Monday, June 8, 2015

--- Annapurna Base Camp 8 (final) ---

05 Jun 2015… Ok., tak sabar nak balik. Eh! Hahahaha… Breakfast dah siap jam 06:40. Jam 07:00 kami memulakan perjalanan.
Sejam kemudian, kami sampai di Bamboo (07:58). Sinuwa jam 09:37. Tengok balik ke belakang, boleh nampak Dovan di lembah sana.
DSC05405
Dari Sinuwa, kami menuruni lembah untuk ke Chhomrong. Hadapi azab tangga dengan penuh tabah ok. Hahahaha…
DSC05407
DSC05412
DSC05415
DSC05416
DSC05417
DSC05418
DSC05419
DSC05421
DSC05422
DSC05423
DSC05424
DSC05425
IMAG3121
DSC05426
DSC05428
DSC05429
12:30 tiba di Panorama Point Lodge & Restaurant, Chhomrong. Kami putuskan untuk lunch di sini. Masa aku dan Jerol sampai ni pun dapat lagi air limau ais free. Lama gak kami lepak sini. Aku sempat terlelap seketika. Hahahaha…. kat sini nyaman jer udaranya. Angin sepoi-sepoi bertiup di celahan jendela.
Jam 13:45 kami mula bergerak menuju ke Jhinu dan kami bermalam di situ (14:26).
DSC05430
IMAG3129
IMAG3133
Sempat melihat kaedah tradisional memotong kayu yang masih digunakan di sini.
Di Jhinnu ni pun best gak kami lepak. Antara best moment la kami berlima. Lepak sampai malam dan makanan yang kami order kali ni agak lain. Sebelum ni asyik nasi goreng, tapi kali ni kami order pasta. Wow…!!!
Sambil makan, bergosip u all.

06 Jun 2015…   Good morning!!! Always timing right. Kami menuruni trek dengan lancar. 4 jam perjalanan, kami tiba di New Bridge.
Kami sempat singgah berehat sebelum sampai di New Bridge di sebuah rumah penduduk. Aku nampak seorang budak di situ. Aku bertanya pada Ram samada mereka sekolah atau tidak? Kata Ram, yup! Dia orang bersekolah. Dia orang berjalan menuju ke Landruk selama 2 jam setiap hari. Wow…!!!
Demi ilmu…
Di satu persimpangan, ambil kanan untuk menuju ke Siwai. Kalau pilih ke kiri, anda akan kembali ke jambatan dan Landruk. Kami melalui beberapa check point seperti Kyume dan terus sampai ke Siwai. Trek ini sebenarnya bertentangan dengan Landruk yang terpisah oleh lembah. Pada waktu ini trek snagat panas.
DSC05433
DSC05435
IMAG3134
IMAG3135
IMAG3136
IMAG3139
IMAG3140
IMAG3142_1
Kurang 3 jam, kami pun sampai Siwai (13:32). Sementara tunggu Fadi dan Daya, Jerol pun usha-usha transport. Masa kami sampai tu, kebetulan ada bas yang sedang menunggu penumpang. Tunggu penuh kot.
Keputusannya, kami ambil jeep. Jerol berjaya tawar harga paling ideal iaitu Rs 200/head. Dari Siwai, kami menuju Nayapool. Di Nayapool pula, kami menunggu jeep dari hotel dan terul balik ke Pokhara.
Nak jimat dengan berjalan kaki dari Siwai ke Nayapool? Eh…boleh. Tak ada masalah. Ada jer mat salleh yang berjalan masa kami on the way keluar tu. Samada mampu dengan tak mampu jer. Panas lagi. Jalan berbatu. Hahahahaha….
DSC05439
DSC05441
DSC05442
DSC05447
DSC05444
DSC05445
DSC05446
DSC05448
DSC05450
DSC05455
DSC05456
DSC05459
DSC05461
DSC05462
IMAG3174
IMAG3173 copy
IMAG3175
IMAG3176
Sementara menunggu jeep hotel datang ambil, Jerol memberi kami permit pendakian milik kami sebagai kenang-kenangan. Hihihihi…
Di Pokhara, kami check in di hotel yang sama. Siapkan diri, berjalan menuju shopping area. Makan di kedai halal yang sama.
Ni antara satu perbualan aku dengan seorang tokey kedai dikala aku meminta beliau memasang kipas sebab panas.
Screenshot_2015-08-01-17-36-34 copy
Balik dan tidur.
Owh… masa kami sampai di hotel tu, perkhidmatan potter pun tamat. Jerol membuat baki pembayaran. Ada rakan-rakan yang menyumbangkan duit. Diaorang ni kerja bersungguh-sungguh. Rumah diaorang ranap dalam kejadian gempa tempoh hari. Semoga mereka tabah dalam menjalani kehidupan ini.
IMAG3144
IMAG3147

07 Jun 2015…   Breakfast dan menuju ke bus station. Agak sesak bus station time kami pergi. Hari tu datang macam tak ada orang.
Tiba di Kathmandu agak lewat petang. Kami parking beg di pejabat pelancongan tempoh hari. Dia ok. Kami punya masa kurang 2 jam sebelum bergerak menuju ke airport.
Antara kedai yang kami pergi ialah Mamot dan The Nort Face. Harga sangat mahal berbanding kedai ciplak. Hahahahahaha… Aku sempat membeli beberapa barang yang dikirim oleh member seperti sleeping bag, t-shirt, flag dan freeze magnet.
Sebelum jam 21:00, kami dah ada di airport. Flight aku awal dari diaorang. Aku Air Asia manakala yang lagi 4 orang, Malindo.
Screenshot_2015-08-01-17-31-21 copy

08 Jun 2015…   Jam 04:00, aku selamat mendarat di KLIA 2. Alhamdulillah… Aku lepak tunggu diaorang kat surau.
Selesai aku Subuh, mereka pun tiba. Tunggu beg. Tak sampai-sampai. Masuk solat dulu katanya. Keluar, tunggu tapi masih belum. Visual board tunjuk yang beg dari Malindo dah clear.
Selain kami, rupa-rupanya hampir keseluruhan beg penumpang tidak sampai. Hampir 2 jam menunggu, kami memutuskan untuk ke pejabat Malindo. Ternyata, selain kami, ada lagi penumpang yang pergi menyerang pejabat Malindo.
Screenshot_2015-08-01-17-36-51 copy
Screenshot_2015-08-01-17-37-05 copy
Akhir sekali, 4 orang sahabat aku yang menghadapi masalah tersebut beralah dan hanya membuat laporan seterusnya menunggu panggilan Malindo pada keesokkannya. Mereka (Malindo) berjanji akan menghantar beg tersebut sebaik sahaja tiba di airport.
Merumuskan trip kali ini, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fadi yang mengajak aku join dari tahun 2014. Walaupun pelbagai dugaan datang namun akhirnya trip ini berjaya juga hanya dengan 5 orang sahaja. Kepada ketua team, Jerol, anda menjalankan tugas dengan baik. Tahniah. Kepada rakan-rakan pendaki, terima kasih kerana bekerjasama sepanjang trip. Jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku yang terguris di hati, mohon kemaafan.
Jumpa lagi next trip…. amin.

2 comments:

  1. Sanjib picked us up from the airport when our flight arrived 12.4.2015. He took us to our hostel, and visited us again the next morning, taking us to various places to get final provisions prior to our trek. His office is very nice and he served us tea.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...