Wednesday, June 3, 2015

--- Annapurna Base Camp 6 ---

03 Jun 2015… Hari ke dua di ABC. Selamat pagi ABC… Kesejukan menyebabkan malasnya nak bangun dan nak keluar dari selimut. Tapi aku gagahi jua sebab dah tak tahan nak kencing.

Bilik air guest house yang kami duduk ni plak tak ada pili. Air kalau habis, nanti diaorang isi. So nak ambil wuduk tak ada. Arghhhh…!!! Aku pun terfikir sungai kecil kat luar. Terpaksa tanggalkan baju sejuk bagai. Ambil wuduk. Perghhhhhh…..sejuk dia sampai kebas dan tak rasa apa-apa tangan semua. This not joke.

Alhamdulillah…yang fardhu berjaya ditunaikan.

Di dinning room ni terdapat satu artikel tentang seorang individu yang dikenali Anatoli Boukreev. Warganegara Rusia. Beliau meninggal dunia dalam tragedi salji runtuh semasa mendaki Annapurna 1 peak pada 25 Disember 1997. Usia beliau ketika itu 39 tahun. Beliau ni jenis suka mendaki secara solo. Beliau juga dikatakan tidak menggunakan tabung oksigen pada ketinggian 8000 meter. Beliau berjaya menawan 18 puncak yang berketinggian 8000 meter antara tahun 1989 hingga 1997. Dalam 18 puncak itu, beliau berjaya menawan Everest sebanyak 4 kali. Banyak lagi info tentang beliau berkaitan isteri dan anak beliau, boleh google ok. Jangan nak malas sangat.

Lepak di dining room sambil tunggu breakfast. Sementara tu bersedia dengan kamera. Layan view dan snap pic warna keemasan takkala cahaya matahari menyinari puncak-puncak Annapurna Range.

Ok, just shared a info, dari ABC ni kita dapat melihat banyak puncak-puncak. Puncak paling tinggi dikenali Annapurna 1 (8091 meter). That why, basecamp ni diberi nama Annapurna Base Camp. Puncak lain adalah seperti Bharha Chuli juga dikenali Annapurna Fang (7647 meter), Annapurna 3 (7555 meter), Annapurna South (7219 meter), dan banyak lagi.

DSC05246

DSC05247

DSC05248

DSC05249

DSC05250

DSC05251

DSC05252

DSC05253

DSC05254

DSC05255

DSC05257

DSC05258

DSC05259

DSC05260

DSC05261

DSC05262

DSC05265

DSC05266

DSC05267

DSC05268

Semalam tak daya nak jalan-jalan sekeliling ABC. So pagi ni sementera tunggu breakfast, aku jalan-jalan melihat menumen yang ada di sini. Di monumen ini ada macam-macam ucapan peringatan kepada pendaki-pendaki yang telah meninggal dunia. Kebanyakkannya pendaki yang mendaki ke sini dan telah menemui ajal. Mostly omputeh la.

Nak cergas sangat pun tak berapa sangat sebab kepala masih berdenyut-denyut. Aku cuba meningkatkan jutsu aku supaya aku dapat suaikan diri.

Dalam pada mengenangkan mat salleh tu, Rina ada menyebut, ‘bagaimana individu-individu Nepal or guide-guide or potter-potter. Mengapa mereka ini tidak disanjung? Berjayakah pendaki-pemdaki mat salleh ni tanpa mereka?’ Kata-kata Rina itu ada kebenarannya. Tapi begitulah dunia ini. Mana-mana tempat pun, mat salleh juga yang dikenang. Orang tempatan diabaikan. Malaysia pun sama.

DSC05269

DSC05270

DSC05271

DSC05272

DSC05273

DSC05274

DSC05275

DSC05276

Settle breakfast, kami lepak luar guest house sambil disinari cahaya matahari. Tetap sejuk. Kami duduk atas batu, tapi tokey guest house tu membawakan kami kerusi agar kami lebih selesa. Baik sungguh. Aku rasa ni antara moment yang paling best. Lepak santai sambil melihat view pergunungan. Menu breakfast pagi ni ialah noodle dan black tea.

Ram dan Hari sedang bercukur di tepi kali.

Kemudian, Jerol ajak kami mendaki atas bukit sana. Cergas selalu kita. Hahaha… Ketinggian yang lebih tinggi dari ABC. Pemandangan TERBAIK!!!

Pendakian mengambil masa setengah jam jer. Kami berhenti pada ketinggian 4225 meter. Fadi memberanikan diri untuk naik lagi dan dia berjaya. Katanya, atas sana ada kawasan lapang macam padang bola. Jerol naik separuh tapi turun semula sebab gayat. Aku? Hmmmm…..tengok trek yang curam tu pun aku dah gayat, inikan nak naik. Hahahahaha…

DSC05277

DSC05279

DSC05280

DSC05281

DSC05282

DSC05283

DSC05284

DSC05286

DSC05287

DSC05289

DSC05291

DSC05292

DSC05293

DSC05296

DSC05298

DSC05299

DSC05301

DSC05302

DSC05306

DSC05307

DSC05309

DSC05311

DSC05312

DSC05315

DSC05316

IMAG3080 copy

DSC05317

DSC05318

Turun dari atas sana, kami lepak lagi. Ada yang tidur. Ada yang baca majalah. Ada yang buat tak tahu. Hahahahaha…

Then makan tengah hari. Lepak lagi.

Dalam masa itu, terdapat dua orang pendaki Spain sampai di ABC. Lepak kejap, minum dan snap gambar. Kemudian mereka turun semula. Tak pasti mereka terus turun bawah or ke MBC sahaja.

Manakala mamat Singapore dan Jim dah pun gerak awal pagi tadi. Mamat Singapore tu kami tak nampak dia lepak dining room pun. Khabarnya dia kurang kurang sihat sejak dia sampai ABC. AMS la kot.

Sambil lepak tu sempat berbual dengan tokey guest house. Menurutnya, sekarang ni off season. 3 lagi guest house tutup. Mereka akan buka dan tutup secara bergilir. Ditanya bila dia tutup? Kata beliau, sepatutnya Julai dia tutup. Bermaksud, sekarang ni sepatutnya dia dah tutup sebab dah 3hb Julai. Tapi memandangkan ada pelanggan, dia tangguhkan dulu. Beliau akan tutup sebaik kami check out. Bila beliau tutup, nanti guest house lain akan buka. Begitulah seterusnya. Menurut beliau lagi, operasi sepenuhnya akan bermula sekitar September.

Interview sambil mendengar radio Nepal. Banyak informasi diperolehi. Kiranya, up to date la.

DSC05321

DSC05323

DSC05324

DSC05326

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...