29.11.15

--- Cebu Island 1 ---

29 November 2015

Buka mata takkala mendengar alarm henset berbunyi menandakan waktu Subuh...

Kelihatan Abg ______ sedang siap-siap packing. Awal bersiap bang? Hahahaha...

Buat pengurusan diri dan naik atas roof. Jemur-jemur apa yang patut sambil sarapan. Tak salah aku ada 4 group flight berasingan. Paling awal kul 09:00 rasanya.

Masa ni ada drama melayu sikit. Aku pun tak faham. Diaorang ni nak pergi Cebu ke tak? Pastu dok usha-usha tiket tuk balik awal. Ok...selanjutnya aku malas cerita sebab luar bidang kuasa aku. Hahahaha... Biasa la remaja. Faham-faham. Hahahaha...

Group kedua dah siap-siap nak berangkat ke airport. Mereka antaranya Sem, Abg Man, Janet dan lain-lain. Tengok dalam gambar jer. Semoga selamat sampai...

Walaupun perkenalan kita singkat tapi dalam kenangan tetap selamanya. Balik nanti nak buat photobook. Hihihihi....






28.11.15

--- Gunung Pinatubo ---

Sebelum meneruskan karangan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Nazrin. Siapa Nazrin ni? Haaaaaaaa.....Nazrin ni member aku. Gunung Pinatubo ni aku nak datang sebab tengok instagram dia. Nampak macam menarik tengok gambar-gambar dan video-video beliau semasa travel kat sini. Kemudian, aku bertemu dengannya untuk temubual dan dapatkan tip-tip.

28 November 2015

Seperti yang dipesan oleh guide, kami turun di depan McD Capas. Kami sampai di sini jam 03:00. Seberang jalan sana kelihatan sekumpulan tricycle. Datang 2 orang untuk offer perkhidmatan. Kami tolak dengan cara baik sebab kami nak rileks dulu. Kami lepak di sebuah mini market sebelah McD. Yang best, dia tahu kami nak ke Pinatubo. Aku cakap Sonia Guesthouse. Dia siap keluarkan name card Sonia Guesthouse tunjuk. Ok2....aku percaya. Hahahaha.......

Sambil lepak dan rileks tu, aku google lokasi Sonia Guesthouse. Selain google, aku tanya juga budak yang jaga mini market tu, tapi dia tak tahu. Dia pun macam tak faham apa yang aku cakap. Mungkin English aku tinggi sangat. Hmmmmm....... Aku saja google dan tanya-tanya tu sebab tak nak kena tipu jer.

2 orang yang bawa tricycle tu siap datang parking depan kedai dan tidur. Bersungguh-sungguh dia nak tawarkan perkhidmatan. Tu yang buat aku lagi tak sedap hati.

Hampir jam 04:00. Kami pun ambil keputusan untuk bergerak. Satu tricycle, 300p. Lay memang dah pesan tambang tricycle harga itu sahaja. Kalu lebih, jangan naik. Aku, Am dan Daus satu trycycle. Ana, Ecah, Azizah dan Lina satu tricycle. Serius.....pengalaman yang sangat menarik naik tricycle ni.




Kami kena berada di waiting point sebelum jam 08:00. Masih terngiang-ngiang pesanan Joel dan temannya pada kami.

Alhamdulillah....kami selamat sampai sebelum waktu Subuh. Masa kami sampai tu, sudah ada sekumpulan pelancong Filipina. Kami pun tunggu dan sempat solat Subuh.

Di sekitar waiting point ni terdapat banyak Guest House. Untuk toilet, kami pergi sahaja di guest-guest house tersebut. Tandas 50p. Mandi 100p.

Masa terus berlalu... Datang la seorang wanita dengan membawa kertas dan pen. Rasanya dia ni la Sonia tu kot.

27.11.15

--- Mt. Pulag Ep. 3 ---

Episod 1   Episod 2

27 November 2015

Entah jam berapa, aku terjaga dari tidur. Dalam mamai tidur tu, aku terdengar ada orang beristigfar di sebelah khemah. Aku pun berkata dalam hati, 'siapa la yang solat pagi-pagi buta dan sejuk-sejuk macam ni?'... Aku sambung tidur. Zzzz....

Seawal jam 3 pagi, dah mula bangun untuk persiapan ke puncak. Di luar sana angin masih kuat dan hujan. Pintu khemah kuat ditiup angin. Jam 03:30 lebih, kami pun mula bergerak berjalan menuju ke puncak.

Aku terfikir bagaimana la nak snap gambar ni dengan hujan dan ribut cenggini. Harap-harap kat puncak nanti dah reda.

Pendakian kurang dari 30 minit. Dah la sejuk, angin dan hujan lagi. Masa sampai puncak dalam suasana terang headlamp jer, sudah terdapat banyak pendaki lain sudah sampai di sini.

Cepat-cepat cari tempat persembunyian untuk berlindung dari angin yang kuat dan sejuk. Huhuhuhuhuhu....tak tahan. Kami berselindung di balik pokok buluh kecil yang tumbuh itu. Masa berlindung tu, aku teringat yang ada gambar di Taman Negara hari tu. Pokok ni lah. Huhuhuhu...

Agak lama kami menanti di puncak. Menanti apa? Mananti matahari terbit. Hahahahaha.... Hampir sejam gak la. Sempat tertidur.

Kedengaran suara-suara yang ingin turun kembali ke khemah. Sejuk sangat katanya. Lagi pula, kelihatan mentari mustahil muncul dalam cuaca begini.

15 minit kemudian, gogo juga macam menyuarakan pandangan untuk balik ke khemah. Cuaca semakin teruk katanya. Sampai khemah kita dulu, nanti kita fikir plan B. Mungkin kita akan naik semula jika mengizinkan. Jom...

Kami pun mula turun menuju ke Saddle Camp. Entah bagaimana Aku, Bad dan Man boleh tersalah route.

Kami naik semula ke puncak. Dapat cari route yang betul. Baju dah mula basah dek kerna embun yang macam hujan tu. Sesampai di khemah, terus masuk dan masuk dalam sleeping bag. Sambung tidur.

26.11.15

--- Mt. Pulag Ep. 2 ---

Episod 1   Episod 3

26 November 2015

Menurut sumber Mt Pulag terkenal dengan lautan awan aka sea of cloud dan Milky Way Galaxy. Mungkin itu yang menjadi daya penarik untuk aku nak datang Mt Pulag. Mungkin....

Kami selamat tiba di Baguio City kurang jam 02:00. Suhu sejuk. Kami santai-santai di 7E dan Caltex Pam semetara menunggu jeepney datang dan 3 orang yang naik bas tu. Berdekatan sini juga ialah Victory Liner Bus.

Mesti terfikir, kenapa tetiba lepak 7E kan? Senang jer penjelasan. Van tu drop kami kat sini sebab memang kita bayar sampai sini jer.


Sekitar jam 02:27, jeepney sampai dan isi minyak diikuti dengan ketibaan gogo dan 2 orang lagi. Siap-siap untuk naik jeepney. Rupa jeepneey ni tak tahu aku nak cerita. Tengok sendiri dalam gambar.

Jika tadi dari Cobau jalan lurus jer, tapi tidak kali ini. Walaupun jalan berturap, jalannya berselekoh-selekoh. Amin asyik ulang yang dia rasa nak muntah. Huhuhuhu... Nak tidur dengan nyenyak memang tak dapat la. Setiap kali selekoh, kita akan ikut sekali. Huhuhuhu......

Kata gogo, perjalanan kita ni dikatakan terlalu awal. Maka, jeepney ni akan berhenti breakfast dulu di RnR. Katanya ada 'hanging bridge' yang menjadi daya penarik di sini. Wow...!!!

Selamat tiba di RnR seawal jam 04:00. Hmmmm....kematu habis punggung melayankan jeepney ni. Owh...lupa nak mention, terdapat 6 orang pendaki Philippine yang join kami. Rasanya member-member guide. Diaorang pun tadi naik jeepney yang sama dari Caltex.

Pengalaman menarik di RnR ialah toilet. Adooooiiii.....toilet lelaki yang bahagian nak buang air besar tu tak ada pintu. Bayangkan berak open macam tu jer. Bila orang masuk, memang nampak la kecuali buat-buat tak tahu. Aku yang masuk nak kencing pun, terbantut. Terus tak jadi nak masuk. Sanggup tahan.

Waktu nak ambil wudhuk, aku dan Sem pergi tandas perempuan sebelah sana. Masa tu tak ada perempuan la. Tandas perempuan elok la plak. Walaupun tak ada pintu, sekurang-kurang ada langsir. Ada singki. Maka boleh la berwudhuk kat situ. Legaaaaa.......

RnR ni ada menyediakan makanan. Nak makan oder jer. Hahahaha... Bau ayam goreng begitu menyelerakan.

Mampu minum kopi jer. Tu pun Sem yang beli. Hahahaha...

Sekitar jam 05:30, kami berjalan ke hanging bridge yang dibangga-banggakan tu. Mulanya aku ingatkan ia sesuatu yang wow and amazing. Bila sampai jer.......oooooooooooooooo....hanging bridge ni dalam bahasa melayu ialah JAMBATAN GANTUNG. Hahahahaha...

Ok la. Layan jer. Kalau korang pernah pergi Sungai Lembing, jambatan ni seakan-akan tu la. Bawahnya ada sungai yang besar. Bezanya panjang jambatan ini lebih lagi.

Selain kami di RnR ni, banyak lagi jeepney yang membawa pendaki tempatan yang kebanyakkannya anak-anak muda. Maka nanti dalam trail, tidak la sunyi sangat.






25.11.15

--- Mt. Pulag Ep. 1 ---

Episod 2   Episod 3

Sebelum memulakan karangan panjang aku ni, nak ucap terima kasih kepada Abg Man selaku gogo, yang sudi mengajak join this trip. Tak pasti samada aku yang cari trip or sebaliknya. Yang pasti dapat invitation di FB. So.....join je lah. Trip ni atas nama NEX di mana Abg Man sendiri sebagai pengasasnya. Untuk banyak lagi info atau kalau u all nak join trip atau nak minta beliau setup trip, boleh like pesbuk NEX Advanture. Kemudian klik event. Kat situ nanti tersenarai trip-trip yang di gogo kan oleh Shariman. Pilih jer korang nak pergi yang mana satu. Ok...! Dah bahagian promote. Hahahahaha...


25 November 2015...

Oklah…hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Flight jam 08:20 dan dijangka tiba di Ninoy Aquino International Airport pada jam 12:15 tengah hari. Sebelum berangkat, jangan lupa jadual waktu solat k. Aku dah siap-siap snap simpan dalam sematphone. Hihihihi....

Trip ni aku bawa RM 1k jer. Tukar siap-siap.

Aku, Amin dan Azizah bergerak dari Putrajaya jam 03:30 pagi Member aku tolong hantarkan. Tq…

Dalam group whatsapp meriah sekali dengan update teman-teman yang on the way ke airport. Ada yang dah sampai sana seawal malam 24hb. Tidak kurang, ada yang baru nak gerak dari Kuantan tengah malam tersebut. Hahahahaha…… Lagi best, ada yang tersalah airport. Hanya mampu baca je la sebab masih belum kenal. Huhuhuhu…

Dah sampai airport, terus ke meeting point. Di situ ada Abg Man (gogo), Azry, Koya dan beberapa orang lagi termasuklah seorang korea. Kami bersalaman. Lapar katanya. Cari food-court. Kemudian kami check-in luggage. Sem memang pandai ayat. Terpegun aku. Kihkihkih….

Owh…kali ni, aku tak bawa DSLR. Rasa malas sebab berat. Hahahahaha… A6000 pilihan tuk trip ni. Ia kecil, ia ringan. Hahahahaha….. Sebenarnya nak test A6000 ni. Walaupun ianya ringan dan kecil, tapi ia ada kelemahan dari segi ketahanan bateri. Baterinya mampu snap 300 keping gambar sahaja berbanding 1000 keping dengan menggunakan DSLR. Ini bermakna aku nak kena bawa power bank lebih tuk kamera plak. Hmmmm…. Kelebihan lain A6000 ni ialah fokusnya sangat pantas dan ISO nya sangat best. Hihihihihi…

Selesai solat Subuh, kami siap untuk masuk ke ruang menunggu. Board pun dah naik nombor flight.Pramugari pun dah sebut-sebut nama kami agar masuk balai menunggu dengan kadar segera. Dalam keadaan cemas, ada pula yang belum print border pass. Haish..... Tu la suprisenya. Hahahahaha...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...