Terjaga dari tidur. Aku selak sikit tirai dan nampak signboard ada tulisan jawi. Hummmm....dah masuk Kelantan ni. Mungkin juga dah masuk Kota Bahru.
Jam 5.29 pagi, dapat mesej dari Labu yang bertanyakan aku di mana? Sebenarnya Si Labu bergerak dari Kuantan awal sejam dari aku. Maka, dia sudah sampai awal. Kami turun berbeza terminal pulak tu. Adoiiii.....aku mana tahu yang KB ada dua terminal. Dia kat terminal Tesco, manakala aku di terminal bandar.
Terminal bandar ni kelihatan agak...................ye lah. Dia tak macam terminal yang moden sekarang ni. Dia masih bangunan lama. Kelihatan macam tak selesa. Ada sebuah bangunan jer. Perut pula memulas. Adududdudu...... nak cari tandas pula.
Labu cakap, tunggu jer sini. Nanti dia dan membernya akan pickup. Maka, aku pun buat pengurusan diri dulu dengan menunaikan solat Subuh di tingkat atas bangunan.
Masa terus berjalan. Kelihatan langit merah-merah di ufuk Timur. Dalam fikiran aku, mana dia? Kata nak pergi shoot matahari terbit yang awesome tu. Hashtag kena lipak.
Sambil menunggu diambil oleh member, aku cari-cari hotel dulu di apps. Di sini ada conflict sedikit antara hotel mahal dan dan baget. Labu telah booked Tune Hotel untuk hari ini. Harga sedikit mahal dari hotel baget yang harga sekitar RM60 ke bawah.
Setelah membuat pertimbangan, aku memilih hotel Ridel yang terletak di tepi sungai Kelantan. Harga RM4x. Memilih hotel, perlu pertimbangkan perkara ini. Kebiasaannya, bila kita melancong, hotel ni hanya tempat persinggahan dan meletakkan barang. Kita akan banyak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dari pagi sehingga malam. So kita balik untuk tidur jer. Kenapa kita perlu ambil hotel yang mahal? Itu pendapat aku la. Bukan la bermakna pilihan Labu tu salah. Inikan citarasa masing-masing.
Aku ada tanya kenapa memilih Tune? Katanya sebab dapat voucer. Hahahahahahaha....
Destinasi kami selepas diambil ialah Pantai Senok. Menurut Aziz (member kepada Labu dan aku baru kenal), pantai ni menjadi tempat ramai orang berphotoshoot. Terutamanya untuk wedding. Di pantai ini ada sebuah rumah api dan aktiviti pemeliharaan penyu. Juga menjadi port bagi para pemancing.







