2.6.16

--- Hari 5, Leh - bahagian 1 ---

Bangun pagi buat pengurusan diri dan nak solat Subuh. Masa tu main agak-agak jer. Selak tirai nampak hampir cerah. Kelam kabut solat. Gajet solat India yang betul-betul punya susah nak dapat. Aku dah cuba download masa kat Malaysia.

Kepenatan perjalanan semalam dari Srinagar tidak kami rasai. Hahahahaha..... Semalam punya perjalanan tak sempat nak buat kesimpulan. So hari ni aku rasa segar sikit. Aku sambung nak buat kesimpulan.

Sepanjang perjalanan semalam, kami disajikan dengan pemandangan yang Maha Indah. Serius tak tipu. Benarlah apa yang orang cakap, tak perlu nak ke eropah untuk menikmati salji. Tidak perlu ke Asia Tengah untuk merasai gurun sahara. Semua itu ada di Kashmir.

Dari Srinagar, kita nampak gunung-gunung dengan sedikit kehijauan. Salji hanya di puncak-puncak. Selepas dari Sonamarg, kami berpeluang menikmati pergunung salji. Takkala kami menghampiri Kargil, gunung-gunung berpasir pula. Selain itu, kami sempat melihat cara kehidupan orang nomad dan haiwan liar kuda berkeliaran di kaki-kaki gunung mencari makan. Kami juga merasai kehebatan manusia membina dan melalui jalan pada altitude tinggi dengan kenderaan. Arghhhhh.....aku kehabisan kata-kata nak terangkan betapa berharganya pengalaman semalam. Kalau korang tak percaya takper. Its ok. Hahahahahahaha....

Ok, sambung cerita pagi ni. Hahahaha..... Dari cermin tingkap dalam bilik, kami lihat ada satu keluarga sedang bersarapan. Bersarapan di tengah panas pagi dan mereka memakai baju tebal. Waaaaaaa........nampak macam panas tapi sejuk.

Kami juga cergas selalu. Nak mandi pun bercinta beb. Mujur ada heater. Kami pun keluar dan menuju ke ruang lobi. Kata hostnya, you are to early. Kami hanya tersenyum sambil duduk dan cuba menghubungkan telefon kami dengan wifi hotel. Dalam fikiran aku, apa yang awalnya. Dah jam 8.00 pagi lebih kot.

However, dah alang-alang kami bangun awal, dia terus tanya kami nak makan apa as breakfast. Sambil tu ia menyatakan menu-menu yang ada di sini. Kami order roti dan telur mata.  Untuk air, teh kashmir untuk aku manakala kopi untuk Daus.

Di lobi ni ingatkan internet laju tapi sama juga slow. Then, Prakesh reset that wifi.

Sambil tu Prakesh sedang berborak dengan membernya. Kami tak lama dalam lobi tu kerana sejuk. Maka, kami pun lepak luar je lah sambil disimbahi cahaya matahari.


Sarapan dihantar kepada kami di meja luar tengah panas itu. Hahahahahaha...kami pun dengan senang hati bersarapan di tengah panas. Hahahahaha...

Sedang kami breakfast tu, Prakesh sempat bertanya kepada kami tentang apa plan hari ini kerana mungkin dia boleh menyediakan taxi, transport or whatever. Secara sopan, kami menyatakan, after this.

Perut dah kenyang. Kami pun berjumpa Prakesh untuk pillow talk. Kami just bagi tarikh flight balik ke Malaysia, Prakesh terus lukis atas kertas. Maka beginilah hasil lukisannya.


Bagaimana untuk hari ni punya tentatif? Yes, very good question. Hari ini punya plan kami ialah sewa basikal atau motor untuk pusing-pusing seluruh Leh. Menarikkan? Tapi kami tewas apabila Prakesh memberi cadangan kepada kami untuk menyertai satu couple ni untuk satu taxi. Taxi tersebut akan cover semua tourism attraction di Leh ini.

Aku dan Daus saling berpandangan dan setuju. Wow....mudah sangat dengan Daus ni. Prakesh minta kami bersedia di sini dalam jam 10.30 pagi.

Seperti yang dipersetujui, kami dah bersedia di lobi jam 10.00 pagi. Kami juga bertemu dengan couple tersebut. Borak-borak. Mereka baru jer kawin. Ni kira bulan madu. Berasal dari Mumbai. Sebelum bertolak keluar, kami tinggalkan passport untuk membuat past perjalanan sekitar Leh hingga ke Nubra. Kami juga membuat pembayaran deposit.

Taxi yang di maksudkan telah siap sedia menunggu kami di luar. Taxi tu bukanlah taxi macam yang kita sangka. Taxi sini lebih kepada kereta sewa khas untuk pelancong. Keretanya lebih kurang macam yang kami naik dari Srinagar ke sini kelmarin. Dan sebenarnya, kereta begitulah semuanya untuk pelancong. Hahahahahaha.......

Ke mana first place? Prakesh ada cerita tadi tapi aku buat-buat ingat dalam kepala. Hahahahaha....apapun kami ikut je ke mana driver bawa. Maka bergeraklah kami menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Sambil tu kami layan-layan pekan Leh ni.

Leh ini 360 dikelilingi pergunungan bersalji di puncaknya. Superb. Pekan ini agak berdebu kerana kering. Kami berhenti di beberapa view spot. Driver tu macam automatik berhenti dan kami terus faham. Turun dan snap pic. Hahahahahaha......

Owh....sekadar info, Leh berada pada ketinggian 3524 meter dpl bersamaan 11561.539 kaki. Leh berada di bawah pentadbiran Jammu and Kashmir. Istilah daerah atau negeri tu aku tak pasti. Ni India bukan Malaysia.












Kem tentera



1.6.16

--- Hari 4, Srinagar ke Leh, bahagian 2 ---

Perjalanan dari Srinagar ke Leh bukanlah perjalanan yang singkat. Mengambil masa 14 jam. Dengan panorama yang superb owesome, pastinya gambar untuk hari ini sahaja adalah beratus-ratus. Gambar dari 2 dslr aku sahaja dah 1000 keping. Itu belum lagi gopro Daus. That why, untuk entry hari ke 4 ni aku terpaksa buat bahagian-bahagian. Korang ok tak aku pecah-pecah macam tu? Halal lah ye.

Ok, kita sambung balik perjalanan. Kalau nak baca bahagian 1, klik sini.

Dah puas lepak sambil berpegang-pegang salji, kami pun menyambung kembali perjalanan. Tidak jauh dari tempat tadi ada satu signboard. Rupa-rupanya laluan berbahaya tadi adalah untuk melepasi Zojila. Dari tadi yang perjalanan semakin menaik itu, inilah ketinggi paling tinggi iaitu 11649 kaki = 3550.658 meter dpl.




Sepanjang perjalanan ini juga ada pengembala-pengembala kambing yang membawa ternakan mereka untuk makan. Ada satu ketika tu kambing-kambing ni blok our kereta. Bila dah lama sangat, driver tu bebel-bebel skit kepada pengembala tu. Siaaannnn......Huhuhuhu....

Nama pun kambing. Memang la dia tak reti. Kami ok jer. Boleh layan view dan tengok teletah kambing-kambing. Hajat nak turun dan snap dengan para kambing tapi SEJUK. Kuat juga bau kambing beb.











Akukan sebenarnya hairan dengan Daus. Dia boleh jer layan sejuk. Dah la tak pakai baju tebal dengan buka tingkap lagi. Pastu aku yang kat belakang ni dah gigil-gigil. Ilmu apa la yang dia pakai. Minta sikit tip.

Tapi tak hairan juga sebenarnya sebab beliau 4 year oversea student di France. Mungkin benda ni dah biasa dia alami. Hahahahahahahaha.....

--- Hari 4, Srinagar ke Leh, bahagian 1 ---

01 Jun 2016

Bangun pagi buat pengurusan diri. Aku settle dalam bilik air. Daus plak masuk bilik air. Aku start packing. Nampak buku yang Daus bawa di atas katil. Dalam fikiran aku, iye-iye lah Daus ni bawa buku bagai. Bila dia nak baca la gamaknya. Tapi takper. Niat nak membaca tu dah baik. Yang tak tahan tajuk buku, Sebelum Aku Bernikah. Apa kaitan dengan travel ke Kashmir ni? Masuk tak feeling tu?

Owh....aku dah faham. Sebelum Daus nikah, dia nak travel dulu seluruh dunia. Mungkin matlamat dia kot. Aku hanya berteka teki dengan diri sendiri. Malas la nak tanya Daus. Hahahahahahaha......

Owh...semalam pembantu rumah tu ada offer teh Kashmir dan kami setuju untuk beli. Dan seperti  yang diduga yang kami akan salah faham atau dia memang buat-buat tak faham, dia bawa pek besar untuk seorang satu. Wal hal dah cakap, kami nak satu jer. Maka terpaksa la ambil juga. Mahal plak tu. Adoiiii......


Macam biasa, auntie akan sedia breakfast dulu sambil melayan kerenah anaknya, Amir. Auntie tu memang mak-mak sangat. Dengan bising bagai. Biasa mcam kat umah kita mak suka jerit-jerit panggil anak-anak. Hahahahahahahaha.... Tapi rasanya itu memang budaya macam tu. Dengan dialek Hindi lagi. Memang Hindustan habislah. Hihihihi....

Kami punya driver pun dah bersiap sedia. Dia breakfast kat dapur. Tak sekali dengan kami. After that dia kata, kita mesti sampai Sonamarg in time untuk elakkan kesesakkan.

Macam biasalah, sebelum dan berpisah, kena la ambil gambar dulu. Terima kasih pada auntie dan grandmother.

Hmmmm....kelakar dan pelik plak aku tgk gambar aku berdiri macam tu. Sebenarnya aku takut terlindung orang belakang. So aku rendahkan sikit badan aku. Tapi jadi macam lain plak dalam gambar ni dengan kedudukan topi tu. Alahai....!!!



Perjalanan kami harus melalui pekan-pekan kecil bandar Srinagar ni. Melayan pemandangan masyarakatnya. Ada yang sedang tunggu bas, berjalan kaki, pengembala kambing dan bermacam-macam lagi untuk urusan masing-masing.

Takper nanti pulang pun akan melalui sini lagi. Hihihihi....

Perkataan TATA pada kenderaan di sini mengingatkan aku pada bas kampung yang aku naik ke sekolah zaman aku sekolah dulu. Rupa-rupanya ia berasal dari India.

Selain teh, buah ceri ini juga dikatakan antara signature Kashmir. Katanya la......



Sedikit demi sedikit, kami mula meninggalkan kesibukan kota Srinagar. Kemudian kami disajikan pula dengan pemandangan gunung-gunung yang wow...... Kampung-kampung masyarakat di bawah ni jer. Ada beberapa tempat macam biasa kena berhenti bayar 'tol'.

Ada beberapa kawasan tu kami minta driver berhenti sebab kami nak snap gambar.

Owh...lupa nak mention yang kebanyakkan gambar di ambil dari dalam kereta. So ada gambar terkesan kerana cermin kereta ada tinted. Hmmmmm.....



Sonamarg lagi 55 km







31.5.16

--- Hari 3, Pergunungan Gulmarg ---

Hari 1 & 2   Hari 4    Hari 5

Sebelum terlupa dan khayal dalam menulis log ni, saya dengan rendah diri ingin berbanyak terima kasih kepada beberapa individu alam maya (facebook - Imran Idris, Nooriskandar - Insta dan blogger - shizentrip.blogspot.my) yang sudi berkongsi maklumat tentang Ladakh.


31 Mei 2016

Bermimpi. Mimpi tragedi kapal terbang. Kemudian terjaga dari tidur. Owh....aku belum Maghrib dan Isyak. Jam menunjukkan 3.00 pagi waktu India. Subuh jam 3.45 pagi. Tak lama lagi. Better aku solat dulu.

Sambung tidur jap.

Bangun pagi dan buat pengurusan diri.

Untuk info, Srinagar sekarang bersuhu sekitar 11 darjah celcius. Haruslah sejuk. Bagi aku, memang dah sejuk giler. Serius tak tahan.

Breakfast telah disediakan.

Lagi info, guest house yang kami duduki tu sebenarnya rumah owner travel agent, Centre Tour & Travel. So Ramy ni rasanya salah seorang pekerjanya. Makanan ni semua disediakan oleh isteri owner. Lupa tanya nama.

Kadir pun dah sampai. Kami segera menyelesaikan sarapan. Seperti yang telah dirancang, hari ni kami akan ke Pergunungan Gulmarg. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3 jam. In shaa Allah.

Perkara yang sinonim dengan Kashmir adalah dikatakan lelaki-lelakinya yang kacak dan wanita-wanitanya yang lawa. Betul ker? Pada permulaannya, aku hanya menganggap ia hanyalah kata-kata mereka yang terlalu obses dengan Kashmir.

Ternyata aku silap. Apa yang mereka katakan adalah benar. Terutamanya kaum wanitanya. Aku sendiri pun agak tergamam apabila melihat sendiri. Menurut Kadir, orang Kashmir berasal dari Parsi. Hmmmmm...ye ker? Hahahaha....



Satu habit di sini, bukan di Kahsmir sahaja tapi di India ialah suka menggunakan hon. Jalan raya memang bising giler. Bukan itu sahaja, mereka juga ada sifat tidak mahu bertolak ansur. Bayangkan nak potong kenderaan dihadapan, berjuta kali di hon nya orang itu. Mereka ni sangat agresif. Entah la. Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana.

Kashmir ni sekarang musim panas. Tapi sejuk. Sejuk yang kering. Berdebulah jalan-jalannya. Tapi memang betul, sebelum datang sini, aku mati-mati ingatkan panas sini macam panas di Malaysia. Ye lah, kata summer. Rupa-rupanya panas yang sejuk. Hmmmm...

Kebanyakkan gambar masa ni aku snap dari dalam kereta jer. So ada sesetengah tu agak tak cantik anglenya. But, I'm try my best. Hahahaha...

Turap jalan. Masak tar secara manual




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...