Perjalanan dari Srinagar ke Leh bukanlah perjalanan yang singkat. Mengambil masa 14 jam. Dengan panorama yang superb owesome, pastinya gambar untuk hari ini sahaja adalah beratus-ratus. Gambar dari 2 dslr aku sahaja dah 1000 keping. Itu belum lagi gopro Daus. That why, untuk entry hari ke 4 ni aku terpaksa buat bahagian-bahagian. Korang ok tak aku pecah-pecah macam tu? Halal lah ye.
Ok, kita sambung balik perjalanan. Kalau nak baca bahagian 1, klik sini.
Dah puas lepak sambil berpegang-pegang salji, kami pun menyambung kembali perjalanan. Tidak jauh dari tempat tadi ada satu signboard. Rupa-rupanya laluan berbahaya tadi adalah untuk melepasi Zojila. Dari tadi yang perjalanan semakin menaik itu, inilah ketinggi paling tinggi iaitu 11649 kaki = 3550.658 meter dpl.
Sepanjang perjalanan ini juga ada pengembala-pengembala kambing yang membawa ternakan mereka untuk makan. Ada satu ketika tu kambing-kambing ni blok our kereta. Bila dah lama sangat, driver tu bebel-bebel skit kepada pengembala tu. Siaaannnn......Huhuhuhu....
Nama pun kambing. Memang la dia tak reti. Kami ok jer. Boleh layan view dan tengok teletah kambing-kambing. Hajat nak turun dan snap dengan para kambing tapi SEJUK. Kuat juga bau kambing beb.
Akukan sebenarnya hairan dengan Daus. Dia boleh jer layan sejuk. Dah la tak pakai baju tebal dengan buka tingkap lagi. Pastu aku yang kat belakang ni dah gigil-gigil. Ilmu apa la yang dia pakai. Minta sikit tip.
Tapi tak hairan juga sebenarnya sebab beliau 4 year oversea student di France. Mungkin benda ni dah biasa dia alami. Hahahahahahahaha.....
Ketebalan ais yang lebih tinggi dari kenderaan
Sekitar jam 2.30 petang waktu tempatan, kami tiba di satu pos keselamatan. Rasanya ini sempadan wilayah Kargil. Kami dikehendaki menyerahkan passport untuk pendaftaran. Ini bukan tertakluk kepada pelancong asing sahaja tetapi semua orang yang memasuki wilayah ini.
Ok, aku dah tak tahan nak kencing. Nampak sungai dan terus berlari-lari anak.
Yes....rasanya ramai yang tahu bahawa Kashmir merupakan satu wilayah perebutan antara dua negara iaitu India dan Pakistan. Kashmir selalu menjadi medan pentempuran antara dua negara ini. Nak cerita pun macam complicated lah sebab benda ni sejak aku belum lahir. Mungkin seusia sejarah Palestin dan Israel. That why banyak post-post tentera sepanjang perjalanan ini.
Satu info yang aku dapat menyatakan bahawa dalam peta pun, Kashmir tidak ditandakan di bawah mana-mana negara antara 2 ini. Hmmmm......kesahihannya? Wallahhualam.... Ok, nanti aku tanya Daus sebab hanya dia sahaja kawan yang berinformasi sekarang. Dia rajin membaca ok.
Rasanya ini sekolah
Gambar pun dah tak center sebab snap dari dalam kereta yang bergerak.
Seperti yang korang baca di papan tanda atas tu, menyatakan bahawa ini merupakan medan pentempuran tertinggi di dunia. Pun boleh dijadikan tarikan pelancong. Jika ditanya adakah masih ada peperangan masa sekarang? Jawapannya aku pun tak tahu. Mungkin masa yang akan menentukannya. Jika tidak sini yang berlaku, mungkin di lokasi-lokasi lain sedang berlaku. Mungkin.......
Kami memasuki bandar Drass. Di sini dah ada jalan raya atau berturap. Driver berhenti di tepi jalan sekejap untuk mencuci kereta. Berdebu sangat. Katanya malu kereta kotor-kotor cenggini bawa pelancong. Hihihihihi.....
Drass ini pekan kecil dalam wilayah Kargil. Jika tak salah ada satu muzium perang sini. Ada hotel atau kemudahan pelancongan tak di sini? Hmmmmm....rasanya ada.
Ada satu lagi signboard yang menyatakan 'THE SECOND COLDEST INHABITED PLACE IN THE WORLD'. Wow.....that amazing. So korang kalau nak datang, wajib menginap di sini satu malam untuk merasainya.
Kami ada beritahu driver yang kami nak solat. Boleh tak berhenti di mana-mana masjid di depan sana. Dia kata, ok. Nanti dia akan berhenti jika jumpa.
Daus cuba nak tolong. Tapi tolong tengok
Tahukah anda, wilayah Kargil merupakan wilayah paling rapat dengan sempadan Pakistan. Yes, jika korang tengok gambar di atas dan di bawah, bukit sebelah kiri itu dan ke balakang merupakan Pakistan.
Sekitar jam 5 petang, setelah 2 jam lebih dari bandar atau pekan Drass, kami nampak rumah-rumah di atas bukit dan papan-papan tanda mengalu-alukan kedatangan ke Bandar Kargil. Semasa menghampiri bandar, di sebelah kiri ada satu tembok tinggi sepanjang jalan. Menurut driver, tembok itu dibina bagi mengelakkan sniper dari Pakistan. Katanya lagi masa dulu, kenderaan yang melalui kawasan ini tidak digalakkan membuka lampu kerana takut dilihat oleh sniper dari atas bukit. Maka dengan itu, tembok ini dibina. Wallahualam.....
Masihkah ingat yang aku pernah menyatakan bahawa rancangan awal kami ingin menggunakan public transport? Dalam rancangan awal itu juga, Kargil adalah bandar yang bakal kami singgah dan bermalam kerana bas dari Srinagar akan berhenti di sini dan kena tukar bas jika ingin meneruskan perjalanan ke Leh. Tapi disebabkan plan bertukar dan kami menyewa kereta sendiri, maka kami terus sahaja ke Leh. Kami hanya singgah ambil angin sahaja di sini.
Tidak dinafikan, Kargil merupakan datu bandar yang indah dari segi pemandangan pergunungannya. Bandarnya dikelilingi gunung ganang. Di bawahnya ada sungai yang menyuburkan tanah dan melahirkan kehidupan di sini.
Allah tidak pernah menzalimi hambanya melainkan hambaNya yang sering lupa.
Selepas dari Kargil ini, geografi atau struktur gunungnya sudah berbeza. Kini gunung-gunungnya seakan-akan kawasan padang pasir. Ni pun awesome giler. Rasa macam nak berlari-lari ke gunung semua tu tapi rasa macam tak mampu. Hahahahhaha...
Talian penghantar elektrik bervoltan tinggi
Satu jam lebih perjalanan dari bandar, driver berhenti untuk segarkan diri. Katanya nak minum dan basuh muka di satu pekan kecil. Ada beberapa buah rumah penduduk dan kedai-kedai kecil. Kebetulan juga, driver menunjukkan kami sebuah masjid berdekatan di bawah sana. Alhamdulillah.....akhirnya.
Kami pun menuruni jalan menuju ke masjid. Melalui beberapa buah rumah. Daus sempat beramah mesra dengan kanak-kanak. Penyayang rupanya Daus ni.
Sesampai di depan masjid, kami pun cari la paip untuk berwuduk. Pusing keliling masjid tak jumpa. Pintunya pula tertutup rapat. Kami cuba buka dan berjaya. Yang hairannya, lantai dalam masjid tu tanah. Kemudian ada beberapa pintu seakan-akan bilik.
Pelik. Takkan ruang solatnya atas tanah ni? Kawasan sekeliling masjid macam kering jer. Tak ada kesan basahan tempat wuduk. Dalam ruangan itu juga terdapat beberapa potret orang yang berserban. Kemudian Daus beritahu yang ni masjid Syiah kerana tulisan pada pintu gerbang ini menyebut nama Saidina Ali. Aku cuba baca tapi gagal kerana aku memang tak reti baca tulisan khat yang berseni.
Sebaik sahaja Daus berkata demikian, kami pun hampa dan berpatah balik naik ke atas. Kami menunggu driver settle minum. Sambil tu berfoto-fotoan sekejap.
Sambil itu otak aku terus berfikir. Masa aku google earth tempoh hari, banyak jer masjid sepanjang perjanan ke sini. Takkan la semuanya Syiah. Alahai........
Daus buat geram sebab rasa tertipu dengan masjid tadi
Meneruskan perjalanan. Jam henset menunjukkan 6.49 petang. Hari akan gelap tidak lama lagi. View di sini keemasan kelihatannya kerana cahaya matahari senja.
Time ni paling susah bagi aku untuk snap gambar kerana tak pandai nak balancekan lapisan cahaya. Antara bayang dan kawasan gunung yang kena cahaya. Seriusly.....memang stress beb. Puas aku adjust shutter dan aperture. Aku ada juga cuba guna manual tapi lagi teruk hasilnya. Hahahahaha...... Camera henset juga yang power u all.
Jam 7.11 petang, kami berhenti di signboard yang menandakan kami sekarang berada di Namika La atau Namika Pass (La membawa maksud pass) yang berketinggian 12198 kaki = 3717.996 meter dpl. Ini merupakan puncak tertinggi dalam Banjaran Himalaya Zaskar. Pass ini juga menunjukkan bahawa kita berjaya melepasi banjaran tersebut dan akan memalui banjaran lain selepas ini. Sama juga tadi di Zojila Pass.
Jika korang tengok peta topo, terdapat pelbagai kontour. Untuk ke Leh ni perlu melalui banjaran-banjaran ni la. Haaaaaaaaa.........amazing kan.
Pada ketika ini angin bertiup agak kencang tapi Daus ni selamba biawak keluar kereta macam tak sejuk. Arghhhhhhh..........
Di belakang kami, matahari kian hilang di balik gunung-gunung sana. Indah beb......
Sebelum meneruskan perjalanan, kami bertanya pada driver, berapa jauh lagi? Dia kata jauh lagi. Lewat malam baru sampai. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... Rasa sayang sebab kejap lagi malam akan tiba. Semua pemandangan ni belum habis kami nikmati.
Aku berkata dalam hati, yang sepanjang siang tadi pun terlalu nikmat pemandangan. Mungkin yang berbaki ini Allah tak nak tunjuk. Saja nak simpan untuk orang lain pula. Hihihihihihi.....apapun, syukur sangat-sangat pengalaman hari ni. Terlalu berharga dan indah.
Pada korang lepas ni plan bijak-bijak. Jika korang terus shoot ke Leh dalam satu hari, korang akan miss pemandangan selepas Kargil sebab malam. Pilihan satu lagi ialah bermalam di Kargil. Esok baru sambung ke Leh. So takkan miss.
Bila malam, kami banyak tidur. Kepala aku sakit-sakit. Mungkin perubahan suhu dan altitude kot. Seingat aku, malam tu kami berhenti di sebuah pekan. Driver need a rest and cup of coffee. Aku berharap sangat dia tak ambil alkohol. Huhuhuhuhu.....
Kami juga dapati, driver itu membeli sayur-sayuran segar untuk di bawa pulang ke Srinagar esok. Kata driver, sayur di sini segar dan murah. Memang menjadi kebiasaan katanya. Perjalanan bersambung dan kami sambung tidur. Hahahahahahaha....... buka mata, terfikir, bila nak sampai?
Ok...akhirnya. Kami terjaga. Aku bangun untuk duduk. Dari dalam kereta aku menjenguk ke cermin tingkap. Nampak cahaya bandar di bawah sana. Itukah Leh?
Kami tiba di satu persimpangan. Driver macam salah masuk jalan kerana dia berhenti tanya pada sebuah post keselamatan. Dalam kegelapan malam dan cahaya yang sedikit itu, aku rasa itu kem tentera sebab pagarnya berkawat duri. Dalam tu juga ada macam landasan kapal terbang. Hmmmmm.....
Sunyi jer bandar Leh ni. Baru jam berapa. Dah mati rupanya. Puas mencari penginapan, akhirnya kami berjaya juga. Akhirnya.....
Turun kereta pun dah pening-pening. Driver membantu kami membawa beg ke bilik. Masa kami sampai tu pun kelihatan orang hotel dah tidur rasanya. Seakan-akan dah lewat malam sangat-sangat. Seingat aku jam tangan aku menunjukkan jam 12 lebih. Tolak 2 jam 30 mint, baru jam 10 malam lebih.
Dia pun bergegas menyiapkan bilik. Menerangkan itu ini, dan terus bergerak balik ke bilik untuk tidur. Driver pula minta tips. Hahahahahaha....
Kami pun penat dan terus siap-siap untuk tidur.
No comments:
Post a Comment