Semalam jalan-jalan di Mahligai Maut, pagi ni aktiviti snorkeling pula. Esok plan nak daki Batu Cina. Wow…!!! So sibuk weekend ni.
Yang penting happy dan manfaat. Jauhi diri anda dengan aktiviti yang tidak sihat seperti lepak mall, clubbing cucuk langit, tidur terlalu lama, makan terlalu banyak, tengok tv, gaming, merempit, mengumpat, shared maklumat tidak sahih, dannnnnnnnn…….pandai koranglah.
Pagi ini dengan hanya sedikit baget, kami menyewa sebuah bot orang tempatan untuk snorkeling. Tekong mencadangkan 3 lokasi. Usha gambar di bawah untuk port-port snorkeling aku dan rakan-rakan.
Jam 8 pagi kami dah mula bersarapan. Kemudian bergerak menuju ke jeti. Tersedia menunggu, tekong bot, Encik Mohd Izam. Kami terus di bawa ke port snorkeling yang pertama.
Pada korang jika mahu perkhidmatan berbayar beliau, boleh kontek fb dia, Syiok Aur.