30.11.15

--- Cebu Island 2 ---

30 November 2015

Buat pengurusan diri dan Solat Subuh.

Berjalan menuju ke pintu masuk lobi airport untuk mencari teksi. Kami nampak ada satu teksi menurunkan penumpang. Kami pun bergegas ke teksi tersebut. Tanya harga dan terus masukkan beg dalam bonet. Kata pemandu, kena cepat sikit sebab ini bukan tempat ambil penumpang. Pada kami, kata-kata tersebut macam tak ada makna.

Sambil memasukkan beg tu, datang la polis airport. Dia dok cakap Filipina. Memang tak faham la. Selesai muat beg, kami pun masuk dalam kereta. Korang tahu apa polis airport tu buat? Dia berdiri depan teksi. Kami pun macam hairan la. Dia berdiri sambil mulut dok terkumat-kumit bertasbih memerhati ke dalam teksi. Then, driver cakap, kami tak boleh naik teksi di sini. Kena ke terminal teksi di bawah sana.

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nampak tak diaorang punya ketegasan peraturan. Hahahahaha....kami pun turun dan berjalan jauh sedikit turun ke bawah menuju terminal teksi. Hahahahahaha...

Di terminal teksi ni, semua teksi beratur mengikut giliran. Kami pun naik la teksi. Kami cakap nak ke terminal bus yang membolehkan kami ke Oslob. Yup, Cebu South Terminal Bus. Masa dalam kereta tu, berbual la dengan driver. Dia pandai cakap omputih. Then dia offer kereta sewa. Kereta sewa yang kami naiki ni. Tak ingat berapa dia offer tapi cakap tak nak sebab nak merasi sendiri penjalanan ini.

Masa perjalanan kurang satu jam tanpa kesesakan lalulintas. Mujur pagi awal begini belum sesak. Masa memasuki terminal, driver bagi advice untuk ambil bus Cares Liner (warna kuning). Katanya lagi, bas tu lebih selesa dan berhawa dingin. Bus lain tak ok ker? Boleh jer. Banyak lagi bus yang menuju ke destinasi sama. Pilihan di tangan anda. Gambar bas ada kat bawah ni. Ni bukan pic aku snap. Aku copy dari google jer. Sekadar gambar hiasan.


29.11.15

--- Cebu Island 1 ---

29 November 2015

Buka mata takkala mendengar alarm henset berbunyi menandakan waktu Subuh...

Kelihatan Abg ______ sedang siap-siap packing. Awal bersiap bang? Hahahaha...

Buat pengurusan diri dan naik atas roof. Jemur-jemur apa yang patut sambil sarapan. Tak salah aku ada 4 group flight berasingan. Paling awal kul 09:00 rasanya.

Masa ni ada drama melayu sikit. Aku pun tak faham. Diaorang ni nak pergi Cebu ke tak? Pastu dok usha-usha tiket tuk balik awal. Ok...selanjutnya aku malas cerita sebab luar bidang kuasa aku. Hahahaha... Biasa la remaja. Faham-faham. Hahahaha...

Group kedua dah siap-siap nak berangkat ke airport. Mereka antaranya Sem, Abg Man, Janet dan lain-lain. Tengok dalam gambar jer. Semoga selamat sampai...

Walaupun perkenalan kita singkat tapi dalam kenangan tetap selamanya. Balik nanti nak buat photobook. Hihihihi....






28.11.15

--- Gunung Pinatubo ---

Sebelum meneruskan karangan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Nazrin. Siapa Nazrin ni? Haaaaaaaa.....Nazrin ni member aku. Gunung Pinatubo ni aku nak datang sebab tengok instagram dia. Nampak macam menarik tengok gambar-gambar dan video-video beliau semasa travel kat sini. Kemudian, aku bertemu dengannya untuk temubual dan dapatkan tip-tip.

28 November 2015

Seperti yang dipesan oleh guide, kami turun di depan McD Capas. Kami sampai di sini jam 03:00. Seberang jalan sana kelihatan sekumpulan tricycle. Datang 2 orang untuk offer perkhidmatan. Kami tolak dengan cara baik sebab kami nak rileks dulu. Kami lepak di sebuah mini market sebelah McD. Yang best, dia tahu kami nak ke Pinatubo. Aku cakap Sonia Guesthouse. Dia siap keluarkan name card Sonia Guesthouse tunjuk. Ok2....aku percaya. Hahahaha.......

Sambil lepak dan rileks tu, aku google lokasi Sonia Guesthouse. Selain google, aku tanya juga budak yang jaga mini market tu, tapi dia tak tahu. Dia pun macam tak faham apa yang aku cakap. Mungkin English aku tinggi sangat. Hmmmmm....... Aku saja google dan tanya-tanya tu sebab tak nak kena tipu jer.

2 orang yang bawa tricycle tu siap datang parking depan kedai dan tidur. Bersungguh-sungguh dia nak tawarkan perkhidmatan. Tu yang buat aku lagi tak sedap hati.

Hampir jam 04:00. Kami pun ambil keputusan untuk bergerak. Satu tricycle, 300p. Lay memang dah pesan tambang tricycle harga itu sahaja. Kalu lebih, jangan naik. Aku, Am dan Daus satu trycycle. Ana, Ecah, Azizah dan Lina satu tricycle. Serius.....pengalaman yang sangat menarik naik tricycle ni.




Kami kena berada di waiting point sebelum jam 08:00. Masih terngiang-ngiang pesanan Joel dan temannya pada kami.

Alhamdulillah....kami selamat sampai sebelum waktu Subuh. Masa kami sampai tu, sudah ada sekumpulan pelancong Filipina. Kami pun tunggu dan sempat solat Subuh.

Di sekitar waiting point ni terdapat banyak Guest House. Untuk toilet, kami pergi sahaja di guest-guest house tersebut. Tandas 50p. Mandi 100p.

Masa terus berlalu... Datang la seorang wanita dengan membawa kertas dan pen. Rasanya dia ni la Sonia tu kot.

27.11.15

--- Mt. Pulag Ep. 3 ---

Episod 1   Episod 2

27 November 2015

Entah jam berapa, aku terjaga dari tidur. Dalam mamai tidur tu, aku terdengar ada orang beristigfar di sebelah khemah. Aku pun berkata dalam hati, 'siapa la yang solat pagi-pagi buta dan sejuk-sejuk macam ni?'... Aku sambung tidur. Zzzz....

Seawal jam 3 pagi, dah mula bangun untuk persiapan ke puncak. Di luar sana angin masih kuat dan hujan. Pintu khemah kuat ditiup angin. Jam 03:30 lebih, kami pun mula bergerak berjalan menuju ke puncak.

Aku terfikir bagaimana la nak snap gambar ni dengan hujan dan ribut cenggini. Harap-harap kat puncak nanti dah reda.

Pendakian kurang dari 30 minit. Dah la sejuk, angin dan hujan lagi. Masa sampai puncak dalam suasana terang headlamp jer, sudah terdapat banyak pendaki lain sudah sampai di sini.

Cepat-cepat cari tempat persembunyian untuk berlindung dari angin yang kuat dan sejuk. Huhuhuhuhuhu....tak tahan. Kami berselindung di balik pokok buluh kecil yang tumbuh itu. Masa berlindung tu, aku teringat yang ada gambar di Taman Negara hari tu. Pokok ni lah. Huhuhuhu...

Agak lama kami menanti di puncak. Menanti apa? Mananti matahari terbit. Hahahahaha.... Hampir sejam gak la. Sempat tertidur.

Kedengaran suara-suara yang ingin turun kembali ke khemah. Sejuk sangat katanya. Lagi pula, kelihatan mentari mustahil muncul dalam cuaca begini.

15 minit kemudian, gogo juga macam menyuarakan pandangan untuk balik ke khemah. Cuaca semakin teruk katanya. Sampai khemah kita dulu, nanti kita fikir plan B. Mungkin kita akan naik semula jika mengizinkan. Jom...

Kami pun mula turun menuju ke Saddle Camp. Entah bagaimana Aku, Bad dan Man boleh tersalah route.

Kami naik semula ke puncak. Dapat cari route yang betul. Baju dah mula basah dek kerna embun yang macam hujan tu. Sesampai di khemah, terus masuk dan masuk dalam sleeping bag. Sambung tidur.

26.11.15

--- Mt. Pulag Ep. 2 ---

Episod 1   Episod 3

26 November 2015

Menurut sumber Mt Pulag terkenal dengan lautan awan aka sea of cloud dan Milky Way Galaxy. Mungkin itu yang menjadi daya penarik untuk aku nak datang Mt Pulag. Mungkin....

Kami selamat tiba di Baguio City kurang jam 02:00. Suhu sejuk. Kami santai-santai di 7E dan Caltex Pam semetara menunggu jeepney datang dan 3 orang yang naik bas tu. Berdekatan sini juga ialah Victory Liner Bus.

Mesti terfikir, kenapa tetiba lepak 7E kan? Senang jer penjelasan. Van tu drop kami kat sini sebab memang kita bayar sampai sini jer.


Sekitar jam 02:27, jeepney sampai dan isi minyak diikuti dengan ketibaan gogo dan 2 orang lagi. Siap-siap untuk naik jeepney. Rupa jeepneey ni tak tahu aku nak cerita. Tengok sendiri dalam gambar.

Jika tadi dari Cobau jalan lurus jer, tapi tidak kali ini. Walaupun jalan berturap, jalannya berselekoh-selekoh. Amin asyik ulang yang dia rasa nak muntah. Huhuhuhu... Nak tidur dengan nyenyak memang tak dapat la. Setiap kali selekoh, kita akan ikut sekali. Huhuhuhu......

Kata gogo, perjalanan kita ni dikatakan terlalu awal. Maka, jeepney ni akan berhenti breakfast dulu di RnR. Katanya ada 'hanging bridge' yang menjadi daya penarik di sini. Wow...!!!

Selamat tiba di RnR seawal jam 04:00. Hmmmm....kematu habis punggung melayankan jeepney ni. Owh...lupa nak mention, terdapat 6 orang pendaki Philippine yang join kami. Rasanya member-member guide. Diaorang pun tadi naik jeepney yang sama dari Caltex.

Pengalaman menarik di RnR ialah toilet. Adooooiiii.....toilet lelaki yang bahagian nak buang air besar tu tak ada pintu. Bayangkan berak open macam tu jer. Bila orang masuk, memang nampak la kecuali buat-buat tak tahu. Aku yang masuk nak kencing pun, terbantut. Terus tak jadi nak masuk. Sanggup tahan.

Waktu nak ambil wudhuk, aku dan Sem pergi tandas perempuan sebelah sana. Masa tu tak ada perempuan la. Tandas perempuan elok la plak. Walaupun tak ada pintu, sekurang-kurang ada langsir. Ada singki. Maka boleh la berwudhuk kat situ. Legaaaaa.......

RnR ni ada menyediakan makanan. Nak makan oder jer. Hahahaha... Bau ayam goreng begitu menyelerakan.

Mampu minum kopi jer. Tu pun Sem yang beli. Hahahaha...

Sekitar jam 05:30, kami berjalan ke hanging bridge yang dibangga-banggakan tu. Mulanya aku ingatkan ia sesuatu yang wow and amazing. Bila sampai jer.......oooooooooooooooo....hanging bridge ni dalam bahasa melayu ialah JAMBATAN GANTUNG. Hahahahaha...

Ok la. Layan jer. Kalau korang pernah pergi Sungai Lembing, jambatan ni seakan-akan tu la. Bawahnya ada sungai yang besar. Bezanya panjang jambatan ini lebih lagi.

Selain kami di RnR ni, banyak lagi jeepney yang membawa pendaki tempatan yang kebanyakkannya anak-anak muda. Maka nanti dalam trail, tidak la sunyi sangat.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...