Ok…naper datang Pulau Tioman? Naper tak pergi London ke? Paris ke? India ke? Whyyyyyyyyyyyy….!!!
Niat sebenar datang Tioman ni adalah nak naik ke Puncak Nenek Semukut. Hasil siasatan dan bertanya pada otai-otai, katanya ada espek teknikal sikit untuk sampai ke puncak tersebut. Maka aku pun macam cannot go lah.
Next is Gunung Kajang. Kata guide, untuk ke situ perlu turun di jeti Kg. Paya. Selain itu, pendakian mengambil masa yang agak lama. Satu lagi, bayarannya juga dikatakan agak mahal. Mmmmm….berfikir-fikir.
Guide mencadangkan ke Kampung Juara sahaja. Jungle trekking. Walaupun ia tidak sehebat pendakian Batu Nenek Semukut dan Gunung Kajang, boleh la sekadar melepas rindu pada alam dan pendakian. Aku pun ON.
Jam 07.30 pagi, aku mula bergerak menuju ke Taman Laut. Guide pick up dan kami sarapan di Kg. Tekek. Sambil sarapan, usha launter tiket sebab nak beli tiket balik esok. Kemudian, menuju ke tangki air. Ambil kanan dan follow jer signboard ke Kg. Juara.
Owh…berdekatan dengan Taman Laut tu, satu projek chalet or resort ala-ala kat Sg Lembing tu sedang rancak berjalan. Lihat gambar.
Sedang menunggu tour guide aku datang, aku sembunyi-sembunyi snap pic mmber aku yang tengah camping kat Taman Laut. Niat hati nak up kat insta. Surprise la kunun-kunun.
Kata guide aku ni, laluan jungle trekking ni mat salleh jer yang lalu. Orang-orang kita tak lalu. Orang kita lebih suka naik kereta sejak laluan baru Tekek – Juara siap dibina.
Yes…sepanjang trekking ni, kami hanya berjumpa dengan pelancong asing jer termasuklah aku. Hahahahhahahhahaha….
Tip untuk trekking ni, follow jer trek bersimen dan kabel elektrik. In Shaa Allah tak sesat. Pada peringkat awal tu ada banyak lorong. So make sure to be careful. Trek bersimen tu bertangga. Menaik jer perjalanannya. Korang tau sendiri la trek bertangga kan.
Terjadinya lorong-lorong ni sebab ada aktiviti marathon. Laluan-laluan tu boleh tembus ke Kg. Mukut. 3 hari perjalanan. Hahahahaha…..
Ada cerita misteri. Ada kes di mana 3 orang lelaki remaja sesat selama 3 hari semasa melalui trek ini untuk menuju ke Kg. Juara. Menurut cerita ada seorang nenek muncul bertanyakan, “nak ke mana?”. Kemudian dia menunjukkan jalan yang salah. Hmmmm….. nape la nenek tu buat macam tu kan.