3.6.15

--- Annapurna Base Camp 6 ---

03 Jun 2015… Hari ke dua di ABC. Selamat pagi ABC… Kesejukan menyebabkan malasnya nak bangun dan nak keluar dari selimut. Tapi aku gagahi jua sebab dah tak tahan nak kencing.

Bilik air guest house yang kami duduk ni plak tak ada pili. Air kalau habis, nanti diaorang isi. So nak ambil wuduk tak ada. Arghhhh…!!! Aku pun terfikir sungai kecil kat luar. Terpaksa tanggalkan baju sejuk bagai. Ambil wuduk. Perghhhhhh…..sejuk dia sampai kebas dan tak rasa apa-apa tangan semua. This not joke.

Alhamdulillah…yang fardhu berjaya ditunaikan.

Di dinning room ni terdapat satu artikel tentang seorang individu yang dikenali Anatoli Boukreev. Warganegara Rusia. Beliau meninggal dunia dalam tragedi salji runtuh semasa mendaki Annapurna 1 peak pada 25 Disember 1997. Usia beliau ketika itu 39 tahun. Beliau ni jenis suka mendaki secara solo. Beliau juga dikatakan tidak menggunakan tabung oksigen pada ketinggian 8000 meter. Beliau berjaya menawan 18 puncak yang berketinggian 8000 meter antara tahun 1989 hingga 1997. Dalam 18 puncak itu, beliau berjaya menawan Everest sebanyak 4 kali. Banyak lagi info tentang beliau berkaitan isteri dan anak beliau, boleh google ok. Jangan nak malas sangat.

Lepak di dining room sambil tunggu breakfast. Sementara tu bersedia dengan kamera. Layan view dan snap pic warna keemasan takkala cahaya matahari menyinari puncak-puncak Annapurna Range.

Ok, just shared a info, dari ABC ni kita dapat melihat banyak puncak-puncak. Puncak paling tinggi dikenali Annapurna 1 (8091 meter). That why, basecamp ni diberi nama Annapurna Base Camp. Puncak lain adalah seperti Bharha Chuli juga dikenali Annapurna Fang (7647 meter), Annapurna 3 (7555 meter), Annapurna South (7219 meter), dan banyak lagi.

DSC05246

DSC05247

DSC05248

DSC05249

DSC05250

DSC05251

2.6.15

--- Annapurna Base Camp 5 ---

02 Jun 2015… Semalam tidur tak nyenyak. Rasanya aku terjaga 5 kali lebih. Tidur…jaga…tidur…jaga…tidur…jaga… Sejuk la katakan. Kalau nak kencing, memang tahan sampai pagi. Bukannya apa, kalau buka jer blanket tu, memang sejuk giler. Hidung aku macam biasa bila sejuk melampau, akan berdarah. Jerol? Tak dengar bunyi apa-apa pun. Tidur nyenyak la tu. Mmmmm…

Ambil wuduk, solat Subuh dan terus pengurusan diri. Tak ada masa nak termenung-menung ni. Termenung tu kira power la sebab dapat serap sejuk. Hahahaha…

Belom sempat Hari datang sebut ‘breakfast ready’, kami dah bersiap sedia di dining room. Kelihatan pendaki Singapore tu dah nak berjalan bersama dengan potternya. Mat salleh tu lagi la awal. Kami pun dah tak nampak dia pagi tu. Dia mendaki secara solo tanpa potter. Omputih memang cenggitu. Hmmm…

Menu pagi ni roti gurung, sup cendawan dan black tea. Hari ni kami mendaki lebih awal dari biasa. Jam 6.30 kami dah siap dan mula bergerak.

Destinasi hari ini pastinya Annapurna Base Camp. Horeeeeyyyyy…!!!

Sebelum gerak, jangan lupa bayar duit wifi (Rs 300) ok. Bagi yang tak ada air masak (Rs 150), isi siap-siap.

DSC05145

DSC05146

DSC05149

IMAG3001 copy

Kelajuan potter berjalan menyebabkan kami lost trek sedikit. Tercari-cari trek mana yang di lalui potter. But, dengan adanya Jerol, kami bangkit semula dan menjumpai laluan. Syukur.

Menyaksikan sungai yang begitu deras airnya terasa kagum dan sedikit gerun.

Pendakian hari ini semakin mencabar. Bukan trek yang menjadi halangan utama tetapi ketinggian dan suhu. Hari ni aku pakaian baju lebih satu lapis lagi kerna sejuk menggigit. 3 lapis la maknanya.

Pemandangan? Terlalu sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Begitu indah. Tak sangka aku diberi peluang untuk melihat keindahan dan kuasaan Mu. Ini baru sedikit yang diperlihatkan. Allahhuakhbar…

Sepanjang trek menuju ke ABC ni, trek dari Duerali tu MBC paling aku suka. Yup…….paling suka. Sebab? Sebab ada sungai dan ….dan….dan…dan….owh….tak tau nak cakap apa. Memang suka. Photoshoot kat sini pastinya superb. Kiri kanan gunung yang besar. Then ada sungai di bawah dan tengah-tengahnya. Arghhhhhh……….cantek giler.

1.6.15

--- Annapurna Base Camp 4 ---

01 Jun 2015… Bangun Subuh dan membuat pengurusan diri. Pastu keluar bilik layan view sambil snap-snap gambar. Semalam view petang, ni view pagi. Lain maaaaaa…

Pastu tunggu Hari panggil, ‘breakfast ready’. Hahahaha…. Kadang-kadang belum sempat dia sebut, kami dah ajuk. Dia pun tergelak. Hahahaha….. Nampak tak kemesraan kami. Begituuuuu…

Sarapan pagi ini ialah roti planta yang telah di bakar dan sup potato serta teh panas. Sedap menu pagi ni. Tapi sayang, potionnya sikit. Roti dua keping jer. Mohon makan berat next time. Ye la, guna tenaga maaaaa… Owh, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan bayaran sendiri. Hahahahaha……yang diorder ni berdasarkan baget company. Begituuuuuu…

Macam selalu, jam 8.00 pagi, kami dah gerak.

IMAG2924

DSC05065

DSC05066

IMAG2925 copy

IMAG2926 copy

IMAG2928

31.5.15

--- Annapurna Base Camp 3 ---

*Gambar disnap menggunakan 2 kamera, A77 dan HTC 1 Max. So akan kelihatan 2 perbezaan kualiti. Harap maklum.

31 Mei 2015… Subuh seawal jam 4 pagi, menjadikan kami kena bangun awal. Sambil tu buat pengurusan dan kedengaran, ‘breakfast ready’. Selain itu, memang niat bangun awal nak tengok view. Alhamdulillah….superb. Masya-Allah…!!! Wajib bergambar.

Macam biasa, kemas-kemas barang. Barang yang nak diberi potter akan dimasukkan dalam beg yang telah disediakan. Pagi ni kami saksamakan berat beg tersebut sebab semalam salah satu beg potter terlebih berat. Kesian…

IMAG2862 copy

IMAG2863 copy

DSC04946

IMAG2865

IMAG2866 copy

IMAG2868

IMAG2867

Meneruskan pendakian… Jangan dok leka sangat bergambar. Nanti tak sampai. Jerol cakap, hari ni kita target Sinuwa. Mesti ada yang tanya,’aku ni tak baca tentatif program ker?’ Aku baca tapi aku tak simpan dalam otak. Hahahahaha… Sebab tak simpan? Kalau aku ingat, pastu tetiba tak sama macam tentatif, nanti aku mental. So, better go with the flow.

Masa on the way turun tu, aku nampak ada jeep ada kat sini. Oooooo…..memang ada transport la untuk ke sini. mudah la macam tu. Sebenarnya on trek semalam, memang ada jalan 4x4 pun. Hahahaha… So pada mereka yang nak mudah, boleh datang Landruk ni guna jeep. Jimat masa. Hihihihi….

30.5.15

--- Annapurna Base Camp 2 ---

30 Mei 2015… m o r n i n g P o k h a r a !

IMAG2819 copy

IMAG2821

IMAG2823

Breakfast dulu…

Sedang makan tu, jeep dah sampai. Orang hotel dah macam kelam kabut minta kami pantas. Ye la, kan dah cakap jam 8.00 jeep datang. Ni breakfast pun tak habis lagi. Hihihihi…. Tapi memang sini semuanya pantas la orang-orangnya.

2 orang porter pun dah bersiap sedia. Barang-barang yang kami nak bagi porter dah pun kami masukkan dalam beg yang mereka akan galas. Kami cuma bawa yang ringan-ringan jer. Aku bawa water bleeder dan kamera jer. Owh…dan juga selendang merah. Abang Nas Kasut Getah kata ini trend sekarang. Hahahahaha…

Perjalanan dari hotel ke Phedi (starting point) memakan masa hampir 2 jam. Keadaan jalan sederhana. Sekali sekala akan melalui jalan tidak berturap. But its ok. Nama pun travel. Kalau nak selesa, pergi la Hawaii ke, London ker… Datang tempat orang, WAJIB ikut cara orang. Gituuuuu….!!!

Sempat terpandang driving school mereka. Keluasan kawasan driving school tu hanya separuh padang bola. Macam mana aku kata driving school? Sebab nampak ada gadis dok bawa moto buat nombor 8. Pastu ada sikit tanah tinggi untuk drive naik bukit, konon-konon. Tak berturap. Total tanah.

Rumah-rumah pula ada ciri-ciri tertentu. Mereka cenderung membina rumah bertingkat. Jika buat satu tingkat, pasti akan ada lebihan cerucuk beam di atas. Mungkin belum ada duit untuk buat sekaligus.

Sampai di Phedi sekitar jam 9.00 pagi. Dalam fikiran aku menggambarkan Phedi ni macam ada satu pintu gerbang dan ada pondok atau pejabat renjer yang akan tulis WELCOME TO ANNAPURNA BASE CAMP or sewaktu dengannya.

Tapi ianya meleset sekali. Ia seperti hentian tepi jalan yang tak perasan pun. Mmmmmm……Hahahaha…. Jalan berbatu yang luas dan tentu sekali panassssss.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...