banyak kedai lemang. Kalu kita buat sendiri, nanti ekonomi diaorang terganggu.

Buluh yang kami nak cari ni nak buat meriam buluh leeerrrrr…… hihihihihi……. Kami mula mendaki sekitar jam 5.30 petang. Setengah jam kemudian, kami sampai di kebun Air Parak. Ni kebun durian sebenarnya. Durian dah dihujung-hujung. Untuk rekod, aku berbuka dengan makan durian selama 21 malam sepanjang Ramadhan tahun ini tanpa miss. Hihihihi……..

Ok, kami pun tebang buluh dan bawa turun. Perjalanan turun mengambil masa 15 minit jer. Semua berlari turun. Masa naik tadi bukan main pancit. Oklah, nnt hasil meriam tu, aku report kat entry yang akan datang k. SELAMAT BERBUKA……

DSC04822 3
DSC04824 3
DSC04827 3
DSC04828 3
DSC04829 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...