Wow…!!! Nama jer dah gerun. Suspen jer. Teruja.
Dah lama dengar nama tempat ni. Cuma tidak berpeluang.
Bak kata pepatah Melayu, yang bulat datang bergolek, yang pepeh datang melayang. Selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Pulau Aur, Iwan BlueWater mengajak aku ke Mahligai Maut. Tanpa berfikir panjang, aku ON jer.
Dari jeti Kg. Telok Berhala, kami naik bot menuju ke Jeti Telok Payang. Dakam perjalanan itu, kami melintasi Telok Sebukang. Perjalanan menggunakan bot ini mengambil masa kurang dari 15 minit.
Sesampai di jeti, kelihatan jeti usang yang hanya menunggu masa untuk lenyap sepenuhnya. Hanya separuh jer masih berdiri. Itu pun sekali lagi dipukul ombak dan angin, pasti rebah.
Kami pun parking bot dan berjalan ke pantai.
Iwan membawa aku dan Nyior menyusuri jalan simen yang sudah semak dan ditumbuhi lalang. Nampak sangat kawasan ini sangat lama ditinggalkan.
Dahulunya sini merupakan antara penempatan di dalam Pulau Aur ini. Masa berlalu dan tempat ini tinggal rumah-rumah usang sahaja. Masih ada tinggalan TNB.