3.1.20

--- Jom Berbasikal ---

Dapat mesej dari Azri, ajak ride esok pagi. Dalam mesej tersebut katanya, Halim ON. Selepas 30 saat memblue tick mesej tersebut, aku pun reply ON juga walaupun lenguh-lenguh berbadminton belum hilang.

Cuma aku beritau Azri yang jika aku terlewat bangun, gerak jer dulu. Minggu ini aku asyik bangun lewat jer.

Zzzz....zzzz.....

Jam 6.15 pagi, aku bangun dan bersiap-siap. Kebiasaan ride adalah jam 6.45 pagi. 6.40 pagi, aku dah bersedia basikal di luar. Hummm...kenapa dia orang belum mesej "Jom"?

Tanpa membuang masa, aku pun gerak keluar. Pertama sekali, lalu depan rumah Azri. Masih gelap. Aku ke rumah Halim pula. Pun macam tidak kelihatan tanda-tanda Halim dah bangun. Halim ni mudah jer tandanya. Kalau pagar dah buka tu, maknanya dia dah ada.

Aku pun terus mengayuh. Sebenarnya sebelum keluar tadi, aku dah mesej tanya dia orang jam berapa? Tapi tiada respon. Setelah aku berkayuh sampai ke Petronas, dia orang baru reply. Kata Halim jam 7.00 pagi. Azri pula jam 7.20 pagi. 

Semasa aku di jalan area tanjung, angin agak kuat. Susah nak kayuh laju. Kemudian hujan renyai-renyai. Aku terus maklumkan kepada Halim dan Azri.

Aku sampai Pantai Air Papan. Hujan renyai dan berteduh di bas stand sambil menunggu mereka. Hampir setangah jam berlegar-legar di pantai, aku pun bergerak pulang. Dalam perjalanan itu, barulah berselisih dengan mereka. Aku cakap, jumpa di port sarapan.

Hujan turun dengan lebat semasa di kedai Kak Ju. 5 minit kemudian, Halim dan Azri pun tiba dalam kebasahan. Hahahahaha.... Berborak panjang hal-hal politik negara. Dari isu Dato' Maszlee Malik meletak jawatan sehinggalah ke isu Sirul dan Azilah.

Selesai bersarapan, kami menyambung kembali kayuhan. Singgah sekejap di kedai basikal.

Halim ajak ke pantai Dataran Mersing (dulu dikenali Dataran Pulau). Rehat sebentar. Kemudian pulang.



15.12.19

--- Banjir...Banjir...Banjir.... ---

Semalam lagi plan nak berbasikal dalam hujan. Tapi pagi kelmarin, lebatnya mengganggu jarak penglihatan. Maka rasanya tak sesuailah berbasikal. Hahahahaha...

Untuk info, memang sekarang ni musim monsun di sebelah pantai Timur. Susah nak cari ruang yang tak ada hujan untuk beriadah. Ada tu ada cuma kadang-kadang tak kena plak dengan time kita.

Hari ni pun hujan tapi tidak selebat semalam. Habis kerja jer, terus siap-siap. Pakai rain coat kali ini. Rain coat ni pun dah lama dalam box. Itulah yang dibawa setiap kali hiking. Bazir plak tak guna. Bawa goPro. Jom...

Hari ni niat nak snap suasana banjir di area Air Papan. Untuk ke Pantai Air Papan, tak boleh bergerak lebih jam 5 petang. Kalau gerak juga lepas jam 5, memang malam la sampai rumah. Tapi hari ini aku tak sampai ke pantai cuma aku plan nak melalui kampung-kampung tu jer.

Hasil tinjauan petang ni nampaknya suasana banjir dah surut berikutan hujan dah mula reda pada sebelah petang kelmarin, Hari ini hujan juga tapi tidak selebat dan lama. Walaubagaimanapun pusat-pusat pemindahan masih belum ditutup sepenuhnya.

Sorry pada member kalau tak ajak. Berbasikal petang ni lebih kepada shoot. So takut nanti ia akan melambatkan proses. Tahu-tahulah kalau aku pegang kamera dan nak shoot, memang lama.

Nextime kawe ajak ok. Hahahahaha......muah...


Ada buat video sikit tapi sorry tak cantik....hihihihi.....


2.11.19

--- Kelantan, shot vacation 2 ---

Jam 2.00 pagi lebih masih belum boleh lena. Aku tinggalkan mesej pada Labu, sekiranya aku tak jaga jam 5, korang jalan jer. Nanti aku kejar. Hikhikhik...

Jam 4.00 pagi...alarm dah berbunyi. Aku cergas bangun. Takut nanti kena tinggal. Beg pun belum packing. Arghhhhhh.....!!!

4.49 pagi...aku mesej Labu, dah siap. On tak On ? Tiada respon.
.
.
.
.
.
.
.
Dah nak Subuh guys. Kalau dah nak Subuh, maknanya bye...bye...la nak shoot sunrise.



Tutup

Sejam berlalu. Selesai Subuh, aku turun nak ke McDonald. Lapar lorrr. Masa tengok dalam map, ada McDonald di sebelah hotel ini. Cari punya cari rupanya dalam KB Mall. Celah mana nak masuk kalau dalam mall. Kena tunggu mall buka. Tanya kaunter lagi. Ada 7E? Katanya ada di hujung sana. Aku pun pergi dengan langkah seribu harapan dapat mengisi perut.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Tak sangka aku, 7E tak buka. Eh...! Kenapa tak buka? Kata kaunter, di sini tak semua store buka 24 jam.

Bagus. Ini mengelakkan gejala sosial. Mengurangkan remaja-remaja melepak diluar rumah. Yes...yes.... I like. Apa pengajaran yang dapat di sini? Pengusaha perniagaan perlu mengikut peraturan dan kehendak kerajaan negeri dan PBT. Kalau u nak berniaga di Kelantan, ikut cara Kelantan, pendek kata. Simple.

Bosan pula aku turun naik hotel, masuk dan keluar bilik. Aku cuba cari Grab untuk ke McDonald wakaf. RM9 dari sini. Jauh juga tu. Itu pun kalau buka. Huhuhuhuhu....

Kedai-kedai area sini pun aku tak nampak. Kecuali kedai makan Cina di seberang jalan. Dah buka seawal jam 6.00 pagi.

Jam 8.26 pagi...dapat mesej, sorry. Tak larat. Tidur jam 3 pagi study slide....

Life must go on guys.

Jam 9.00 pagi lebih kami dah naik kereta untuk meneruskan cuti-cuti Malaysia. Hari ni dapat kawan baru, Epul. Member Labu lagi. Dari hotel ini akan membawa kami ke rumah Aziz.

Destinasi pagi ini katanya nak ke Tak Bai.

Sarapan dulu guys.

Singgah pula di Sleeping Buddha. Budhha Duduk, kami lalu sahaja.




1.11.19

--- Kelantan, shot vacation 1 ---

Terjaga dari tidur. Aku selak sikit tirai dan nampak signboard ada tulisan jawi. Hummmm....dah masuk Kelantan ni. Mungkin juga dah masuk Kota Bahru.

Jam 5.29 pagi, dapat mesej dari Labu yang bertanyakan aku di mana? Sebenarnya Si Labu bergerak dari Kuantan awal sejam dari aku. Maka, dia sudah sampai awal. Kami turun berbeza terminal pulak tu. Adoiiii.....aku mana tahu yang KB ada dua terminal. Dia kat terminal Tesco, manakala aku di terminal bandar.

Terminal bandar ni kelihatan agak...................ye lah. Dia tak macam terminal yang moden sekarang ni. Dia masih bangunan lama. Kelihatan macam tak selesa. Ada sebuah bangunan jer. Perut pula memulas. Adududdudu...... nak cari tandas pula.

Labu cakap, tunggu jer sini. Nanti dia dan membernya akan pickup. Maka, aku pun buat pengurusan diri dulu dengan menunaikan solat Subuh di tingkat atas bangunan.

Masa terus berjalan. Kelihatan langit merah-merah di ufuk Timur. Dalam fikiran aku, mana dia? Kata nak pergi shoot matahari terbit yang awesome tu. Hashtag kena lipak.

Sambil menunggu diambil oleh member, aku cari-cari hotel dulu di apps. Di sini ada conflict sedikit antara hotel mahal dan dan baget. Labu telah booked Tune Hotel untuk hari ini. Harga sedikit mahal dari hotel baget yang harga sekitar RM60 ke bawah.

Setelah membuat pertimbangan, aku memilih hotel Ridel yang terletak di tepi sungai Kelantan. Harga RM4x. Memilih hotel, perlu pertimbangkan perkara ini. Kebiasaannya, bila kita melancong, hotel ni hanya tempat persinggahan dan meletakkan barang. Kita akan banyak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dari pagi sehingga malam. So kita balik untuk tidur jer. Kenapa kita perlu ambil hotel yang mahal? Itu pendapat aku la. Bukan la bermakna pilihan Labu tu salah. Inikan citarasa masing-masing.

Aku ada tanya kenapa memilih Tune? Katanya sebab dapat voucer. Hahahahahahaha....


Destinasi kami selepas diambil ialah Pantai Senok. Menurut Aziz (member kepada Labu dan aku baru kenal), pantai ni menjadi tempat ramai orang berphotoshoot. Terutamanya untuk wedding. Di pantai ini ada sebuah rumah api dan aktiviti pemeliharaan penyu. Juga menjadi port bagi para pemancing.

31.10.19

--- Kelantan, shot vacation ---

Ok, Kota Bahru on. Online tiket jer sekarang ni. Mudah. Nampak macam mudah tapi banyak hidden kos. Benda-benda ni tak mudah nak di buktikan. Tapi itulah hakikat. Ok ok….

Jam 11 malam tiket dari Kuantan ke Kota Bahru. Aik…! Naper dari Kuantan plak. Haaaaaaa…. Ok, ni nak story.

Aku saja tanya member aku ke mana dia minggu ni. Then dia kata ke Kota Bahru. Ada career talk something like that. Then dia cakap lagi, nak jalan-jalan. Satu ayat yang membuatkan aku terus nak on ialah nak photoshoot sunrise lawa giler. Ada kapal-kapal yang owesame.

Kenapa tak naik bas dari Mersing terus ke Kota Bahru? Yes...! Soalan yang brilliant. Jawapannya mudah, sebab aku suka drive jalan tepi pantai menuju ke Pekan tu. So kadang-kadang berhenti ambil ambil angin di situ.  Sambil tu boleh jumpa beberapa orang rakan lama di area Kuantan. Hihihi…

Jam 6.15 petang, aku mula bergerak selepas settlekan Che Ta, Syamel, Syafiq, no name and no name.

Dah gerak, Labu mesej suruh bawa passport pula. Arghhhh…..

Memasuki Kuantan sekitar jam 9.30 malam. Aku mesej rakan-rakan tanya tentang rate parking di terminal. One of my ig member say, Rm10 per day. Waaaaaaaa…….. Terus tak jadi. Cari rumah member, Ustaz Zamri. Alhamdulillah…. Mendapat kebenaran.

Cari Grab…. Terus ke terminal, RM21. Pergi balik nanti, RM42. Lebih mahal dari parking. Mahal gak. Eeeeee…… Hasil perbualan, kebetulan jer grab tu lalu. Hummmm…

Menurut pemandu Grab, kena waspada parking di terminal musim hujan ni. Kalau banjir, habis tenggelam kereta. So aku rasa betul la tindakan aku tak parking situ. Berbaloi mahal Grab.

Di kaunter, aku cuba confirmkan tiket online. Then sambil tersenyum, makcik tu kata kena print tiket dan RM1 dikenakan. Aku argue, sebab kenapa perlu cetak dan RM1. Dah la booking online pun kena bayar RM2 admin fee. Makcik tu cakap, ada driver yang OK dan ada yang tak ok nak juga tiket printed. Katanya lagi, boleh kalau nak cuba tunjuk e-tiket jer pada driver. Tapi kalau dia suruh naik untuk cetak, jangan marah.Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............

Aku tanya, resit RM1 yang cetak tu dapat tak? Katanya, resit tak ada. So, mama mana nak buat aduan? Dalam kes ini, pengguna juga yang kena.

Aku pun tak ada mode nak gaduh-gaduh. Seringgit pun seringgit lah. Lagi pun makcik tu pun hanya menurut perintah. #transnasional #aduanrakyat

Jam 11.00 malam lebih, bas transnasional pun tiba. Tak lama ambil penumpang dan terus gerak. Bas pun tak penuh. Macam biasa, aku tidur jer. Terjaga beberapa kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...