15 September 2014
Okay, untuk entry hari keempat ni, mungkin ada rakan-rakan yang tidak turut serta sebab destinasi dah ikut haluan masing-masingkan. Tapi takper, aku shared jugak la kan.
Entry ini merupakan kesinambungan dari Trus Madi juga, cuma ada lanjutan jer k. Jom baca….
Trus Madi punya trip dah settle. Hari ini punya program adalah bebas. Mungkin ada yang nak pergi mandi pantai, nak pergi shopping, Kudat, poring, white water rafting, nak pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….mana-mana lah.
Merujuk pakej yang ditawarkan oleh Outerrange Adventure, selepas mendaki gunung, rileks-rileks di Tempurong Seaside Lodge. Namun begitu, peserta ada pilihan untuk tidak mengikutinya. Boleh pergi mana yang hampa suka. Aku nak mudah, maka follow the leader jer. Hihihihi…..
Packing bawa keperluan jer. Haversack tak perlu bagi tujuan save ruang dalam van. Kalu semua nak bawa, nanti kena tambah satu lagi van dan kos bertambah. Aku cadangkan pada Amir supaya rekod ucapan tu dan apabila orang lain tanya, play balik jer. Bernas tak? Yes, it is.
Eg, awal-awal pagi dah bersiap bergerak menuju ke bus ditemani Man. Dari jendela atas, aku melihat mereka berjalan berpayung dalam hujan menuju ke Padang Merdeka. Haaaaaaa…….. cerita aku macam drama tak? Haruslah…..
Breakfast dulu di ‘kedai harga patut’…..
Around jam 1000, van sampai. Kami pun bergerak…. Berikut adalah mereka yang join ke Tempurong; Amir, Sem, Acap, Man, Zul, Aku, Emy, Efi, Aini, Azizah, Faila dan Dayah. Harga tambang RM33/seorang.
2 jam perjalanan, kami tiba di Pekan Kuala Penyu. Beli ration. Bawang pun dah nampak epal. Hikhikhik…. Sambung lagi dalam 10 minit lagi, kami pun tiba di Tempurong Sesaside Lodge.
Dalam van, Amir dah tunjukkan beberapa keping gambar berkaitan keindahan suasana matahari terbenam. Waaaaaaaa……haruslah terujakan. Yeeaaahhhh….!!!
Suasana resort bersih dan cantik. Keadaan pantainya agak berangin dan berombak tinggi. Sesuai untuk surfing board activity. Nak bandingkan dengan Pulau Aur, memang jauh la kan. Hihihihi….. Resortnya pula memang nice. iLike sangat. Tenang dan damai. Sangat-sangat rekemended.
Ketibaan kami sedia disambut dan makanan tengah hari dalam proses. Kami membuat pendaftaran masuk. Setiap bilik 2 orang.
Hidangan tengah hari telah siap dihidang. Apalagi, makan la kan.
Hidangan tengah hari resort ni memang terbaik. Tak rugi beb. Gambar terlupa snap sedap asyik sangat dengan makanan yang dihidangkan.