2.6.16

--- Hari 5, Leh - bahagian 1 ---

Bangun pagi buat pengurusan diri dan nak solat Subuh. Masa tu main agak-agak jer. Selak tirai nampak hampir cerah. Kelam kabut solat. Gajet solat India yang betul-betul punya susah nak dapat. Aku dah cuba download masa kat Malaysia.

Kepenatan perjalanan semalam dari Srinagar tidak kami rasai. Hahahahaha..... Semalam punya perjalanan tak sempat nak buat kesimpulan. So hari ni aku rasa segar sikit. Aku sambung nak buat kesimpulan.

Sepanjang perjalanan semalam, kami disajikan dengan pemandangan yang Maha Indah. Serius tak tipu. Benarlah apa yang orang cakap, tak perlu nak ke eropah untuk menikmati salji. Tidak perlu ke Asia Tengah untuk merasai gurun sahara. Semua itu ada di Kashmir.

Dari Srinagar, kita nampak gunung-gunung dengan sedikit kehijauan. Salji hanya di puncak-puncak. Selepas dari Sonamarg, kami berpeluang menikmati pergunung salji. Takkala kami menghampiri Kargil, gunung-gunung berpasir pula. Selain itu, kami sempat melihat cara kehidupan orang nomad dan haiwan liar kuda berkeliaran di kaki-kaki gunung mencari makan. Kami juga merasai kehebatan manusia membina dan melalui jalan pada altitude tinggi dengan kenderaan. Arghhhhh.....aku kehabisan kata-kata nak terangkan betapa berharganya pengalaman semalam. Kalau korang tak percaya takper. Its ok. Hahahahahahaha....

Ok, sambung cerita pagi ni. Hahahaha..... Dari cermin tingkap dalam bilik, kami lihat ada satu keluarga sedang bersarapan. Bersarapan di tengah panas pagi dan mereka memakai baju tebal. Waaaaaaa........nampak macam panas tapi sejuk.

Kami juga cergas selalu. Nak mandi pun bercinta beb. Mujur ada heater. Kami pun keluar dan menuju ke ruang lobi. Kata hostnya, you are to early. Kami hanya tersenyum sambil duduk dan cuba menghubungkan telefon kami dengan wifi hotel. Dalam fikiran aku, apa yang awalnya. Dah jam 8.00 pagi lebih kot.

However, dah alang-alang kami bangun awal, dia terus tanya kami nak makan apa as breakfast. Sambil tu ia menyatakan menu-menu yang ada di sini. Kami order roti dan telur mata.  Untuk air, teh kashmir untuk aku manakala kopi untuk Daus.

Di lobi ni ingatkan internet laju tapi sama juga slow. Then, Prakesh reset that wifi.

Sambil tu Prakesh sedang berborak dengan membernya. Kami tak lama dalam lobi tu kerana sejuk. Maka, kami pun lepak luar je lah sambil disimbahi cahaya matahari.


Sarapan dihantar kepada kami di meja luar tengah panas itu. Hahahahahaha...kami pun dengan senang hati bersarapan di tengah panas. Hahahahaha...

Sedang kami breakfast tu, Prakesh sempat bertanya kepada kami tentang apa plan hari ini kerana mungkin dia boleh menyediakan taxi, transport or whatever. Secara sopan, kami menyatakan, after this.

Perut dah kenyang. Kami pun berjumpa Prakesh untuk pillow talk. Kami just bagi tarikh flight balik ke Malaysia, Prakesh terus lukis atas kertas. Maka beginilah hasil lukisannya.


Bagaimana untuk hari ni punya tentatif? Yes, very good question. Hari ini punya plan kami ialah sewa basikal atau motor untuk pusing-pusing seluruh Leh. Menarikkan? Tapi kami tewas apabila Prakesh memberi cadangan kepada kami untuk menyertai satu couple ni untuk satu taxi. Taxi tersebut akan cover semua tourism attraction di Leh ini.

Aku dan Daus saling berpandangan dan setuju. Wow....mudah sangat dengan Daus ni. Prakesh minta kami bersedia di sini dalam jam 10.30 pagi.

Seperti yang dipersetujui, kami dah bersedia di lobi jam 10.00 pagi. Kami juga bertemu dengan couple tersebut. Borak-borak. Mereka baru jer kawin. Ni kira bulan madu. Berasal dari Mumbai. Sebelum bertolak keluar, kami tinggalkan passport untuk membuat past perjalanan sekitar Leh hingga ke Nubra. Kami juga membuat pembayaran deposit.

Taxi yang di maksudkan telah siap sedia menunggu kami di luar. Taxi tu bukanlah taxi macam yang kita sangka. Taxi sini lebih kepada kereta sewa khas untuk pelancong. Keretanya lebih kurang macam yang kami naik dari Srinagar ke sini kelmarin. Dan sebenarnya, kereta begitulah semuanya untuk pelancong. Hahahahahaha.......

Ke mana first place? Prakesh ada cerita tadi tapi aku buat-buat ingat dalam kepala. Hahahahaha....apapun kami ikut je ke mana driver bawa. Maka bergeraklah kami menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Sambil tu kami layan-layan pekan Leh ni.

Leh ini 360 dikelilingi pergunungan bersalji di puncaknya. Superb. Pekan ini agak berdebu kerana kering. Kami berhenti di beberapa view spot. Driver tu macam automatik berhenti dan kami terus faham. Turun dan snap pic. Hahahahahaha......

Owh....sekadar info, Leh berada pada ketinggian 3524 meter dpl bersamaan 11561.539 kaki. Leh berada di bawah pentadbiran Jammu and Kashmir. Istilah daerah atau negeri tu aku tak pasti. Ni India bukan Malaysia.












Kem tentera










Universiti Leh

Kami tiba di lokasi pertama dalam Leh tour hari ini. Dari dalam kereta, aku melihat-lihat apakah tempat pelancongan ini. Ok...dah dapat tangkap. Ia merupakan tempat ibadat Singh. Aku mula berfikir, eh, kenapa datang sini plak? Aku lupa yang driver tu bukannya tahu kami Islam atau apa. Hahahahhaha....... Bila dilihat lagi, kebanyakkan kereta pelancong memang di bawa ke sini. Ada juga mat salleh.

Ambil-ambil gambar je di sini. Terik panas boleh tahan. Silau mata dan susah nak fokus untuk foto. Daus macam biasa. Dia akan baca semua info. Aku nak juga baca tapi tak ada bahasa ibunda. So, malaslah. Takper, nanti Daus akan cerita. Kalau di tak cerita pun, aku akan tanya. Tapi selalunya Daus akan story. Itu pun kalau ianya menarik.

Dalam 15 minit kemudian, kami meneruskan sesi site seeing kami ke destinasi berikutnya. Aku bertanya dalam hati, bila nak ke Magnet Hill? Sebab itu antara tempat yang aku ingat masa aku buat reseach di google earth dulu.


Rajin membaca Daus








Kami ada tanya driver nak pergi mana lepas ni? Dia kata Magnetic Hill. Ok cun. Dalam perjalanan tu, aku memang nak minta driver ni berhenti takkala nampak pemandangan yang superb. Tapi driver ni macam boleh baca fikiran kami. Dia macam tahu jer kami sedang tergamam dan nak berhenti. Kebetulan pula ada satu port tu memang port pelancong berhenti ambil gambar.











Akhirnya.........kami sampai di Magnetic Hill. Pada permulaannya, aku menggambarkan sebuah bukit atau gunung yang mempunyai kuasa magnet yang boleh menarik unsur besi kepadanya. Tapi tidak sama sekali.

Sebelum berhenti, driver perlahankan keretanya kerana sedang mengikut giliran. Kemudian, dia memakirkan kereta di satu petak kuning yang bertanda. Sambil bercerita, dia mematikan enjin dan bebaskan gear. Secara perlahan-lahan kereta bergerak ke hadapan tanpa sebarang force. So, inilah MAGNETIC HILL.





Ternyata Daus tidak bersetuju dengan penerangan driver tadi. Maka, dia cuba mengkaji acah-acah Magneto




















Untuk mengetahui lagi tempat-tempat pelancongan yang menarik yang telah kami kunjungi, ikuti bahagian 2 selepas ini.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...