3.12.21

--- Mersing FA Ambil Mode di Padang Lawan ---

Esok separuh akhir guys.... Mersing FA team sedang membuat latihan di padang Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Tangkak. Ambil mode orang kata sebelum game esok bertemu dengan Tangkak FA. Kita doakan yag terbaik untuk mereka.

Menang is bonus tapi apa yang lebih penting pengalaman dan jadikan ia pemangkin untuk terus berjaya.

Aku pula saja nak test lensa baru iaitu Tamron 70-300 bersama dengan body Sony AR7II. Saja nak tengok berapa jauh kualiti fullframe. Satu perkara yang aku dapat detect ialah bila pakai lense ni, bateri cepat doooowwwwww........ Memang macam tu ker? #qishau #qishau






2.12.21

--- Latihan Mersing FA, #roadtofinal ---

Esok mereka akan bergerak ke Tangkak untuk separuh akhir. Game hari Sabtu. semoga berjaya guysss.....





27.11.21

--- Mersing FA vs Muar FA, Piala Tuanku Temenggong Johor ---

Ok...ok.... Jom saksikan perlawanan antara Mersing FA dengan Muar petang ni.

"Jurufoto hanya boleh ambil gambar dari penjuru sana atau penjuru sinun jer". Aku dapat pesanan begitu.

Aku macam termenung seketika. Sambil memikirkan apa yang aku boleh shoot dengan kekangan demikian. Sebelum ini ok jer aku boleh pusing padang. Hahahahahahaha..... Mungkin masa tu tak ada penguatkuasa undang-undang kot yang memantau.

Tapi aku ambil itu sebagai satu cabaran kerana peraturan memang tak boleh langgar la kan. Kena hormat peraturan yang telah ditetapkan.

Tiba-tiba, "....ni ada bip lebih tak? Bagi dia satu. Nanti awak pakai, awak boleh hujung sana dan hujung sinun je". Aku rasa tersenyum sedikit kerana pertolongan Allah dah datang. Alhamdulillah....

So ini jelah hasilnya. Tak seberapa dan tak power sangat. Masih belajar lagi.




20.11.21

--- Mersing FA vs Penggerang ---

Difahamkan ini first match setelah beberapa siri friendly sebelum ini. Mersing FA vs Penggerang. Perlawanan berlangsung di Stadium Mini Kota Tinggi.

Keputusan, Mersing 2 - Penggerang 0.

Game boleh dikatakan agak keras petang ini. Banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini yang normal berlaku dalam sesebuah perlawanan. Termasuk kejaman bertalu-talu kepada pengadil. Hummmmm.... Why alway pengadil selalu kena maki-maki. Kesian dia. Tapi kadang-kadang memang nampak sangat. Hahahahahahahaha...... Takper-takper. Pengadil pun manusia biasa. Kaannnnn...... 










14.11.21

--- Kembara Orang Muda Johor di Gunung Arong ---

Last mendaki gunung ini pada Hari Merdeka iaitu pada tahun 2015. Klik ini. Sebelum itu ada lagi iaitu pada 20.07.2010, klik ini dan 01.06.2010, klik ini.

Kali ini aku kembali mendaki dalam program Orang Muda Johor. Nanti google lah yer apakah itu Orang Muda Johor. Under program ini salah satunya adalah mendaki. Bukan sahaja di Mersing, dalam masa yang sama ini terdapat beberapa gunung lain juga sedang berlangsung program.

Lupa....kena mention Southern Volunteer. Yesss.....big name ok. Aku mendapat jemputan sebagai urusetia (jurufoto). Hihihihi......

Berkumpul dan parking di Telok Gorek Resort and Camping. Nanti akan ada pickup yang akan hantar masuk ke pintu rimba.




 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...